You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

JAWATAN KUASA AL FALAH KALI PERTAMA 2018

SEKOLAH KEBANGGSAAN TAMAN PAROI JAYA

SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 3 JANUARI 2018

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:
HADIR:

1. En.Suhaimi b. Norazi - GURU BESAR


2. Pn. Azura bt. Mohd Shah - GPK PENTADBIRAN
3. En. Azman bin Abdul Kudus - GPK HAL EHWAL MURID
4. En. W. Razmani Anuar b W. Majid - GPK KOKURIKULUM
5. En. Mohd Sukri bin Ahmad - GPK PENDIDIKAN KHAS
6. Pn. Norayrah binti Safiei - PENYELARAS AL FALAH (UPSR)
7. Pn. Hjh Sofia binti Tahiruddin
8. Pn. Maizan binti Daud
9. Pn. Noraslina binti M.Atmuri
10. En. Abdul Khalid Norazam bin Abd Khalil
11. Pn. Nur Adibah binti Mohammad
12. En. Ammir bin Azami
13. Hjh. Khamsah binti Mamat
14. Pn. Suhanisya binti Noor Hanim
15. Pn. Rahimah binti Bujal
16. En. Effendi As-Siddiq bin Baharuddin
17. Pn. Norsam binti Osman
18. Pn. Hjh. Normadiah binti Naemat
19. En.Mohd Khairul Nizam bin Muslin
20. Pn. Suhana binti Mohd Saharam
21. En. Muzaidi bin Adris
22. Pn. Rohanna binti Majid
23. Pn. Norhaslinda binti Ahmad
24. En. Khairul Bakhtiar bin Hamali
25. Pn.Kamazalina binti Mohd Yusof
26. Tn. Hj Kamal bin Ismail
27. Pn. Jamilah binti Mat Sarip @ Mansor
28. Pn. Hezliza binti Zainuddin
29. En. Ahmad Shukri bin Ashari
30. Pn. Norma binti Ab Rahman
31. Pn Fatimah binti Mustapar
32. Pn. Yati Suraya binti Yazid

1
TIDAK HADIR:

1. En. Mohd Fuzi bin Ahmad


2. En. Wan Nizam bin Wan Md Zin
3. En. Mohd Najib bin Sharif
4. Pn. Rusni Yusnita binti Baharuddin
5. Pn.Wan Zalilawati binti Wan Mamat
6. Pn. Habibah binti Mahusin

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memohon maaf keatas kelewatan beliau hadir ke mesyuarat atas kekanggan
yang tidak dapat dielak. Ucapan terima kasih Pengerusi kepada semua guru tahun 6
2017 dan mengucapkan tahniah dan syabas atas lantikan guru AJK Al Falah 2018.
Pengerusi mengharapkan kerjasama dan persefahaman dapat mewujudkan dan bersatu
dalam meneruskan usaha untuk meningkatkan pencapaian UPSR 2018

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa segala program Tahun 6 akan diberi keutamaan
terlebih dahulu dan mengharapkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan
jayanya bagi kecemerlangan UPSR 2018.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Norayrah Bt Safiei penyelaras Al Falah membentangkan minit mesyuarat Al Falah
kali ke Empat untuk disahkan dan diterima. Pn. Hezliza Bt Zainuddin mencadangkan
minit mesyuarat disahkan dan diterima sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT / MAKLUMBALAS

3.1Para-5.1 Ujian Psikometrik dan Dianogstik serta Reset Minda bertujuan


memperkenalkan semula format UPSR yang lebih lengkap kepada pelajar. Tarikh bagi
kesemua program ini dapat diketahui melalui takwim dan buku Pelan Stratergik Al-
Falah 2018.

Tindakan: Makluman

3.2 Para 5.3 Tusyen PIBG yang dirancang untuk bermula pada bulan Disember tidak dapat
dilancarkan kerana kurang galakkan daripada ibubapa. Sebaliknya, tusyen PIBG akan
berjalan seperti yang dirancang mengikut takwin sekolah, di mana ia akan bermula
pada bulan Februari. Jadual kelas Tambahan PIBG akan disusun oleh penyalaras kelas
tambahan PIBG iaitu Puan Hezliza.

