You are on page 1of 18

1.0 Pengenalan.

Sejarah mempunyai pengertian atau takrifan yang kompleks. Pelbagai pengertian yang
diberikan oleh sejarawan dari dunia Timur dan Barat mengenai maksud sejarah. Semasa
pramoden, pensejarahan dunia Timur dan Barat banyak dipengaruhi oleh unsur kepercayaan
dan corak kehidupan sesuatu tamadun sehingga melahirkan pelbagai perspektif mengenai
maksud sejarah. Setiap tahap mempunyai karya-karya pensejarahan masing-masing yang
kebanyakan menggambarkan keadaan dan sejarah zaman berkenaan. 1 Pensejarahan dalam
bentuk tradisi berbeza daripada pensejarahan zaman moden. Pensejarahan tradisi mempunyai
sifat yang disninct iaitu mengandungi unsur-unsur mitos, lagenda, dan dongengan. Setiap
penulisan yang dihasilkan mempunyai tema dan objektif yang tersendiri oleh sejarawan.
Pensejarahan adalah penulisan sejarah tentang peristiwa yang telah berlaku, iaitu prosesnya
melibatkan kejadian, sumber, dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan dalam
menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan masyarakat umum.2Menurut R. G.
Collingwood, pensejarahan bermaksud catatan-catatan peristiwa yang berlaku pada zaman
silam atau sezaman dengan penulis. Penulisan sejarah sebenarnya mempunyai gaya dan teknik
tersendiri sebagaimana yang berlaku di dunia Timur dan Barat. Walaupun dunia Timur dan
Barat banyak memasukkan unsur kepercayaan dan corak kehidupan dalam penulisan sejarah,
namun unsur-unsur lain juga turut terselit dalam penulisan sejarah pramoden. Pensejarahan
dunia Timur dan Barat memiliki perbezaan yang ketara dari segi waktu, tujuan, matlamat,
namun persamaannya dari segi penulisan masih tetap sama.

1
Muhd. Yusof Ibrahim. 2004. Ilmu Sejarah: Fasalfah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 17
2
Muhammad Yusoff Hashim, 1992. Buku Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 2.

1
2.0 UNSUR KEPERCAYAAN

2.1 PERSAMAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT

Dunia Timur dan Barat dikatakan berbeza dari pelbagai aspek kehidupan, namun
kepercayaan yang diamalkan tidak dapat memisahkan kedua-dua dunia tersebut. Pensejarahan
pramoden dunia Timur dan Barat walaupun dikatakan berbeza dari segi tahun, apabila Barat
dikatakan mempunyai kesedaran yang lebih awal tentang kehidupan dan kemajuan namun
penulisan berunsurkan kepercayaan tetap disulam dalam penulisan tokoh-tokoh pramoden.
Jelaslah kedua-duanya memiliki persamaan dalam penulisan walaupun banyak perbezaan dari
matlamat.

Dunia Timur

Pensejarahan merupakan satu proses dengan tahap-tahap dan aturan-aturan yang


lazimnya diikuti atau dilaksanakan oleh sejarawan dalam usaha menghasilkan penulisan
sejarah. 3 Lagenda, kepercayaan karut, dongengan, dan kesaktian menjadi tumpuan lebih
masyarakat India masa tersebut bagi mencapai Nirvana. Pada zaman klasik, dokumen penting
bagi pensejarahan India ialah buku-buku kuno dan rasmi dari agama Hindu khususnya Weda
kitab yang mengandungi doa-doa keagamaan dan perintah yang harus dilaksanakan. Weda
sangat sulit untuk difahami kerana asalnya dari zaman kuno dan bahasanya ialah bahasa
Sanskrit yang lebih tua.4 Di India, Abu Fazl dikatakan seorang pemikir bebas dalam hal agama.
Beliau menganggap semua agama menyembah Tuhan yang satu. 5Pada zaman pemerintahan
Maharaja Akhbar, sebagai rasa bertimbang rasa beliau kepada penganut-penganut agama lain,
beliau telah memerintah supaya kitab-kitab agama Hindu seperti Veda, Ramayana, dan
Mahabharata di salin dalam bahasa Parsi. Setelah itu, beliau memerintahkan supaya kitab-kitab
itu dibaca di hadapan untuk didengarnya. 6 Pada zaman klasik raja juga turut terlibat dalam
bidang penulisan seperti Kushna Dewa Raja yang menghasilkan Karya Amiktamalyada dalam
bahasa Telegu. Karya ini membincangkan persoalan agama dan pemerintah Vijayanagar.
Bahasa yang digunakan dalam penulisan kitab Veda adalah bahasa utama yang digunakan oleh

3
Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 17
4
G. W. F. Hegel. 2001. Falsafah sejarah. Yogyakarta. Pustaka Pelajar. hlm: 210.
5
Arba’iyah M. Noor. 2002. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm:
222
6
Prof. Dr. Hamka. 1997. Sejarah Umat Islam. Singapura. Pustaka Nasional. Pte. Ltd. hlm: 511.

