You are on page 1of 3

16 JANUARI 2018 [MESYUARAT AJK PIBG KALI KELIMA SESI 2016/2017]]

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG

Tarikh : 16 Januari 2018


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik mesyuarat SK Terentang
Pengerusi : Pn. Haliza Bt. Isa
Senarai Kehadiran :

1. En. Daud b. Md Nasir (GURU BESAR)


2. Pn. Haliza bt. Isa (YDP PIBG)
3. En. Wan Mohd Soffi b. Wan Hussein (NYDP PIBG)
4. Pn. Rosilawati bt. Khamis (GPK HAL EHWAL MURID)
5. Pn. Jalmah Bt. MS Abdul Majid (GPK KOKURIKULUM)
6. Pn. Haslina bt. Othaman (BENDAHARI PIBG)
7. Pn. Nurul Syazana bt. Mohd Sam (SETIAUSAHA PIBG)
8. En. Muhammad Firdaus b. Jauri (NAIB SETIAUSAHA PIBG)
9. Pn. Zainon bt. Jantan (AJK PIBG)
10. Pn. Rafizah bt. Ibrahim (AJK PIBG)
11. Pn. Hasnah bt. Talib (AJK PIBG)

1.0 UCAPAN YANG DI-PERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PN. HALIZA BINTI ISA)
1.1 Puan Haliza mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua untuk hadir ke mesyuarat
AJK pada hari ini.
1.3 Beliau memberitahu agenda utama mesyuarat AJK pada kali ini adalah untuk
membincangkan tentang Mesyuarat Agong PIBG bagi sesi 2018/2019

2.0 UCAPAN GURU BESAR (EN. DAUD B MD NASIR)


2.1 En. Daud mengalu-alukan semua hadirin yang hadir.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 3 orang guru telah berpindah ( Pn. Salma,
Pn. Noorlida dan Pn. Rubiah)
2.3 Beliau juga bahawa sesi Pdp bagi tahun ini telah berjalan dengan lancar dan pihak
PPD juga telah menjalankan lawatan ke SK Terentang.
2.4 Beliau juga menyatakan bahawa selain daripada guru, ibu-bapa juga perlu
memainkan peranan dalam membentuk disiplin murid.
2.5 Beliau memohon ibu bapa dan guru untuk mengambil pengajaran berkenaan
dengan kemalangan yang melibatkan murid di SK Ayer Baruk baru-baru ini.
2.6 Guru besar memaklumkan ibu-bapa tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
baru-baru ini (Penyerahan Wang Zakat Bank Rakyat)
2.7 Beliau juga mencadangkan kepada ibu-bapa agar pada tahun ini permohonan dana
untuk peralatan kelas Abad ke-21 dapat dilaksanakan.

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT (PN. NURUL SYAZANA)

Syazana/supibg/skterentang/1819
16 JANUARI 2018 [MESYUARAT AJK PIBG KALI KELIMA SESI 2016/2017]]

3.1 Tiada bangkitan.


3.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh En. Wan Mohd Soffi b. Wan Hussein dan
disokong oleh Pn. Zainon bt. Jantan

4.0 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN (PUAN HASLINA)


4.1 Puan Haslina membentangkan penyata kewangan PIBG bagi tahun 2017 (lampiran).
4.1 Penyata kewangan telah disahkan oleh Pn. Rafizah bt. Ibrahim dan disokong oleh Pn.
Zainon bt. Jantan.

5.0 PERBINCANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2018/2019


5.1 Tarikh untuk Mesyuarat Agung PIBG telah diputuskan pada 2 Januari 2018 (Jumaat)
bertempat di Dewan Seri Gemilang SK Terentang.
5.2 Tarikh yang sama juga digunakan untuk pemberian wang Bantuan Awal
Persekolahan bagi menarik ibu-bapa untuk hadir ke Mesyuarat Agung.
5.3 Pn. Haliza (YDP) mengumumumkan bahawa AJK lama akan dibubarkan dan
pemilihan AJK baharu bagi sesi 2018/2019 akan dijalankan.
5.4 Pn. Haliza menyatakan untuk Mesyuarat Agung pada kali ini, 60 set doorgift akan
disediakan untuk para ibu-bapa yang hadir.
5.5 Bagi penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR tahun 2017, AJK telah bersetuju
untuk memberi insentif wang kepada pelajar yang cemerlang. Insentif tersebut
adalah seperti berikut:
1. 6A : RM 150.00
2. 5A : RM 100.00
3. 4A : RM 50.00

