You are on page 1of 14

Dr Burhanuddin Al-Helmy - Tokoh Kemerdekaan dan Pejuang Membangunkan

Negara Bangsa Yang Merdeka Lagi Berdaulat!

Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-

tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr

Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus

kesedaran rakyat yang praktis. Latar belakang pendidikan dan pengalaman merantau ke

luar negara - di saat orang lain masih berselimut sudah meletakkan beliau jauh di hadapan

orang lain. Ditambah pula kehidupan beragama yang dipesakai dari keluarganya

menjadikan beliau seorang tokoh yang unggul di saat rakyat sedang dihembus kesedaran

hebat menuntut kemerdekaan.

Beliau adalah seorang pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan

memperkasai perjuangan kemerdekaan sejak mula. Dr Burhanuddin Al-Helmy memimpin

Parti Islam SeMalaya (SeMalaysia) - PAS daripada tahun 1956-1969. Beliau telah

mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat dikompromi dan ditawar-

tawar oleh ugutan penjajah.

1
Ahmad Boestamam menulis tentang kekuatan pengaruh Dr Burhanuddin dan

kecekalan perjuangannya: “Di atas segala-galanya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah

seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran yang tepat,

layak dan sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu” (Ramlah

Adam 1993; Dr. Burhanuddin al-Helmy: kajian mengenai kegiatannya dalam PKMM

1946-1948.).

Bacalah riwayat kehidupan dan perjuangan tokoh yang sangat disanjung oleh para pencin

ta tanahair ini.Latar belakang kehidupan.

Nama asalnya ialah Amir Burhanuddin bin Ungku. Mohammad Noor. Beliau

dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak.

Pak Doktor ini berasal daripada keturunan ulama dan sufi dari Sumatra yang berhijrah ke

Tanah Melayu. Bapanya, Haji Muhammad Noor, adalah seorang alim Minangkabau yang

mengajar tasawuf dan mengusahakan ladang tani. Beliau pernah berguru dengan Sheikh

Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan beberapa pemuka agama di Mekah. Ibunya

Sharifah Zahrah Habib Osman adalah wanita Melaka daripada suku peranakan Arab-

Melayu. Mereka bertemu di Perak setelah Haji Muhammad Noor kembali dari

menunaikan haji diMekah.

Menurut Dr Burhanuddin dalam lakaran kisah hidupnya: “Ayahanda saya adalah

seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka

saya daripada kecilnya dilatih secara wara’nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut

dia sembahyang berjemaah, membaca Qur’an dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan

zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan

segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-

2
main saya tidak.” (Simposium Tariqat dan Tasawuf, 1972)

Dr Buhanuddin digelar al-Hulaymi atau al-Helmy kerana karakternya yang tenang

dan penyabar, seperti bapanya yang digelar Abi Halim, sebagaimana dilukiskan oleh

Saliha Haji Hassan dalam tulisannya, Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography:

“Pilihan kata asal al-Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr

Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar… istilah al-Hulaimi menurut

hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan al-Helmy tetapi dalam

bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997; Dr Burhanuddin Al-

Helmy, A Political Biography). Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan

pengikut dan rakannya.

Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di Madrasah al-

Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis penting seperti Shaikh

Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran Yaakob, yang menggerakkan

perjuangan kaum muda yang telah dicetuskan oleh Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh

Mohamad Tahir Jalaluddin al-Azhari di Tanah Melayu. Beliau menamatkan pelajarannya

dengan memperoleh thanawi (menengah atas) pada 1934.

Kemudian, dengan biasiswa yang ditawarkan oleh saudagar India Muslim, beliau

melanjutkan pelajaran ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di

Madrasah al-‘Ulum Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh. Madrasah yang

ditubuhkan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan pada tahun 1875 ini berhasrat untuk melahirkan

para reformis Islam yang mahir dalam falsafah moden dan disiplin sains yang luas.

Dr Burhanuddin berhasil menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah,

dan sewaktu menyusun disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam

3
bahasa Arab dan Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia yang

ditulis oleh kelompok sarjana dari timur dan barat, dan berhasil menggarap dan

menguasaidengan baik lima bahasa besar.