2
orang Aryan. Dalam mazhab pegangan agama Buddha iaitu Hinayana menggunakan bahasa
Pali. Karya Astadyayi yang dikarang oleh Panini menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa
penulisan. Karya ini pentiang kerana menjadi ikutan penulis-penulis kemudian selepas
Pantajali pada abad ke 2 S.M.7

Tamadun China merupakan antara tamadun paling awal yang muncul di dunia selepas
kemunculan Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, dan Indus. Tidak seperti tamadun-tamadun
awal yang lain di dunia. Tamadun China memiliki ciri yang unik, terutamanya yang berkait
rapat dengan penyembahan nenek moyang. Perasaan hormat kepada nenek moyang
menyebabkan masyarakat China zaman awal telah dapat memelihara geologi dan segala
peristiwa sejarah lampau dengan baik.8Peristiwa pembakaran karya-karya pada sekitar tahun
213 S. M. oleh Shih Huang Ti telah menghapuskan rekod karya-karya Confucius dan ini
meninggalkan kesan yang sukar dipadankan daripada memori mengikut Kung Fu Tze yang
hidup di bawah Dinasti Chin. Pembakaran karya ini berlaku kerana Shih Huang Ti yang
merupakan Maharaja pada Dinasti Chin telah mengadakan penghapusan fahaman Confucius.
Penulisan dan ajaran Confucius ini dikatakan mengkritik Maharaja dan menghasut rakyat bagi
menentang kerajaan. Oleh itu, pengikut Confucius pada masa itu dikenakan hukuman tanam
hidup-hidup dan karya-karya fahaman Confucius juga dilupuskan.

Islam semasa tampuk pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, tidak menampakkan


perubahan yang banyak. Hal ini kerana, ketika pemerintahan baginda, baginda hanya tertumpu
kepada pengumpulan al-Quran sahaja sama seperti zaman pemerintahan yang dijalankan oleh
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, baginda telah melarang
pengutipan riwayat hadis.9 Hal ini demikian kerana, menurut Khalifah Umar al-Khattab cukup
hanya dengan kitab suci al-Quran. Baginda tidak mahu dengan pengumpulan Hadis-Hadis
Rasulullah s. a. w berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam pada masa itu.
Baginda juga pernah mempenjarakan tiga orang sahabat besar iaitu Ibnu Mas’ud, Abu
Darda’,dan Abu Mas’ud al-Ansari kerana ketiga-tiga sahabat ini banyak membawa Hadis
Rasulullah walaupun mereka sudah begitu berhati-hati mengutip sumbernya. 10 Ketegasan
Khalifah Umar dan tegas dalam melaksanakan perintahnya telah menyebabkan pengutipan

7
Azharudin, Mohd. Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 27,28 dan
205.
8
Arba’iyah M. Noor. 2000. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm:
197
9
Muhammad Husain Haekal. 1999. Sejarah Hidup Umar bin al-Khattab. Singapura. Pustaka Nasional PTE
LTD. hlm: 751
10
ibid. hlm: 753

3
Hadis oleh masyarakat Islam pada masa itu berlaku dengan begitu sedikit. Khalifah Umar
melarang pengumpulan Hadis Rasulullah ini kerana baginda khuatir berlakunya percanggahan
pendapat di samping bimbangkan Hadis palsu yang disampaikan oleh para sahabat sementelah
Hadis-Hadis ini disampaikan dari mulut ke mulut dan tidak dikenal pasti antara Hadis yang
dibawa oleh Rasulullah dan Hadis yang telah dipalsukan. Oleh itu, pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar al-Khattab ini tidak banyak penulisan sejarah berlaku sementelah baginda
melarang pengumpulan, penulisan dan pembukuan semula Hadis Rasulullah. Pada zaman ini
kitab suci al-Quran merupakan satu-satunya sumber sejarah yang terpenting dalam kalangan
umat Islam.11

Dunia Barat

Pensejarahan Barat telah diasaskan oleh orang Yunani pada abad yang ke-5 S.M.
penulisan daripada sudut-sudut tertentu juga dapat dikira sebagai pensejarahan sama ada
mengenai zaman dan masyarakatnya ataupun mengenai peristiwa yang telah berlaku. 12
Sejarawan-sejarawan tradisi ialah sejarawan awal yang menghasilkan penulisan-penulisan
sejarah seperti Herodotus dan Thucydides. Penulisan-penulisan sejarah bermula pada abad ke-
5 S.M apabila penulis-penulis mula berpisah secara radikal dengan pendirian biasa dan
mencipta idea sejarah. Pensejarahan ini dilakukan bukan atas perintah raja tetapi kerana minat
dan kesedaran dalam diri sejarawan tersebut untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang dianggap
penting.13Herodotus (484-425 S.M) yang dikenali sebagai ”Bapa Sejarah dan Antropologi’’
telah menulis karya Histories yang membawa penyelidikan dan penyiasatan terhadap peristiwa
lalu dan dari situ, perkataan history diambil dan telah diguna pakai sehingga kini.14 Herodotus
mengumpul maklumat dengan mengembara ke negara-negara luar yang berkaitan dengan
kajiannya dengan tujuan untuk menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta menemu bual
saksi-saksi yang terlibat dengan perang Parsi. Karya-karya Herodotus dipengaruhi oleh unsur-
unsur sastera seperti puisi dan tradisi penglipur lara. 15 Beliau juga memasukkan unsur
ketentuan dalam penulisannya kerana beliau menganggap bahawa tuhan berperanan dalam
proses pergerakan sejarah. Dalam pensejarahan tradisi, sejarah belum lagi dianggap sebagai

11
ibid. hlm: 753
12
Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya. 1988. Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan Dan Karya.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm: 1
13
ibid. hlm: 3
14
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 70
15
ibid. hlm: 71

4
satu entiti, ilmu pengetahuan yang tersendiri dengan falsafah, kaedah, istilah atau konsep dan
bidang kajian yang jelas.16

Dapat disimpulkan bahawa, kedua-dua dunia tersebut memiliki ciri-ciri persamaan dalam
penulisan sejarah walaupun jarak masa agak berbeza. Unsur kepercayaan bagi kedua-dua dunia ini
menjadi panduan bagi para tokoh untuk menulis karya-karya sejarah pada masa pramoden.