Tindakan: Makluman

2
3.3 Para-6.3 Kerusi dan meja yang perlu diperbaharui mengikut kehendak ketua pengawas
peperiksaan 2017. Setakat ini, pihak pentadbir hanya dibekalkan dengan 20 buah kerusi
dan meja yang baharu. Pengerusi mensarankan supaya guru-guru menggunakan
kemudahan yang sedia ada untuk menghadapi UPSR 2018.

Tindakan: Makluman

3.4 Para-6.4 Kelas-kelas mempunyai masalah rekahan dan lubang di dalam bilik darjah.
Masalah ini telah dapat diselesaikan, akan tetapi, beberapa guru kelas menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap kualiti kerja yang dilakukan. Kebanyakan tampalan yang
dilakukan menghasilkan pasir yang sangat banyak di dalam kelas, malah ada diantara
bilik darjah yang tampalannya rosak semula. Pihak pertandbir akan mengambil
tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Tindakan: GPK Hem

3.5 Para-8.1 Segala pembetulan nama dan jawatan di dalam buku Pelan Stratergik Program
Al-Falah 2018 yang dipinda oleh GPK Pentadbiran akan dilakukan dan akan diedarkan
setelah siap. Pengerusi juga memaklumkan bahawa, segala mesyuarat Al-Falah yang
seterusnya, hanya Ketua Panatia subjek teras, guru matapelajaran UPSR dan Panatia
Agama berserta Setiausaha Peperiksaan wajib untuk hadir ke mesyuarat. Guru-guru lain
akan diberitahu jika diperlukan hadir ke dalam mesyuarat jika perlu.

Tindakan: S/U Al-Falah

4.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN AL-FALAH 2018

4.1 Bendahari Al-Falah 2017, Pn. Maizan Bt Daud membentangkan Laporan Kewangan Al-
Falah 2017. Turut dimaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa baki kewangan
Al-Falah yang dibawa dari tahun 2017 adalah sebanyak RM1359.07 dimana merupakan
hasil daripada sumbangan sarana Tahun 6 2017.

Tindakan: Makluman

5.0 ANALISA PEPERIKSAAN UPSR 2017/ TARGET 2018

5.1 Pengerusi memaparkan analisa UPSR bermula dari tahun 2016. Pengerusi menyatakan
peningkatan yang bagus bagi setiap subjek dan mengharapkan guru-guru tahun 6 akan
terus berusaha lebih gigih bagi tahun 2018. En. Khairul Bahktiar menyatakan bahawa
ada kesilapan pada pengiraan data UPSR 2016 dan 2017 bagi subjek matematik dan di
terima oleh pengerusi.

Tindakan: Makluman

3
5.2 Pengerusi meneruskan pembentangan analisa dengan mempaparkan analisa
pencapaian ujian akhir tahun bagi tahun 5 sesi 2017. Analisa ini menunjukkan dapatan
awal seramai 7 orang murid berpotensi untuk mendapat 6A’s bagi UPSR 2018.

Tindakan: Makluman

5.3 Pengerusi mengharapkan guru-guru tahun 6 terus berusaha dan menyahut cabaran
untuk meningkatkan prestasi bagi UPSR 2018. Pengerusi juga memberi cadangan
supaya guru-guru lebih fokus terhadap dua subjek kritikal bagi tahun 5 2017 iaitu
Matematik dan Bahasa Inggeris. Pengerusi mengarahkan supaya Ketua Panatia subjek
tersebut untuk mendapatkan bantuan dari pada PPD Seremban untuk mendapatkan
sumber untuk persiapan para pelajar menduduki UPSR 2018.

Tindakan: Makluman

6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MAJLIS AKU JANJI 2018

6.1 Penyelaras Al-Falah membentangkan kertas kerja bagi Majlis Aku Janji 2018. Beberapa
ubahsuaian telah dilakukan semasa perbentangan. Tarikh Majlis Aku Janji 2018 telah
dipinda pada 27 Januari 2018 bagi memberi laluan kepada Mesyuarat Agong PIBG yang
akan dirasmikan oleh Menteri Besar N. Sembilan.

