You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS,

PETI SURAT 66, 91207 KUNAK, SABAH.


E-mail: xba3209@gmail.com

Rujukan : XBA3209/700-1/02/17/1
Tarikh : 02hb. Januari 2017

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.1/ 2017


SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS, KUNAK.
2017

Tarikh : 01hb. Januari 2017 ( Ahad )


Masa : 10.00 pagi
Tempat: Hotel Emas, Tawau

Kehadiran :
01. Puan Nor Hayati Binti Dawood ( Guru Besar )
02. Puan Mahani binti Haji Mickley ( Penolong Kanan 1 )
03. Puan Ros Midar binti Che Kar ( Penolong Kanan HEM )
04. Encik Mohd Azlan Bin Isnirul ( Penolong Kanan Kokurikulum)
05. Puan Wanaliza binti Zakan ( Guru Penolong )
06. Puan Zaleha binti Lastam ( Guru Penolong )
07. Puan Sadarisman binti Sabur ( Guru Penolong )
08. Puan Norlina binti Mat Ali ( Guru Penolong )
09. Puan Almasriyah binti Saidal ( Guru Pemulihan )
10. Puan. Norlilah Binti Dasmon ( Guru Penolong )
11. Puan. Halizah Binti Adap ( Guru Penolong )
12. Puan. Azila Binti Muhamad ( Guru Penolong )
13. Encik Sahril Bin Saburahim ( Guru Penolong )
14. Puan Norsita Binti Oltis ( Pembantu Tadbir )
15. Puan Asniah Binti Imam ( PPM Prasekolah )
16. Puan. Shatirah Binti Halim ( Guru Penolong )

Tidak Hadir :

01. Encik Said Bin Saidal ( Tiada Makluman )


02. Puan. Maznah Binti Mad Saad ( Masalah Peribadi )

SH2017/1438H
Agenda :

01. Ucapan Aluan dan Perutusan Pengerusi


02. Pengesahan Minit Mesyuarat
03. Perkara Berbangkit
04. Jawatan Kuasa Unit Kokurikulum
05. Takwim Kokurikulum 2017
06. Hal-hal Lain

01. Ucapan Aluan dan Perutusan Pengerusi

1.1 Pn. Nor Hayati selaku pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan Salam 1
PPD Kunak Terus Unggul di Negeri Sabah kepada semua guru yang hadir.
1.2 Ucapan selamat datang dan terima kasih kerana guru-guru dapat hadir dalam
mesyuarat pada kali ini.
1.3 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.4 Peringatan kepada semua guru agar menyediakan fail Rekod Pengajaran Harian
dan Rancangan Pengajaran Tahunan pada hari pertama persekolahan untuk
disemak.
1.5 Rancangan Pengajaran Tahunan mestilah tahun terkini.
1.6 Penghantaran fail RPH mingguan adalah pada hari Jumaat.
1.7 Harapan agar semua guru dapat hadir awal ke sekolah pada hari pertama
persekolahan dengan menyediakan buah tangan sekiranya tidak keberatan. Ianya
sebagai tanda penghargaan kepada murid yang hadir awal ke sekolah.

1.8 Makluman mengenai aktiviti SEMAI akan diadakan setiap hari Selasa hingga
Jumaat bermula pukul 6.45 pagi hingga 7.00 pagi. Aktiviti ini akan diawasi oleh
guru-guru dan dibantu oleh Pengawas Pusat Sumber.
1.9 Peringatan agar penampilan guru dan murid hendaklah sentiasa kemas dan
memakai tanda nama terutama pada hari Isnin. Guru Besar memberikan
kebenaran kepada guru untuk menegur murid agar berpenampilan kemas ketika
sesi persekolahan.
1.10 Harapan agar peratus keberadaan guru pada tahun 2017 dapat ditingkatkan
berbanding tahun 2016 hanya mencapai kurang dari 98%. Begitu juga dengan
peratus kehadiran murid perlu ditingkatkan.
1.11 Guru hanya dibenarkan keluar sekiranya mempunyai surat rasmi atau melalui
whatsapps. Pergerakan guru hendaklah dicatat dan direkod di dalam buku yang
telah disediakan.
1.12 Guru tidak dibenarkan pulang awal dari sesi persekolahan kecuali hal-hal
kecemasan. Semua guru diingatkan agar mencatat masa dating dan masa pulang
di dalam buku yang telah disediakan.

SH2017/1438H
1.13 Peringatan kepada semua guru agar menghantar Sasaran Kerja Tahunan
selewatnya 15 Januari 2017.
1.14 Makluman mengenai Program Daerah iaitu 5M. Melestarikan A, Menganjakkan
B, Memantapkan C, Meminimumkan D dan Mensifarkan E. Tidak ketinggalan
juga Program Jelajah Cinta Linus yang merupakan program Daerah Kunak.
1.15 Menyampaikan pesanan KPPD agar memasukkan isu-isu Linus di dalam
mesyuarat Kurikulum.

Tindakan : Makluman dan Semua Guru


02. Pengesahan Minit Mesyuarat Akhir Tahun 2016

2.1 Dicadangkan oleh : Puan Norlina Binti Mat Ali


2.2 Disokong oleh : Puan Norlilah Binti Dasmon

03. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman dan Semua Guru yang terlibat


04. Pelan Strategik Sekolah 2017

4.1 Penyelaras Pelan Strategik bagi tahun 2017 masih lagi disandang oleh Puan
Zaleha.
4.2 Pelan Strategik perlu dimurnikan lagi. Begitu juga dengan Pelan Taktikal yang
berubah setiap tahun.
Tindakan : Makluman

05. Pengurusan Kokurikulum

5.1 Encik Mohd Azlan selaku Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan Ahli
Jawatankuasa Unit Kokurikulum 2017 yang telah dikemaskini.
( Lampiran 4 )
5.2 Encik Mohd Azlan juga membentangkan Takwim Unit Kokurikulum 2017.
( Lampiran 5 )
5.3 Makluman mesyuarat kali pertama Unit Kokurikulum akan diadakan pada 11
Januari 2017.
5.4 Semua sidang mesyuarat bersetuju Aktiviti Kokurikulum diadakan pada awal pagi
setiap hari Rabu.
5.5 Perkhemahan Unit Beruniform akan diadakan pada bulan Julai dan Jurulatih
PLKN akan dijemput mengikuti perkhemahan tersebut.

SH2017/1438H
Tindakan : Makluman Dan Semua Guru

06. Hal-hal Lain

6.1 Puan Nor Hayati

10.1.1 Mengedarkan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia kepada


semua guru dan berharap agar semua guru dapat memfokuskan
instrumen yang terdapat dalam standard 4.
10.1.2 Turut mengedarkan instrumen Penyeliaan Pengurusan Panitia untuk
rujukan Ketua Panitia bagi memperkasakan pengurusan fail panitia
masing-masing.

6.2 Puan Sadarisman

10.2.1 Peringatan kepada semua guru agar dapat memastikan murid menyusun
kasut dengan kemas ketika berada di kantin.
10.2.2 Harapan agar hasil kerja murid dapat dipamerkan di sudut kantin kerana
sudut hasil kerja murid telah disediakan.

Penutup :

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Pencatat dan Penyedia Minit, Disahkan Oleh,

(................................................) (...............................................)
Azila Muhammad , Nor Hayati Binti Dawood,
Setiausaha Kokurikulum , Guru Besar,
SK Skim Kokos,Kunak. SK Skim Kokos, Kunak

SH2017/1438H

You might also like