2.2 PERBEZAAN.

DUNIA TIMUR DAN BARAT

Dunia Timur dan Barat memiliki perbezaan yang ketara dalam penulisan sejarah
masing-masing. Walaupun berfokus kepada kepercayaan masing-masing, namun matlamat
penulisan kedua-duanya agak berbeza. Dunia Timur masih menitikberatkan amalan tradisi
dengan memasukkan unsur-unsur dewa, mitos, dan lagenda dalam pensejarahan berlainan
dengan dunia Barat yang menekankan kemajuan dan kebendaan dalam penulisan mereka. Ini
telah menampakkan perbezaan pensejarahan dunia Timur dan Barat.

Dunia Timur.

Secara amnya, pramoden dunia Timur berteraskan kepercayaan dan tradisi masing-
masing dalam penulisan. Unsur mitos, lagenda yang kuat mempengaruhi pensejarahan dunia
Timur bagi memaparkan pengajaran dalam penulisan yang dihasilkan. Epik Ramayana dicipta
dan dihasilkan oleh Valkimi iaitu seorang petapa di antara tahun 200 S.M. sehingga 200 M.
semasa zaman pensejarahan India. Epik ini mempunyai 24 000 jenis seloka(puisi) yang rata-
ratanya disulami dengan unsur-unsur fantasi seperti mitos, lagenda, dan dongengan. Karya ini
juga dianggap sebagai Dharmasastra kerana ia juga menerangkan tentang prinsip-prinsip abadi.
Epik ini ditulis bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seseorang manusia yang sempurna
iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Epik ini menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana
dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada Dharma. 17 Purana
boleh disifatkan sebagai Veda yang kelima iaitu Purana yang dipenuhi dengan cerita-cerita
dongengan purbakala yang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat di India. Purana
merujuk kepada tradisi, lagenda, dongengan, peraturan-peraturan agama dan prinsip-prinsip

16
Mohd Yusof Ibrahim. 1998. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 18
17
G. Sivapalan. M. Raja ntheran dan R. Raja krianan. 2001. Tamadun Islam dan Asia. Kuala Lumpur.
Universiti Malaya. hlm. 262 dan 263

5
falsafah. Anak-anak dari kecil lagi diperkenalkan dengan cerita-cerita dalam Purana. Isi
Purana akan dibacakan di Kuil pada hari Purana.

Ch’un Ch’ui ialah karya yang ditulis semasa pemerintahan dinasti Chuo iaitu semasa
zaman pensejarahan China. Karya ini ditulis oleh Kung Fu Tze semasa hayatnya dan selesai
pada tahun 481 .S.M. Naskah ini merupakan catatan tentang peristiwa yang telah berlaku di
Wilayah Lu, iaitu wilayah asal Kung Fu Tze serta wilayah-wilayah lain yang wujud antara
tahun 722-481S.M. Ch’un Ch’ui adalah karya penulisan pertama dalam bentuk kornologi.
Catatan ini benar-benar menjelaskan peristiwa yang berlaku dan mempunyai unsu-unsur moral,
falsafah serta didaktik dalam sejarah. Namun demikian, naskah Ch’un Ch’ui ini dikatakan
antara naskah yang sangat ringkas dan kurang dari segi penjelasannya. Atas dasar ini, Kung Fu
Tze telah menyunting karya ini bagi menghuraikan iktibar yang boleh diperoleh daripada
kisah-kisah sejarah. Jadi, boleh dikatakan bahawa sejarah memang mempunyai kaitan dengan
tradisi budaya dan moral yang telah diajar oleh Kung Fu Tze sendiri. Akhirnya pengaruh karya
Ch’un Ch’ui sangat meluas terhadap pensejarahan- pensjarahan kemudiannya.18

Pensejarahan awal Islam pada peringkat awal adalah bermulanya usaha-usaha untuk
mentafsir ayat-ayat al-Quran.19 Tujuan usaha ini dilakukan hanyalah untuk mengetahui serta
memahami kehendak ayat-ayat tertentu iaitu sebab-sebab turunnya al-Quran, di mana ia
diturunkan serta bila ia diturunkan.20 Hal ini kerana, al Quran merupakan kitab suci umat Islam
yang diperintahkan untuk umatnya memerhatikan sejarah. Al Quran juga merupakan satu
bahan bernilai kerana di dalamnya penuh dengan dokumen tentang sejarah manusia.21 Ketika
pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, baginda bertindak mengumpul ayat-ayat suci al-
Quran (wahyu diturunkan kepada Rasulullah s .a .w) yang ditulis oleh para sahabat di kulit-
kulit binatang dan ada juga dihafal oleh para penghafal. Oleh sebab banyak ayat- ayat suci al-
Quran telah hilang dan ramai para penghafal yang telah syahid baginda berusaha
mengumpulkan ayat-ayat suci ini dan akhirnya disimpan dalam khazanah negara. Di samping
itu, baginda telah memerintahkan Zayd bin Thabit untuk mengumpulkan segala naskah dan
dokumen yang berselerak untuk disatukan mengikut susunannya. Dalam penghasilan penulisan
sejarah Khalifah Abu Bakar amat menitik beratkan sumber ini kerana baginda hanya menerima

