You are on page 1of 8

RUJUKAN

Shahnon Ahmad, Sasterawan Terbilang.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di
sini.

Siapa yang tidak kenal dengan Shahnon Ahmad? Mungkin segelintir daripada kita yang tahu beliau
penulis novel SHIT yang berunsur satira politik semasa polemik Reformasi satu ketika dahulu.

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat
gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen Sik di bawah bendera PAS. Beliau
dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang
Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul
Derdap, Sik, Kedah. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid,
Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Grammer English
School, Kuala Terengganu (1954), kemudian menjadi Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri
Sembilan (1955-1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan
mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).

Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963); pindah ke Jenan,
mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi
pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia.Di sana beliau
memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).

Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ; pensyarah Universiti
Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975). Shahnon dilantik menjadi
Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh
di USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Penulisan

Beliau banyak membaca karya novelis Indonesia Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White.
Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat cukup dirasakan dan mulanya
berbentuk sinis dan seks. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan
menghasilkan cerpen, novel, esei serta kritikan. Namun beliau canggung menghasilkan puisi dan
drama. Beliau menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar.

Novel pertamanya 'Rentong' (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul Terdedah . Novel
ketiga 'Ranjau Sepanjang Jalan' dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah
filem (1983) oleh penerbit / pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini
merupakan kemuncak kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald
(1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan
(1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem
Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel
Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Melalui novel Rentong , beliau cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan
pembangunan. Kisah perjuangan petani miskin di kampungnya Banggul Derdap melalui watak Dogol,
Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.Orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk
mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah.

Novel Protes berkisar tentang ketuhanan. novel Menteri dan Perdana berkisar tentang soal politik
orang Melayu. Gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja. Loghat Kedah , perulangan ayat
dan teknik perbandingan dapat meninggalkan kesan.

Novel Serengenge (1973) diangkat sebagai novel terbaik oleh Panel Hadiah Karya Sastera 1973. Novel
ini memaparkan sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Tahun 1985,
beliau menghasilkan novel Al-Shiqaq I.

Cerpennya memenangi Hadiah Karya Sastera. Antaranya antologi cerpen Anjing-anjing, Debu Mereh,
dan Selesai Sudah. Beberapa cerpennya diterbitkan bersama penulis lain. Cerpen beliau yang tersiar
dalam Berita Harian dan Mastika mendapat hadiah RM100.00 (1960-an). Tahun 1974, Shahnon
memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

Polemik Sastera Islam

Beliau mula ke arah Islam dan keislaman.Polemik Shahnon dengan penulis Kassim Ahmad mengenai
takrif Sastera Islam tersiar dalam majalah Dewan Sastera pada tahun 1984 dan akhbar Mingguan
Malaysia. Beliau juga pernah ikut jemaah Al Arqam dan pengalamannya itu ditulis dalam novel 'Tok
Guru'.
Penghargaan

Tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera; gelaran
`Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976) ; Anugerah Sastera Negara daripada
kerajaan (1982) ; Panel Hakim Hadiah Karya Sastera (1983).

Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan
Kedah (1980) ; Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.

Karya karya beliau

Novel

Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.

Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.

Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.

Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.

Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.

Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.

Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.

Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.

Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.

Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.

Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.

Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara,
1990), 305 hlm.

Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227
hlm.

Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.

TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm

Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.

Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.

Cerpen

Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.

Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.

Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.

Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.

Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.

Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.

Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya,
1977, 446 hlm.

Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.

Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.

Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.

Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.

Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,
405 hlm.

Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986,
286 hlm.

Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.

Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

Drama

Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.
Kajian

Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966,
26 hlm.

Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.

Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.

Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.

Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.

Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992, 183 hlm.

Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.

Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1994, 161 hlm.’

Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1994, 445 hlm.

Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.

Esei / Kritikan

Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.

Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.

Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259
hlm.

Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.

Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1981, 374 hlm.

Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982, 357 hlm.

Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.

[sunting]Wawancara
Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367
hlm

Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

Shit

Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @
PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada
kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Terjemahan Bahasa Rusia

Forma «G-147» (Borang G. 147). Terjemahan A. Pavlenko // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika
Hari Ini). Moscow: Akademi Sains Rusia, 1968, № 10, hlm. 16-20.

