You are on page 1of 4

LAPORAN MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA TEKNIKAL SEPAK TAKRAW MSS MELAKA BIL.1/2019


MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI MELAKA
2019
TARIKH : 10 JANUARI 2019
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK WIRA PERKASA, JABATAN PENDIDIKAN MELAKA, BUKIT BARU, MELAKA
KEHADIRAN :
1. Encik Farizal bin Ahmad -Penyelaras Sukan, Unit Sukan JPN
2. Encik Ridzuan bin Jamaan - PTPS Sepak Takraw Melaka
3. Encik Ibrahim bin Ahyead - Pengerusi Pengadil
4. Encik Zarani bin Adam - SSN SMK Seri Kota
5. Encik Mohd. Nurul Syuhada bin Saad - PT Jasin (Rendah)
6. Encik Hilmi bin Ali Hassan - PT Merlimau (Menengah)
7. Encik Raimy bin Ismail - PT Merlimau (Rendah)
8. Encik Narizan bin Jantan - PT Masjid Tanah (Menengah)
9. Encik Mohd. Shahril Amri bin Mohd. Shahar - PT Masjid Tanah (Rendah)
10. Encik Fadzil bin Mokhtar - PT Tanjung (Menengah)
11. Encik Kamarulzaman bin Md. Saril - PT Tanjung (Rendah)
12. Encik Mohd. Rasydan bin Mohd. Yusoff - PT Ayer Keroh (Menengah)
13. Encik Mohd. Hazwan Aiman bin Zuber - PT Ayer Keroh (Rendah)
14. Encik Mohamad Azfar bin Omar - PT Bukit Cina (Rendah)
15. Encik Mohd. Fadli bin Mad Yusop - PT Alor Gajah (Rendah)
16. Encik Halim bin Na’aim - PT Alor Gajah (Menengah
17. Encik Shahril bin Hamdan - PT Jasin (Menengah
18. Encik Mohd. Yazed bin Mohd. Isa - SMK Dato Dol Said (Pengelola)

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Encik Mohd. Kamal bin Ismail -PT Bukit Cina (Men)

1.Ucapan Pengerusi – Penyelaras Sukan


1.1 Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Pengerusi Teknik yang hadir
dan mengalu-alukan kehadiran wakil daripada sekolah pengelola MSS Melaka.
1.2 Beliau amat menghargai kerjasama semua PT yang memberi komitmen untuk menjayakan
pelbagai program khususnya sukan sepak takraw di negeri Melaka.
1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mewakili negeri Melaka dalam Kej.
PSKPP yang telah dilangsungkan di Kuching Sarawak. Untuk makluman, Kej. PSKPP tahun 2019
ini akan dijalankan di Melaka dan meminta semua PT bersedia dengan kejohanan tersebut.
1.4 Untuk Kej. MSSM tahun ini yang akan dijalankan di Seremban Negeri Sembilan, beliau
mengingatkan kepada semua PT agar sentiasa pastikan pemain yang mewakili negeri supaya
dapat menaikkan imej negeri Melaka.
1.5 Beliau mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan pengurus yang menguruskan pasukan untuk
Kejohanan MSSM 2018 yang telah dijalankan di Kluang Johor. Penghargaan juga kepada semua
PT yang telah menjayakan pelbagai kejohanan sepak takraw yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2018 seperti Karnival Sukan Sekolah Agama dan Program Pembangunan Peringkat Umur.
1.7 Program Pembangunan
1.7.1 Beliau menjelaskan untuk program pembangunan pada tahun akan diteruskan dari
semasa ke semasa.
1.7.2 Beliau juga meminta semua sekolah PLD Sepak Takraw dapat menjalankan latihan seperti
biasa untuk mendapatkan bakat daripada pemain-pemain. Semua jurulatih PLD perlu
melengkapkan maklumat diri untuk tuntutan dan meminta PLD Alor Gajah mencari jurulatih
untuk melengkapkan kouta jurulatih.

1.8 Kejohanan MSS Peringkat Negeri Melaka


1.8.1 Beliau menjelaskan pada tahun ini, setiap pasukan perlu membayar yuran pendaftaran
RM50 dan dibayar melalui tunai atau cek sekolah atas nama akaun PIBG SMK DATO DOL SAID,
554044504998 , MAYBANK.
1.8.2 Sijil penyertaan kejohanan akan diberi secara digital kepada semua pasukan dan yang
berjaya memasuki peringkat separuh akhir hingga akhir akan menerima sijil sebenar termasuk
sijil penyertaan dan perkara ini perlu dimaklumkan kepada semua pengurus pasukan semasa
mesyuarat pengurus.
1.8.3 Pasukan yang tidak membawa cek yuran pendaftaran, akan diberi tempoh sehingga 25
Januari 2019 (hari Jumaat).
1.8.4 Undian pasukan akan dijalankan oleh sekolah pengelola dan beliau mengarahkan undian
peringkat kumpulan perlu telus dan mesti mempunyai minima empat (4) pasukan dalam satu
kumpulan sebagaimana diarahkan oleh Ketua Unit Sukan JPN bagi mengelakkan masalah
ketidakpuashatian pasukan yang kalah.

2.0 Ucapan PTPS


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Sukan dari Unit Sukan JPN dan amat
menghargai kerjasama semua PT yang memberi komitmen untuk menjayakan pelbagai program
khususnya sukan sepak takraw di negeri Melaka dan mengharapkan agar semua PT masih kekal
di kawasan masing-masing.