18
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 201
19
Wan Yahya Wan Ahmad. 1992. Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. hlm:
9
20
ibid. hlm: 9
21
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 171

6
dua sumber utama iaitu tulisan dan juga hafalan para sahabat.22 Baginda juga hanya mencari
sumber-sumber yang sahih sahaja terutama dalam pengumpulan hadis dan ayat-ayat al-Quran
dan sumber-sumber lain agar apa yang di tulis tidak mengandungi prasangka dan dongengan
sahaja.

Dunia Barat.

Zaman Pertengahan atau lebih dikenali Zaman Gelap memberi kemunculan pelbagai
teori sejarawan selepas zaman Klasik dalam pensejarahan Barat. Pada waktu ini, masyarakat
Eropah dikongkong oleh gereja menyebabkan ahli sejarawan bersikap kritis dalam
membentangkan idealisme mereka. Mereka lebih mempercayai daripada memeriksa atau
mengkaji peristiwa yang telah terjadi. Pada zaman ini, gereja amat mempengaruhi sistem
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan mengikat fahaman agama dan tradisi masing-masing.
Pensejarahan Barat pada masa itu berbentuk keagamaan yang ditulis oleh paderi-paderi
Kristian di kediaman mereka. Mereka menjadikan kitab Bible sebagai bahan rujukan utama
bagi penulisan mereka dengan menghubungkan peristiwa silam dan masa depan. Sejarah
merupakan ilmu yang agak penting kerana mempunyai kepentingan agama dan rohani. St.
Augustine merupakan sejarawan Kristian yang terkenal pada waktu itu yang menulis
karyanya, City of God sekitar tahun 413-426 sebanyak 22 jilid. Beliau mencadangkan agar
maharaja Kristian tidak menjadi hamba kepada institusi gereja dan perlu taat kepada suruhan
Tuhan. Karyanya yang berbentuk epik Kristian amat berpengaruh ketika itu dan
mempengaruhi sejarawan Eusibius Pamphilus dan Paulus Orasius. Terdapat sedikit kelainan
antara Zaman Pertengahan dan Zaman Klasik dari segi kualiti yang bertambah baik dan tema
lebih kepada keagamaan. Hal ini adalah kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi
kepada kerajaan Rom setelah maharaja Constantine menganut agama Kristian.

Setiap yang sama pasti akan menonjolkan perbezaan juga, begitu juga dengan penulisan
antara dunia Timur dan Barat. Tidak dinafikan unsur kepercayaan masing-masing terdapat
dalam karya-karya pramoden, tetapi cara penyampaian kedua-duanya memiliki perbezaan
kerana matlamat yang berbeza dan cara pemikiran yang berbeza.

3.0 UNSUR CORAK KEHIDUPAN

3.1 PERSAMAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT.

22
ibid. hlm: 174

7
Pensejarahan dunia Barat dan Timur tidak dapat lari dari unsur corak kehidupan
masing-masing. Tokoh-tokoh sejarah pramoden sering kali mengaitkan kehidupan harian
dalam penulisan sejarah kerana beranggapan setiap yang berlaku merupakan pengajaran yang
harus di jadikan pengajaran bagi menimbulkan kesedaran untuk warga muda dan baharu.
Namun, tidak dapat diperlihatkan persamaan yang banyak antara dunia Timur dan Barat dari
segi corak kehidupan dalam pensejarahan kerana kehidupan yang berbeza dan gaya pemikiran
yang berbezanya juga.

Dunia Timur.

Zaman pensejarahan India, karya Akhbar-Nama dan Ain l-Akhbari merupakan karya
asli yang ditulis oleh beliau. Dalam karya berkenaan membincangkan tentang Maharaja, ilmu
di setiap jabatan, pentadbiran (sosial dan perundangan) dan kepercayaan agama. Motif
penulisan karya beliau adalah untuk memberi ilmu pengetahuan tentang kekuatan maharaja
kepada masyarakat dan generasi akan datang. Keseluruhan karya beliau memfokuskan kepada
keagungan Maharaja Akhbar sehingga digambarkan kekuatan Maharaja Akhbar melebihi
kekuatan manusia biasa. Beliau yang diperintahkan oleh Maharaja Akhbar untuk menulis
tentang sejarah pemerintahannya seolah-olah telah meletakkan kedudukan Maharaja Akhbar
sebagai penyelamat manusia yang diutuskan di muka bumi ini seperti Nabi Muhammad s. a.
w.23