Esli Mat' Podnimetsa Na Tret'yu Stupen'ku (Bila Ibu Sampai Takah Tiga). Terjemahan B. Parnikel. //
Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita-cerita Pendek Penulis Malaysia dan
Singapura). Susunan dan prakata B. Parnikel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.

Kaban (Babi hutan). Terjemahan V. Sigaev. // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini).
Moscow: Akademi Sains Rusia, 1974, № 6, hlm. 37-39.

Navazhdenie (Kekosongan); Dela Semeinie (Di Tengah Keluarga); Kaban (Babi Hutan). Terjemahan B.
Parnikel, V. Sigaev. // Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerita Pendek Malaysia Moden).
Penyusun V. Sigaev, B. Parnikel. Prakata B. Parnikel. Мoscow: Progress, 1977.

Voina v Tihom Omute (Seluang Menodak Baung). Novel. Terjemahan T. Dorofeeva. Pengantar B.
Parnikel. Moscow: Raduga, 1984.

Politik

Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999,
beliau menang bertanding di kerusi parlimen P13 Sik dengan majoriti 478 undi. Beliau mendapat
13504 undi sementara Tan Sri Abdul Hamid Othman (BN - UMNO) mendapat 13026 undi sahaja. Isu
utama ketika itu ialah pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998.

Namun beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 kerana uzur yang
menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.
Karya

Kembara seorang hamba , Karya Bestari, 2010.

Revolusi yang ditangguhkan , Alaf 21, c2009.

Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2008

Weltanschauung : suatu perjalanan kreatif ,DBP, 2008.

Mahabbah ,DBP, 2007.

Tonil purbawara : kumpulan cerpen pilihan , Dawama, 2006.

Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2006

Muntah (novel berasaskan gaya dan daya kreativiti kesepontanan) ,Pustaka Reka, 2000.

Shit @ pukimak, Pustaka Reka, 1999.

Igauan dan cerita-cerita lain ,Fajar Bakti, 1997.

Patriarch ,DBP, 1995.

Ibu adalah penafsir & sungai,Fajar Bakti, 1995.

Pongang sastera : gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak ,Fajar Bakti , 1995.

Detik-detik diri di Daerah daif ,DBP, 1995.

Corat-coret berkelongsong , Fajar Bakti, 1995.

Sastera sebagai seismograf kehidupan ,DBP, 1991.

Polemik sastera Islam , bersama Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad ,DBP, 1987.

Al-syiqaq I , Teks Publishing, 1985.

Protes ,Teks Publishing, 1984.

Kesusasteraan dan etika Islam , Fajar Bakti, 1981.

The third notch and other stories / Shahnon Ahmad; terjemahan oleh Harry Aveling,,Heinemann
Educational Books (Asia)Ltd, 1980

Debu merah , Teks Publishing, 1980.

Srengenge ,terjemahan oleh Harry Aveling,Heinemann Educational Books (Asia), c1979.

Rope of ash : (rentong) , terjemahan oleh Harry Aveling. ,Oxford University Press, c1979.
Selesai sudah , Heinemann Educational Books (Asia), 1977.

No harvest but a thorn ,terjemahan oleh Adibah Amin,Oxford University Press, c1972.

Seketul hati seorang pemimpin

Amalan harian sepanjang zaman / disemak semula oleh Al Ustaz Hj. Ismail Kamus,At Tafkir
Enterprise, [199-].

Debu merah, 1965

Terdedah (1965)

Protes, 1967

Perdana, 1969

Menteri, 1976

Kemelut, 1977

Seluang menolak Baung, 1978

Penglibatan dalam puisi, 1978

Gubahan novel, 1979

Tok Guru, 1988

Ummi dan Abang Syeikhul, 1992

Maha Maha (1999)

Nurul Anak Papaku (1999)

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003

Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

Sesungguhnya, Shahnon Ahmad ibarat permata di gunung. Jasanya dalam dunia kesasterawanan
amat besar dan amat bernilai.

You might also like