2.2 Laporan MSSM 2018


- Kejohanan MSSM 2018 telah dijalankan di Kluang Johor dan kontijen Melaka telah mendapat
tempat kelapan daripada keseluruhan pasukan negeri dan ini amat membanggakan pasukan
negeri walaupun mengalami sedikit masalah yang berlaku sebelum bertolak ke Johor.
- Paling membanggakan sekali adalah pasukan regu bawah 15 tahun telah merangkul pingat
emas dan semua pemain merangkul anugerah Pemain Terbaik.
- Beliau mengharapkan agar semua pemain dan jurulatih meneruskan semangat demi
menaikkan mutu sepak takraw negeri Melaka.

2.3 Kejohanan MSS Peringkat Negeri Melaka 2019


- Beliau menjelaskan bahawa tiada pertandingan peringkat kawasan disebabkan faktor
kewangan dan hanya satu pasukan peringkat umur setiap sekolah sahaja layak didaftarkan
untuk mengelakkan lanjutan masa perlawanan.
- Tarikh dan venue kejohanan
Pengelola Kejohanan – SMK Dato Dol Said
Masa: Bermula jam 8.00 pagi

Bawah 12 tahun - 11 Februari 2019


Bawah 15 tahun - 12 Februari 2019 Peringkat kumpulan hingga suku akhir
Bawah 18 tahun - 13 Februari 2019 -Dewan Komuniti Krubong
Peringkat separuh akhir dan akhir (semua kategori umur)
14 Februari 2019 (Khamis) - Dewan Terbuka SMK Dato Dol Said

- Mesyuarat Pengurus
16 Januari 2019 (Hari Rabu)
Dewan Tertutup SMK Dato Dol Said
- Format kejohanan
-Rujuk lampiran
- J/K Pemilihan Pemain
i.Encik Raimy bin Ismail
ii.Encik Mohamad Azfar bin Omar
iii.Encik Mohd. Nurul Syuhada bin Saad
iv. Encik Kamarulzaman bin Md. Saril
v. Encik Hilmi bin Ali Hassan
vi. Encik Mohd. Hazwan Aiman bin Zuber
vii. Encik Ridzuan bin Jamaan
- Pengadil kejohanan
Semua PT terlibat dalam kepengadilan. Pengadil tambahan yang dijemput ialah:
- Quarter Master (QM) dan Pembantu Pengadil
QM yang digunakan daripada pelajar sekolah pengelola. Mereka akan bertugas
membantu menyelaraskan kejohanan seperti peralatan, kebersihan dan urus setia. QM
bertindak sebagai Pengadil Garisan semasa perlawanan awal sehingga suku akhir.
Pembantu pengadil daripada kalangan PT akan digunakan semasa perlawanan peringkat
separuh akhir dan akhir.
- Selepas kejohanan peringkat negeri, akan dijalankan pemilihan terbuka (open selection)
yang akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan pemain yang terpilih
akan mengikuti Kem Bina Semangat di Pusat Kokurikulum Lanchang dan latihan pusat
pada 18-21/3/2019.

3.0 Kejohanan MSSM


3.1 PTPS memaklumkan Kejohanan MSSM 2019 akan diadakan di Negeri Sembilan bermula 22
hingga 29 Mac 2018.
Senarai Pegawai Kontinjen
PTPS Melaka - Encik Ridzuan bin Jamaan
Fisioterapi – Encik Mohd. Fadli bin Mad Yusof
Bawah 12 tahun
Encik Mohd. Nurul Syuhada bin Saad
Encik Kamarulzaman bin Md. Saril
Bawah 15 tahun
Encik Mohamad Azfar bin Omar
Encik Mohd. Hazwan Aiman bin Zuber
Bawah 18 tahun
Encik Hilmi bin Ali Hassan
Encik Raimy bin Ismail

4.0 Laporan SSN Seri Kota


4.1 Encik Zarani bin Adam menjelaskan jumlah pemain sepak takraw di SSN Seri Kota hanyalah
seramai 22 orang dan pecahannya adalah seperti berikut:
Tingkatan 1 - 6 orang
Tingkatan 2 - 4 orang
Tingkatan 3 - 3 orang
Tingkatan 4 - 5 orang
Tingkatan 5 - 2 orang
4.2 Beliau menjelaskan pelbagai program dan aktiviti serta kejohanan yang perlu disertai tetapi
hanya kejohanan tertentu sahaja dapat diikuti disebabkan faktor kewangan. Ini kerana ramai
pemain kurang pendedahan dan pengalaman dalam kejohanan tahap tinggi.
4.3 Harapan beliau agar Unit Sukan dan semua PT dapat membantu dalam menaikkan lagi imej
sekolah sukan khususnya dalam sukan sepak takraw.

5.0 Hal-hal lain


5.1 Encik Yazed bin Mohd. Isa selaku wakil pengelola memaklumkan bahawa SMK Dato Dol Said
bersedia untuk mengelolakan kejohanan ini dan memohon Unit Sukan menyegerakan bajet
untuk memudahkan pelbagai urusan. Beliau juga menyatakan sijil penyertaan akan dikeluarkan
oleh pihak sekolah.

6.0 Penutup
6.1 PTPS memohon kerjasama semua PT dapat bekerjasama untuk memastikan kejohanan MSS
Negeri Melaka dapat dijalankan dengan sempurna. PT yang terlibat dengn kontinjen MSSM perlu
bersama pemain sepanjang masa dan sasaran MSSM tahun ini adlah johan keseluruhan. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua PT atas kerjasama yang diberikan.

6.2 Pengerusi mengharapkan agar semua PT dapat menghormati semua rakan PT khususnya PTPS
yang telah dipilih bersama dan diharapkan dapat memberi kerjasama yang padu demi menaikkan imej
sukan sepak takraw khususnya di negeri Melaka.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ .........................................
(HALIM BIN NA’AIM) (MOHD. RIDHUAN BIN JAMAAN)
Setiausaha PTPS Sepak Takraw
Teknikal Sepak Takraw MSS Melaka
MSS Melaka

You might also like