Semasa pensejarahan China karya Tso Chuan (huraian Tso) iaitu naskah yang paling
banyak mengandungi fakta sejarah Chou yang sukar dihuraikan. Fakta-fakta dalam Tso Chuan
ini berdasarkan hikayat-hikayat daripada pelbagai negeri di China antara abad kelapan hingga
abad ke-15 S.M. Jadi, kandungannya bukan sahaja melibatkan tentang hal-hal politik tetapi
juga idea falsafah, moral, spekulasi, kosmologi dan sebagainya. Di sini dapat dilihat naskah ini
bukan sahaja melibatkan pelbagai persoalan tetapi juga tidak disusun dengan rapi sehingga
banyak antara kandungan naskah tersebut dicampur adukkan dengan cerita fiksyen, dongengan
dan sebagainya. Kandungan karya tersebut banyak melukiskan hal-hal berdasarkan fantasi dan
imaginasi penulis dengan diselitkan sedikit peristiwa yang kebetulan berlaku pada ketika itu.24
Oleh sebab itu, huraian tersebut memerlukan beberapa pentafsiran yang pelbagai sifatnya
walaupun terdapat sesetengah daripada kenyataan tersebut agak bertentangan dengan maksud

23
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 121
24
Zaharah Ibrahim. 1968. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. hlm: 9

8
asal penulisnya. Ssu Ma Chien (145-86 S.M) merupakan satu-satunya sejarawan yang
mengasaskan pensejarahan China tradisional. Ssu Ma Chien dikenali sebagai bapa
pensejarahan China iaitu anak kepada ahli nujum terkenal Ssu Ma Tan.25 Dalam karya yang
berjudul Shih Chi (catatan sejarah) Ssu Ma Chien telah memperlihatkan secara menyeluruh
perkembangan sejarah China dari zaman Huang Ti hingga ke abad pertama S.M. Menurut
Profesor Burton Watson, tulisan Ssu Ma Chien yang menggalurkan sejarah pertumbuhan lima
buah wangsa dan wilayah-wilayah kecil itu merupakan satu sejarah perubahan par excellent.
Dengan adanya satu pengelasan formal tentang bentuk dan gaya penulisan sejarah, Ssu Ma
Chien berhasrat untuk meneliti tindak-tanduk manusia dan institusi masyarakat zaman
sebelumnya lalu mengesan unsure-unsur yang menentukan kemunculan dan keruntuhan
wangsa.26

Zaman pensejarahan Islam karya Al Ayyam dicipta dan karya ini banyak mengandungi
unsur sejarah, namun pada dasarnya ia tidak dirancang untuk dihasilkan sebagai satu bahan
sejarah. Hal ini disebabkan tujuan utama penghasilan Al Ayyam adalah untuk menghiburkan
hati para pendengar dan masyarakat. 27 Dalam Al Ayyam terdapat kisah perselisihan faham
antara kabilah disebabkan loleh perebutan sumber air, padang rumput untuk tujuan
penggembalaan ternak dan sering berselisih faham dalam mencapai kepimpinan serta
keputusan. Selain itu, Ayyam Al Arab juga menceritakan tentang perang yang berlanjutan
antara kaum seperti perang Basus, Fijar dan Buath.28 Al Ansab pula mempersoalkan asal usul
sesuatu keturunan bagi sesebuah suku. Tujuan mengetahui asal usul keturunan adalah bagi
memperkukuhkan lagi fahaman dan semangat Assabiyah. 29 Nasab keturunan masyarakat
Jahiliyah dianggap penting kerana ia melibatkan nama, status dan kemegahan bagi sesuatu
kabilah. 30 Salasilah dan jurai keturunan puak-puak dicatat, di rekod serta dibukukan untuk
menjadi tatapan generasi akan datang dan menjadi rujukan kedua bagi pensejarahan Islam.31
Walaupun penulisan sejarah sebelum Islam banyak kelemahan dan kekurangan, namun ia tetap

25
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 203
26
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng(disunting). 1995. Isu-Isu Pensejarahan (Esei Penghargaan
Kepada Dr R Sunthalingam) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm: 97
27
Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan : Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 108
28
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 167
29
Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan : Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 109
30
ibid. hlm: 109
31
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 168

9
menjadi sumber pensejarahan yang akhirnya menjadi asas kepada permulaan dan
perkembangan dalam pensejarahan Islam.32

Dunia Barat.

Dunia Barat pada zaman pramoden kurang menekankan amalan tradisi dalam penulisan.
Ini menyebabkan pensejarahan dunia Barat dan Timur mengalami persamaan yang tipis
melainkan perbezaan yang ketara, Barat tidak terlalu mementingkan tradisi kerana mereka
berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan dan karya yang dihasilkan juga bukan untuk
kepentingan sejarah semata-mata tetapi untuk tujuan lain seperti kewangan, lakunya buku yang
dihasilkan dan sebagainya.

Dapat disimpulkan dunia Timur dan Barat memiliki pemikiran yang berbeza dalam
menghasilkan sebuah karya. Dunia Timur lebih mementingkan apa yang ada dan yang dialami
oleh masyarakat mereka. Dunia Barat pula lebih suka mencari tahu mengenai kehidupan
manusia zaman pramoden. Ini menunjukkan cara pemikiran yang berbeza antara tokoh Timur
dan Barat. Timur memasukkan unsur politik dalam penulisan mengenai kehidupan manusia,
manakala Barat menekankan sedikit tentang kemajuan yang dialami dalam sejarah.