6.0 PERBINCANGAN SISIPAN AKHBAR DIDIK PELAJAR TAHUN 6


6.1 Semua AJK telah bersetuju untuk mengeluarkan dana bagi menampung
perbelanjaan sisipan akhbar didik untuk bulan Januari- September yang berjumlah
RM 320.00.

7.0 PERBINCANGAN KELAS TAMBAHAN TAHUN 6


7.1 Guru besar memaklumkan bahawa pihak PPD telah mengeluarkan kenyataan
bahawa sekolah tidak perlu mengadakan kelas tambahan bagi pelajar tahun 6.
Namun begitu, beliau berpendapat bahawa murid-murid memerlukan latihan
intensif untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam pelajaran.
7.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak boleh mewajibkan guru-guru
untuk membuat kelas tambahan.
7.3 Pn. Haliza (YDP) bersetuju dengan pandangan guru besar yang para pelajar
memerlukan latihan intensif dan beliau telah mencadangkan pihak PIBG untuk
mengeluarkan surat untuk memohon jasa baik guru-guru tahun 6 untuk
menyumbang tenaga untuk mengadakan kelas tambahan dan PIBG juga akan
mengeluarkan surat untuk memohon menggunakan premis sekolah bagi
mengadakan kelas intensif pelajar tahun 6.

8.0 PEMBELIAN KERTAS A4

Syazana/supibg/skterentang/1819
16 JANUARI 2018 [MESYUARAT AJK PIBG KALI KELIMA SESI 2016/2017]]

8.1 Semua AJK bersetuju untuk menyumbang 50 rim kertas A4 kepada pihak sekolah

9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Pn. Rosilawati bt. Khamis (GPK HEM) memaklumkan kepada semua AJK tentang
bantuan- bantuan yang telah diberikan kepada sekolah pada cuti sekolah akhir
tahun baru- baru ini. Bantuan-bantuan tersebut adalah seperti berikut:
1. Bantuan Yayasan Taqwa
2. Bantuan Tapeim
3. Bantuan Zakat Bank Rakyat
4. Bantuan dari pihak UMNO
5. Bantuan SSPN-3
9.2 Beliau memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan Malaysia akan diagihkan
selepas Mesyuarat Agung PIBG.
9.3 Pn. Jalmah bt. MS. Abdul Majid (GPK KOKU) mengumumkan aktiviti kokurikulum
yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini adalah:
1. Mesyuarat Agung sukan, permainan dan kelab
2. Latihan Merentas Desa
3. Pertandingan Merentas Desa
4. Pertandingan Road Relay
9.4 Beliau juga memaklumkan Sukan Sekolah akan dijalankan pada bulan April
12/4/2018 (Khamis).
9.5 Beliau juga memaklumkan SK Terentang akan menjadikan Bola Baling sebagai
permainan watak sekolah. Beliau juga memaklumkan sekolah amat memerlukan
bantuan dana untuk makanan dan pengangkutan.
9.6 En. Wan Soffi b. Wan Hussein mencadangkan minit mesyuarat PIBG dihantar ke
group Whatsapp PIBG sekolah beberapa hari sebelum mesyuarat.
9.7 Beliau juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan Taklimat Pemakanan Sihat.
9.8 Guru besar memaklumkan tentang Majlis Perpisahan Guru dan menjemput AJK
untuk turut hadir.

10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


10.1 Puan Haliza (YDP PIBG) mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama
yang diberikan oleh semua pihak.
10.2 Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG kali kelima bagi sesi 2016/2017 ditangguhkan
pada jam 4.30 petang.

Disediakan Oleh:

…………………………………
(NURUL SYAZANA BINTI MOHD SAM)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Terentang

Syazana/supibg/skterentang/1819

You might also like