You are on page 1of 6

LAMPIRAN A

LAPORAN PELAKSANAAN PLC ( PBS SAINS TAHAP 1) PANITIA SAINS


SK FELDA LOK HENG 2019

1.0 Pengenalan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia.
Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia,
yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia
memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam
pelbagai aspek

2.0 Objektif Kursus

2.1 Menyampaikan secara tepat pengopersian PBS kepada guru-guru matapelajaran

2.2 Menyampaikan secara jelas pengopersian PBD kepada guru-guru matapelajaran

2.3 Menyampaikan contoh penulisan RPH PdPC kepada guru-guru matapelajaran

3.0 Pelaksanaan Kursus

JUMLAH
TARIKH MATA BILANGAN
BIL JAM / TEMPAT
KURSUS PELAJARAN KEHADIRAN
HARI
Bilik 7 orang guru
1 9 Jan 2019 3 Jam Sains
Mesyuarat sains

4.0 Kekuatan

4.1 Bahan PLC yang berkualiti dan mencukupi

4.2 Penyampaian yang amat jelas

4.3 Tempat PLC yang amat kondusif dan selesa

5.0 Kelemahan

5.1 Kekurangan guru opsyen

5.2 Guru matapelajaran kurang berpengalaman


6.0 Syor / Cadangan Penambahbaikan

6.1 Membuat PLC dan bengkel kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

6.2 Membuat PLC dan bengkel DSKP dan isi kandungan kepada guru

6.3 Mencadangkan kepada pentadbir menghantar guru yang kurang berpengalaman

untuk berkursus yang sesuai


7.0 Gambar – gambar berkaitan kursus

Penerangan daripada Ketua Panitia berkaitan contoh RPH PdPC

Penerangan daripada Ketua Panitia berkaitan PBS dan PBD


Penerangan daripada Ketua Panitia berkaitan PBS dan PBD

Guru matapelajaran mendengar penerangan daripada Ketua Panitia


8.0 Rumusan

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran
yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang
dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
 Pentaksiran Sekolah
 Pentaksiran Pusat
 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
 Pentaksiran Psikometrik

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………………
(ASRUL HISHAM B JASIMAN)
Jawatan : Ketua Panitia Sains
Tarikh : 9 Januari 2019

You might also like