3.2 PERBEZAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT.

Pemikiran yang kritis, mendalam, dan memandang ke hadapan menyebabkan gaya


penulisan karya sejarah dunia Barat lebih bersistematik terutama apabila kebangkitan berlaku
dari zaman gelap. Berlainan dengan dunia Timur yang masih mengharapkan setiap sejarah
diselitkan unsur tradisi sendiri sehingga menyebabkan cara pemikiran tokoh dunia Timur
masih terperuk dan tidak berganjak dari dunia semalam.

Dunia Timur.

Di India terdapat karya yang mempunyai sedikit pengajaran moral, misalnya karya
Rigveda yang menerangkan tentang pembahagian kasta dalam masyarakat Hindu iaitu
Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sundra serta memasukkan unsur-unsur mitos di dalamnya.33
Epik Mahabharata, dicipta oleh Vyasa yang berkisar kepada kisah pemerintahan Kerajaan
Kurukshetra di India Barat. Tema utama epik ini adalah berkisar tentang peperangan besar
antara Pandava dan Kaurava. Epik ini mempunyai unsur sisipan yang berperanan sebagai

32
ibid. hlm: 169
33
ibid. hlm: 215

10
didaktik, memberi ajaran agama, dan moral yang bertujuan memberi pengajaran kepada
pembaca. 34 Selain itu, di India terdapat penyair-penyair yang terkenal seperti Teveram dan
Tiruvacakam. Mereka berdua ini meluahkan perasaan mereka dalam bentuk syair bahasa
Tamil yang merupakan nyanyian pujian yang tinggi mutunya serta mempengaruhi semangat
setiap induvidu yang mendengarnya. Malah di India ada juga nyanyian Kabir dan Ramayana
yang dicipta oleh Tulasi dan Divyaprabandam.35

Pada zaman Dinasti Chou di China terdapat naskah Analekta dan Lun Yu yang ditulis
oleh pengikut Kung Fu Tze. Pengikut Confucius menghasilkan buku-buku ini setelah
menyedari kelemahan-kelemahan yang wujud dalam masyarakat akibat pegawai-pegawai
kerajaan yang berlaku curang dan keadaan moral rakyat yang sangat rendah. Confucius
berpendapat sekiranya semua orang berkelakuan baik dan mematuhi peraturan maka negara
akan aman. Pada awal dinasti Chou terdapat naskah yang telah ditulis. Naskah itu ialah shu
Ching atau Shang Shu iaitu sumber klasik Kung Fu tze yang utama kerana bahan-bahan ini
mengandungi segala keterangan sejarah yang lengkap tentang permulaan kerajaan Chou dan
menunjukkan sejarah diansti Chou itu sendiri. Di samping mengandungi unsur sastera, moral,
dan nasihat sebagai panduan kepada pemerintah dalam menjalankan pemerintahan politik.
Terdapat dua naskah tentang shu Ching. Naskah pertama berasal daripada tradisi lisan dan
naskah kedua pula telah ditemui di tembok rumah Kung Fu Tze (Confucius). Terdapat
beberapa kekurangan daripada kedua-dua naskah tersebut, misalnya kedua-dua naskah tersebut
tidak sama dari segi kandungannya dan berbeza-beza pula dari segi tempat berlakunya
peristiwa tersebut. Di samping itu juga, terdapat beberapa kekurangan dalam Shu Ching
terutamanya dari segi koordinasi riwayat dan wujudnya jurang yang besar antara kedua-
duanya.36

Islam, para sejarawan-sejarawan zaman Kerajaan Umayyah tidak lari dari menulis
tentang peristiwa peperangan yang berlaku dalam masyarakat Islam. Kebanyakan sejarawan
tidak lari dari menceritakan mengenai al- Maghazi iaitu peristiwa peperangan. Masyarakat
Islam terkenal dengan perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak. Antara tokoh yang
mempunyai banyak pengetahuan mengenai al- Maghazi yang berlaku semasa zaman

34
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudarai Letchumanan. 2001. Tamadun Dunia. Shah Alam Selangor.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm: 584.
35
N.M Idaik Kadar. 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm: 8.
36
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 201

11
Rasulullah S.A.W ialah Syurahbil bin Sa`ad yang telah menulis mengenai perang Uhud dan
perang Badar. 37 Dalam karya Urwah bin al-Zubyr juga turut menceritakan mengenai
peperangan yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti perang Badar, perang Khandak dan
perang Taif. Pengetahuan yang meluas mengenai al-Maghazi membolehkan beliau mendapat
pengiktirafan daripada Kerajaan Bani Umayyah. Sejarawan Aban bin Uthman bin Affan pula
telah berusaha untuk mengasingkan hadis daripada al-Maghazi. Antara karya penulisannya
adalah al-Mubtada’, al-Maghazi, al-Mab`ath, al-Thaqifah, dan al-Riddah. Beliau merupakan
seorang ahli hadis yang berautoriti thiqah dan faqih yang terkenal pada zaman pemerintahan
Kerajaan Bani Umayyah.38

Dunia Barat.