Tindakan: Makluman

6.2 Penyelaras juga memaklumkan bahawa, perlantikan MENTOR dikalangan murid juga
akan dilakukan pada majlis tersebut. 10 orang murid akan dilantik bagi setiap subjek
teras. Manakala 9 orang murid akan dilantik sebagai BADAR bagi menguruskan masa
solat dan rehat sebelum kelas tambahan bermula. 9 orang BADAR ini akan diketuai oleh
semua ustaz.

Tindakan: Kaunselor

6.3 Penyelaras juga memaklumkan bahawa guru kelas perlu menubuhkan Kumpulan
Whatapps Sarana bagi setiap kelas. Guru-guru kelas juga perlu memasukkan kesemua
barisan pentadbir dan juga penyelaras Al-Falah merangkap setiasusaha program
Sarana. Guru-guru kelas akan disediakan boring dan isi-isi penting bagi mesyuarat
sarana yang akan dibekalkan dalam bentuk fail.

Tindakan: Guru Kelas

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 En. Muzaidi mengemukan pertanyaan untuk memutuskan hari kelas tambahan supaya
beliau boleh menyusun jadual bagi kelas tambahan tersebut. Pengerusi memutuskan
bahawa Isnin dan Selasa sebagai hari kelas tambahan percuma. Manakala Khamis dan
Jumaat merupakan hari kelas tambahan PIBG. Pengerusi juga mencadangkan bahawa

4
survey terhadap para pelajar perlu dilakukan semula jika para pelajar mahu untuk
melakukan kelas PIBG di waktu malam semula.

Tindakan: En. Muzaidi ,


Pn.
Hezliza

7.2 En. Khairul Nizam meminta supaya pengerusi ataupun pihak pentadbir untuk
memutuskan tempat untuk Program Reset Ilmu 2018. Pn. Hjh Sofia mencadangkan
bahawa program tersebut dijalankan di makmal ICT A dan B. Para Pelajar tahun 6 akan
dipecahkan mengikut jantina. Pengerusi menerima cadangan Pn. Hjh Sofia dan Ketua
Panatia perlu melantik pencaramah dikalangan guru-guru dan memberikan nama
mereka kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk urusan penggantian kelas.

Tindakan: Ketua Pantia, Guru Matapelajaran Teras

7.3 Pn. Jamilah Binti Mat Sarip selaku bendahari hari menanyakan bahawa, di manakah duit
sumbangan Al-Falah yang diterima akan di simpan sepanjang program ini berlangsung?
Pengerusi memaklumkan bahawa, segala surat untuk menyatakan sumbangan aktiviti
Al-Falah perlu menggunakan letterhead PIBG. Segala sumbangan aktiviti Al-Falah akan
disimpan di dalam akaun Al-Falah yang diluluskan dan dipantau oleh PIBG. Bendahari
Al-Falah pada tahun 2018 ialah Pn Jamilah Binti Mat Sarip @ Mansor yang
menggantikan Pn. Maizan Binti Daud.

Tindakan: Pn. Jamilah Binti Mat Sarip

8.0 UCAPAN PENUTUP

8.1 Pengerusi mengharapkan Ahli Jawatankuasa Al-Falah dapat melaksanakan tugasan


dengan cemerlang dan semoga kita semua memperoleh kecemerlangan pada tahun
2018. Pengerusi juga memaklumkan jika ada kekangan melakukan tugasan yang diberi
sila maklumkan kepada Pn. Azura selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk
tindakan selanjutnya.

8.2 Mesyuarat AJK Al-Falah 2018 Bilangan-1 ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

________________________
(AMMIR BIN AZAMI)
________________________________
Setiausaha, (SUHAIMI BIN NORAZI)
Al-Falah 2018
SK Taman Paroi Jaya

5
Guru Besar,
SK Taman Paroi Jaya

You might also like