Demikian dirakamkannya: “Maka saya di India, saya dapat mempelajari bahasa

Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas

Belanda, memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke

dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-

perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran

failasuf (PhD) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat,

inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan

berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah.”

Setelah pulang ke tanah air, berbekalkan pengalaman dan kelulusannya, beliau

diterima mengajar di Madrasah al-Juneid, Singapura. Beliau turut menawarkan khidmat

perubatan homeopati di dua cawangan kliniknya, di Johor Bharu dan di Jalan Picitan,

Singapura yang dibina dengan bantuan seorang doktor India, Dr N. Rajah.

Pengaruh Tasawuf.

Pak Doktor tertarik kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India,

yang mempunyai dasar dan hujah tasawwuf yang meyakinkan. Tariqat ini aktif

mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang signifikan di kalangan

pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas. Ketika di India, beliau menghadiri

halaqat-halaqat tasawuf ini dan mengutip pengalaman ma‘rifi, dhawqi dan tajribi melalui

pembacaan yang substantif.

4
Perkara ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa

Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-

Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab

Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula. Kemudian setelah saya siasati

kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang

hanif ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ulama-ulama’ Syafi’i dan ulama-

ulama’ tasawwuf, sama ada ulama-ulama’ itu datang secara saudagar atau secara

muballigh; bukan masuk melalui ulama-ulama’ fiqh.

Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi

dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha

sebagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka

beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.”

Faham tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang

mendakap semangat jihad. Dan perjuangannya terus digilap dan dipasak dengan lebih

jelas setelah menghadam disiplin agama dan sosial yang penting seperti falsafah,

perbandinganagama,tasawwufdanilmutariqat. Menurutnya pengajian tasawwuf harus

dibarengi dengan pengetahuan falsafah dan perbandingan agama, sebagai asas keilmuan

yang zahir, seperti dinyatakannya dalam buku Simposium Tariqat dan Tasawuf: “Bagi

memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu pada

zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian

pelajari ilmu metafizik atau maa wara’a al-taba’ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan

antara agama-agama.”

5
KerangkaPemikiran Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam penulisannya yang kritis seperti

Rejuvenasi PAS dan Menuju PAS Baru mengungkapkan bahawa langkah perjuangan

yang digariskan Dr Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru.

Beliau menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar

dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran watan,

faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan dipugar.

Begitu juga strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya

dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British danJepun

,seperti diungkapkannya:“Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil

langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar

mengambil bahagian di hutan di rimba jadi anti-fasis, ada yang menjalankan gerakan

rayap – semut api – harimau dan sebagainya.”

Dalam pergerakan politik, Pak Doktor memilih wadah Islam sebagai landas

perjuangan. Beliau disifatkan sebagai sosok pemikir yang terbaik dilahirkan dalam

dekadnya, dan penggagas siyasah syar‘iyyah dan fiqh awlawiyyat Islam, dan faqih besar

dalam mazhab. Pendekatan politiknya adalah berteraskan amalan perlembagaan dan

undang-undang, dengan memilih cara aman untuk menuntut perubahan.

Demikian seperti yang diungkapkan dalam pidatonya dalam Persidangan Agung

PAS di Kelab Sultan Sulaiman pada Disember 1956. “Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan

yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan

kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS. Perjuangan

kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai,dengan

jalan berperlembagaan.”

6
Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, perhitungan politiknya adalah bercorak situational

politics (siyasah waqi‘) seperti yang dihuraikan oleh saudara Salahuddin Ayub ketika

membahaskan sumbangan dan falsafah perjuangan dan pemikiran dakwah Pak Doktor:

“Dalam konteks ini, saya ingin mengajak para pemuda semua untuk kita menghayati

pemikiran dakwah yang digagaskan oleh Almarhum Prof Dr Burhanuddin al-Helmy.

Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai dengan

naluri masyarakat sebagaimana berhikmahnya Wali Songo yang menggunakan saluran

seni hiburan untuk mengajak masyarakat kepada Islam. Pendakwah tidak menghukum,

tetapi memujuk dan menasihati. Perbezaan bukan asas kepada perpecahan, tetapi

menzahirkan keterbukaan. Jangan kerana kita sukakan susu, lalu mengatakan kopi tidak

baik, tetapi minumlah susu dan hargailah peminum kopi.”

Itulah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Dr Burhanuddin. Beliau dikenali sebagai

tokoh reformis, tetapi sangat disenangi oleh ulama kaum tua. Beliau terkenal sebagai ahli

tasawuf, tetapi begitu rapat dengan ulama kaum muda. Beliau menyusun strategi dakwah

dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan kerjasama dengan parti-parti

bukan Melayu tanpa rasa chauvinis, mendukung perjuangan nasionalis, tetapi kekal

sebagai tokoh yang Islamis. Pengikut dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang

politik, tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Inilah model pendakwah yang

mesti dicontohi oleh Pemuda PAS pada masa akan datang.” (Seminar Pemikiran

DrBurhanuddinal-Helmy,2009)

Ahmad Boestamam menulis tentang kekuatan pengaruh Dr Burhanuddin dan

kecekalan perjuangannya: “Di atas segala-galanya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah

seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran yang tepat,

7
layak dan sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu” (Ramlah

Adam 1993; Dr. Burhanuddin al-Helmy: kajian mengenai kegiatannya dalam PKMM

1946-1948.).

Sewaktu menuntut di India, Pak Doktor telah mula bergelut dengan arus pemikiran

Islam moden yang dicanang oleh Sayyid Ahmad Khan, Jamaluddin al-Afghani, Syed

Ameer Ali (1849-1928), Aga Khan, Nehru dan Muhammad Ali Jinnah (pemimpin Islam

Pakistan).Pandangannya yang progresif turut dibentuk daripada pengalamannya menuntut

di Indonesia, yang meraikan semangat ikhtilaf, mengangkat kekuatan akal dan ijtihad,

mengembangkan faham budaya dan politik yang dinamis dan menggerakkan reformasi

dan cita-cita pembaharuan yang kental untuk merobohkan benteng taqlid yang mengikat

kebebasan fikrah yang diwarisi daripada pemikiran masyarakat yang jahil dan bobrok.

Hal ini dinyatakan dalam makalahnya Tasawuf dan Tariqah: “Bila saya lepas belajar

ke luar di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula

ulama-ulama kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya

terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden

seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib

al-arba’ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-

Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, asy-Syaukani,

[Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-

Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha dan akhirnya Tantawi.

Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuh i jumud

kolot.”Untuk mengejar cita-cita ini, beliau menggerakkan perjuangan menuntut

8
perubahan dan reformasi dengan berkecimpung dalam politik marhaen dan gerakan

rakyat.

Selama lebih 30 tahun mengharungi perjuangan (1930-1960 an) beliau telah

memimpin pertubuhan-pertubuhan penting seperti KMM (Kesatuan Melayu Muda),

KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), PKMM (Partai Kebangsaan Melayu

Malaya), PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action),

dan Persatuan Islam Sa-Tanah Melayu atau Parti Islam se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 1937, Pak Doktor menerbitkan majalah Taman Bahagia, sebagai tapak

perjuangannya untuk memecahkan monopoli British di Tanah Melayu, seperti

diungkapkannya: “apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya

keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah

berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran

rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan

orang.”

Kamaruddin Jaafar dalam artikelnya Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr

Burhanuddin al-Helmy merumuskan bahawa dalam tiga dekad perjuangannya, riwayat

politik Dr Burhanuddin dapat dirangkum dalam tiga ciri utama: kemerdekaan,

kebangsaan Melayu dan Islam. Nilai-nilai ini ditanam dalam perjuangannya menentang

penjajah dengan semangat dan daya tahan yang kental, dengan usaha menyemarakkan

nilai progresif dan ide radikal dalam ideologi dan aqidah perjuangan PAS, seperti

diungkapkan oleh Ahmad Boestmam dalam bukunya Merintis Jalan ke Puncak: “Kalau

PAS berjiwa kiri dan progresif juga untungnya kepada Partai Rakyat Malaya, demikian

saya memperhitungkan. Setidak-tidaknya Partai Rakyat Malaya tidak akan menghadapi

9
‘lawan’ yang bertambah sebagaimana kalau kiranya PAS berjiwa kanan dan tidak

progresif.”