Thucydides (456-396 S.M) merupakan pengikut Herodotus dan beliau cuba menulis
tentang perang Peloponesia. Berbeza dengan Herodotus, Thucydides antara sejarawan yang
bersikap kritis terhadap sejarah dan beliau cuba menolak sejarah yang berbentuk mitos dan
lagenda seperti yang ditulis oleh Herodotus. Beliau juga telah memisahkan sejarah daripada
unsur-unsur kepercayaan karut dan beliau telah mengaitkan peristiwa sejarah dengan sebab
musabab rasional yang bersifat sekular.39 Disebabkan kebolehan Thucydides mencari sejarah
berdasarkan bukti-bukti yang benar dan bersikap kritikal, beliau telah dianggap sebagai
pengasas sejarah berbentuk kritikal dan saintifik. 40 Namun Thucydides juga menghadapi
masalah dalam menentukan dengan tepat tarikh beberapa peristiwa penting dengan
pertumbuhan Empayar Athens. Hal ini kerana, sumber-sumber yang digunakan beliau seperti
babad, tidak memberikan maklumat yang tepat. Dalam pensejarahan Rom pula, sejarawan-
sejarawan tradisi adalah seperti Sallust, Livy dan Tacitus. Menurut Profsor J. Bury, penulisan
sejarawan Rom tradisi bukanlah sesuatu yang asli dan menggambarkan sifat kebangsaan negara
itu. 41 Hal ini kerana pensejarahan Rom adalah peniruan pensejarahan Yunani. Namun ia
disangkal oleh R.G Collingwood kerana terdapat perkembangan asli dalam pensejarahan Rom
iaitu kejayaan dalam merencanakan idea yang mantap mengenai sejarah awal Rom yang

37
Wan Yahya Wan Ahmad.1992. Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. hlm:
56
38
ibid. hlm: 59
39
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 72
40
ibid. hlm: 73
41
R. Suntharalingam. 1987. Pensejarahan barat. Selangor. Fajar Bakti. Sdn. Bhd. hlm: 2

12
lengkap. Idea ini telah dilengkapkan oleh Livy iaitu dengan mengumpul catatan-catatan
tradisional dari sejarah awal Rom dan menggabungkan menjadi suatu naratif yang bersambung.

4.0 UNSUR LAIN

DUNIA TIMUR DAN BARAT.

Selain unsur kepercayaan dan corak kehidupan yang menjadi panduan dalam penulisan
sejarah dunia Timur dan Barat juga turut menyelitkan hal yang berkaitan ekonomi, politik, dan
sosial dalam penulisan mereka. Pensejarahan politik dan ekonomi merupakan catatan yang
penting bagi negara-negara tersebut kerana urusan tersebut berkaitan dengan kerajaan dan
negara. Oleh itu, unsur politik, ekonomi, dan sosial juga turut menjadi unsur dalam
pensejarahan pramoden kedua-dua dunia tersebut.

Dunia Timur.

Dunia India menghasilkan karya Rajatrangini yang ditulis dalam bentuk naratif dan
mempunyai lapan bab. Karya tersebut memaparkan kronologi dan senarai waris-waris takhta
Kerajaan Kashmir. Karya ini bermula dengan Raja-raja Kashmir yang awal seperti Gonada l.
Karya ini juga memaparkan peristiwa benar yang berlaku. Tiga bahagian awal rangkaian
sejarah dirujukkan melalui teks Nilamatapurana. Bahagian keempat membincangkan tentang
dinasti Karkota sehingga abad ke-8M. Bahagian 5 dan 7 menceritakan peristiwa sejarah dan
kisah luar biasa. Bahagian terakhir menerangkan sejarah pada zamannya sendiri. Karya ini
bertujuan menaikkan semangat patriotisme pembaca dengan memuatkan unsur-unsur
berbentuk moral dan pujian terhadap negaranya.42 Karya Athasastra adalah karya unggul yang
ditulis oleh Kautilya. Karya berkenaan ditulis semasa pemerintahan Chandragupta l.
Athasastrsa dianggap penting dan setanding dengan karya Machiavelli iaitu The Prince. Karya
ini menjadi sumber rujukan penting dalam perkembangan politik, sosial, dan ekonomi. Dalam
karya berkenaan mencatatkan tentang raja dan pemerintahan, misalnya bagaimana raja bijak
mengawal pembesar supaya tidak memberi ancaman kepadanya. Karya ini menjelaskan agar
raja itu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkembangan kerajaannya dan mampu
mengawal enam perkara asas dalam dirinya iaitu sikap pemarah, tamak, nafsu, kemewahan,
keangkuhan dan bermegah-megah.

42
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 216.

13
Shih Chi merupakan karya yang berbentuk menyeluruh atau umum yang merangkumi
keseluruhan sejarah negara China dari awal Dinasti Han.43 Shih Chi adalah catatan yang benar
tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak awal kewujudan wangsa. Shih Chi memaparkan
fakta-fakta sejarah itu secara objektif, tanpa menghiraukan implikasi moralnya dan kesan-
kesan terhadap sejarawan itu sendiri kerana Shih Chi ditulis secara persendirian tanpa perintah
maharaja. Ini kerana sejarah bagi Ssu Ma Chien bukanlah merupakan catatan salasilah semata-
mata, juga bukan babad yang kosong tentang akhlak politik sahaja, juga bukan penulisan yang
mengagungkan seseorang atau institusi sahaja. Sesungguhnya sejarah adalah sesuatu gambaran
komposit bagi keseluruhan masa lalu seluruh rakyat, iaitu sejauh yang digambarkan dengan
tepat dan benar. Dan Shih Chi itu sendiri merupakan sebuah hasil yang pertama yang menjadi
model bagi satu rangkaian penulisan Cheng Shih atau Standard Histories.44

Antara tokoh-tokoh sejarawan yang terdapat pada zaman Kerajaan Bani Umayyah,
Urwah bin al-Zubair merupakan sejarawan yang paling agung pada zaman tersebut. Hal ini
dibuktikan melalui pengiktirafan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dalam pensejarahan
yang dibuat oleh beliau Urwah telah membuat penghuraian yang selengkapnya bagi
menghuraikan sesuatu peristiwa. Yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti peperangan,
pembukaan kota Mekah, peristiwa hijrah dan pemerintahan Khulafah al-Rasyidin.45 Al- Quran
merupakan pendorong utama kepada Urwah bin al-Zubair untuk menulis. 46 Beliau juga
terkenal sebagai periwayat hadis yang terkenal dan boleh dipercayai kerana adanya thiqah
dalam penulisan Hadis. Antara ciri-ciri terpenting dalam penulisan Hadis ialah penggunaan
Isnad yang merupakan rangkaian kepada pembawa-pembawa hadis.47 Dalam penulisan sejarah
yang dibuat oleh Urwah, beliau lebih mementingkan kepada sumber bertulis daripada sumber
lisan.48 Hal ini kerana dikhuatiri terdapatnya tokoh tambah dalam sumber tersebut. Walau pun
pada masa Urwah masih hidup sudah ada sejarawan- sejarawan yang membuat periwayatan
hadis-hadis nabi, namun penyusunan dan pembukuannya hanya dibuat selepas kewafatan
Urwah bin al-Zubair iaitu semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Dunia Barat.

43
ibid. hlm: 203
44
Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan : Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 77
45
ibid. hlm: 114
46
ibid. hlm: 115.
47
ibid. hlm: 117
48
ibid. hlm: 118

14
Livy dan Tacitus telah mempelopori suatu pendekatan baru yang dipanggil psikologikal
didaktik. Hubungan rapat sejarawan Rom dan lapangan politik mendedahkan salah satu
keperluan untuk menghasilkan sejarah yang berwibawa itu. Dari kaca mata Rom, sejarawan
ialah seorang negarawan49 yang juga arif tentang selok-belok politik dan peperangan. Sehingga
berakhirnya empayar Rom, pengikut Herodotus dan Thucydides seperti Sallust, Tacitus dan
Livy masih terpengaruh dengan gaya dan cara penulisan kedua-dua sejarawan awal Greek itu.
Walaupun begitu, meskipun sejarawan zaman empayar Rom itu tidak mempunyai teknik asas
yang formal dan sistematik tentang pengumpulan sumber sejarah, namun mereka lebih
menitikberatkan nilai pragmatik sejarah sebagai tujuan utama dalam sesuatu peristiwa sejarah
yang dikaji.50

49
Orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah Negara. Cetakan ketiga. 1992.
Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 859
50
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 74

15
5.0 KESIMPULAN.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, jelas menunjukkan masa pensejarahan


memberi kesan kepada teori pensejarahan di kalangan sejarawan. Pensejarahan pramoden
kedua-dua dunia menunjukkan tiadanya sistem penulisan yang baik dan teratur dalam
penulisan. Cara penyampaian juga agak kabur dan kurang jelas kepada pihak kedua. Sejarawan
pramoden biasanya banyak menyelitkan unsur-unsur mitos, kepercayaan, kehidupan, lagenda,
kesaktian dan sebagainya dalam penulisan karya. Berbeza dengan sejarawan moden yang lebih
mementingkan penulisan yang bersistematik dan teratur dengan menampilkan kaedah, tatacara,
dan sebagainya dalam membentuk sebuah karya. Setiap pensejarahan juga memerlukan suatu
bukti yang sahih dan bukan hanya setakat untuk penghiburan semata-mata. Perbezaan yang
ketara antara pensejarahan Barat dan Timur dilihat ketara melalui cara penulisan dan
penyampaian.

16
BIBLIOGRAFI.

Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng(disunting). 1995. Isu-Isu Pensejarahan

(Esei Penghargaan Kepada Dr R Sunthalingam) Pulau Pinang: Universiti Sains


Malaysia.

Arba’iyah M. Noor. 2002. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azharudin, Mohd. Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cetakan ketiga. 1992. Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

G. Sivapalan. M. Raja ntheran dan R. Raja krianan. 2001. Tamadun Islam dan Asia.

Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

G. W. F. Hegel. 2001. Falsafah sejarah. Yogyakarta.

Pustaka Pelajar.

Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya. 1988. Sejarawan Dan

Pensejarahan, Ketokohan Dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Husain Haekal. 1999. Sejarah Hidup Umar bin al-Khattab.

Singapura. Pustaka Nasional Pte Ltd.

Muhammad Yusof Hashim, 1992. Buku Pensejarahan Melayu.

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. 2004. Ilmu Sejarah: Fasalfah, Pengertian dan Kaedah.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

N.M Idaik Kadar. 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur.

17
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dr. Hamka. 1997. Sejarah Umat Islam. Singapura.

Pustaka Nasional. Pte. Ltd.

R. Suntharalingam. 1987. Pensejarahan barat. Selangor.

Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudarai Letchumanan. 2001. Tamadun Dunia.

Shah Alam Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wan Yahya Wan Ahmad. 1992. Pensejarahan Awal Islam.

Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Zaharah Ibrahim. 1968. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

18

You might also like