Pak Doktor menggariskan strategi perjuangan dan matlamat politik yang ideal dan

hala tuju yang jelas dalam harakat PAS, dengan merangka agenda yang praktis dan

inklusif, yang menggabungkan tradisi pemikiran daripada semua aliran untuk

mempertahankan kemerdekaan, seperti yang dilafazkannya dalam Muktamar tahunan

pada 1956: “Tiap-tiap kita mengingini satu negara Malaya yang demokratis dan berdaulat

dalam erti kata yang sebenarnya. Cita-cita ini belum tercapai sekarang dan tidak akan

tercapai pada 31 Ogos 1957 ini. Ke arah cita-cita itulah PAS akan berjuang bahu

membahu dan saling berbimbingan tangan dengan segala golongan dalam masyarakat.”

Dalam mengeratkan perpaduan ini beliau mengungkapkan kesediaan PAS bertahaluf

siyasi (mengikat kerjasama politik):

“Dan PAS juga tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang mempunyai

kesanggupan, yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan

untuk berjuang mencapai kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah airnya. PAS

tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang berkewajipan memikul tugas

suci kemerdekaan bangsa dan tanah airnya kerana itu adalah tugas rakyat bersama.

Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang

pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh

ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya

dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme

seluruh masyarakat. Oleh itu, PAS sanggup bekerjasama dengan apa sahaja golongan, apa

saja parti, apa saja aliran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa

10
dan tanah air… perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai

daripada datuk-nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan empayar Melaka

dahulu.

Sudah tentu perjuangan yang sebesar itu mengkehendaki tenaga yang sebulat-

bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela daripada

segenap golongan progresif dalam masyarakat. Tenaga-tenaga nasionalisme, keagamaan

dan sosialisme yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai

sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan

kedaulatan tanahair kita.”Kamarudin Jaffar dalam bukunya, Dr Burhanuddin al-Helmi:

Politik Melayu dan Islam menzahirkan kekuatan idealisme perjuangan yang dicanangnya

dan iktibar serta kesannya dalam pemberdayaan bangsa: “Adalah diakui umum bahawa

Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan seorang tokoh terkemukadialam Melayu ini.

Sumbangan beliaudi bidang politik,perjuangan kemerdekaan dan ilmu perubatan serta

peranan Islam yang diletakkan oleh beliau di bidang-bidang tersebut perlu sekali

dipelajari oleh masyarakat kita hari ini.

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25

Oktober1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam

Se-Malaysia(PAS). Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad

Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[2] Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah

Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Malaysia pada tahun 1908, sedangkan ibunya

berasal dari Malaka. Burhanuddin dilahirkan diKota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun

1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][3]Sekembalinya dari

pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-

11
Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah,

Aljunied,Singapura.

Aktiviti selepas perang

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan

menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM

ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-

Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[3][4]

Presiden PAS. Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada

Burhanuddin pada tahun 1956,[3] hingga kematiannya pada tahun 1969.[5] Di bawah

kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan

anti-kolonialisme.[6] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan

pemikir Islam".[7] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun

atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah

kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[3][8]

Meninggal Dunia.

Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah

dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Garis masa

1911

Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan

12
Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu,

Gopeng, Perak. Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar,

Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908

Sharifah Zaharah berasal dari Melaka.

1926

Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib

Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera. Bertukar belajar

di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai

Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin.

Pengajiannya juga hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar

masih mengiku t'sistem tadah'

1927

Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang

1934

Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah

dan sastera.

1942-1945

Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun

1950

Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura

1956

Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang

Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

13
1959

Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959

1964-1966

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen

Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia. Jawatan beliau

sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri

Haji Muda. Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.

10 Oktober1969

Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

14

You might also like