You are on page 1of 6

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH


BIL. 2/2018

Tarikh : 01.07.2018 (Rabu)


Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Muafakat (Mesyuarat)

Kehadiran:

1. Shareen bt Ahmad PK Pentadbiran


2. Yusmizar bt Abdul Razak KP Bahasa Melayu
3. Jane Kamini A/P Jaya Balan KP Bahasa Inggeris
4. Muhammad Norazman b. Ishak KP Pendidikan Islam
5. Nur Hidayah bt Aminuddin KP Pendidikan Seni
6. Dayang Khairulnissa KP Muzik
7. Rohani Zakaria KP TMK
8. Sharil Hamdan b. Abdul Samad KP Sejarah
9. Fairul Fazzri b. Lajis KP Pendidikan Jasmani
10. Norazman b. Mohaidin KP Pendidikan Kesihatan
11. Sures A/L Supamaniam KP Matematik
12. Mohd Fauzi b. Hanafi KP RBT
13. Mohd Hazelaihi b. Abdullah KP Bahasa Arab
14. Ahmad Khairul b. Awang Hamat KP Pra Sekolah
15. Yazmin b. Mohd Sani Guru Media PSS
16. Noraini bt Kamarudin PT N19
17. Norafizah bt Alias Pegawai Aset (Setiausaha)

turut Hadir:
1. Sharmiah bt Hj Abas Guru Besar (Pengerusi)

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Pelaporan Aset
4. Membentangkan Kedudukan Semasa Aset Alih Kerajaan
5. Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan
6. Laporan Tindakan Pelupusan
7. Laporan Tindakan Surcaj/Tindakan Tatatertib
8. Masalah yang berbangkit
9. Hal-hal lain
10. Penutup

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli Jawatan Kuasa yang hadir kali ini dan
membentang kan carta organisasi jawatankuasa aset/alih harta sekolah serta
menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini pertama kali beliau menghadiri mesyuarat
kewangan di Sk Kampung Lindungan kerana beliau baru di lantik sebagai Guru
Besar yang berkuatkuasa pada 07 Jun 2018.

Tindakan: Makluman semua

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat JKPAK Bil.1/2018 telah disahkan melalui cadangan Fairul
Fazzri b. Lajis KP Pendidikan Jasmani dan disokong oleh Muhammad
Norazman b Ishak Guru Panitia Pend. Islam.

Tindakan: Makluman semua

3.0 PELAPORAN ASET

3.1 Aset Semasa


Unit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset alih
kerajaan yang tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan
pendokumentasian dan tindakan pelupusan sekiranya perlu. senarai ini perlu
diselesaikan pada atau sebelum 26 Nov 2018

Tindakan: Pegawai Aset

3.2 Pendaftaran Aset


KEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap di disi dengan maklumat harga mengikut
nilaian semasa.

Makluman
3.3 KEW.PA-4 dan 5

Tindakan menyelaras jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-4 dan 5 sedang
dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-4 dan 5 telah dikenal
pasti dan dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan perkara ini segera.

Tindakan: Pegawai Aset

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

3.4 Aset Sumbangan

'Surat Akuan Penyumbang' bagi aset sumbangan perlu dilengkapkan semasa


penerimaan aset sumbangan berkenaan. Bagi Penerimaan sumbangan koleksi,
mohon Ketua Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi membuat
pindaan yang sesuai bagi 'surat Akaun Penyumbang' dan emailkan 'Surat Akaun
Penyumbang' berkenaan kepada pemantau untuk diguna pakai.

Tindakan: Pegawai Aset


3.5 Pengurusan Stor

Unit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok
bekalan pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.

Tindakan: Pegawai Stor

4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2018

Tiada

4.2 Pendaftaran Aset

Unit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan inventori.
Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3.
Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di bahagian
/Unit yang menerima aset berkenaan.

Tindakan : Unit Aset


4.3 Selenggara Aset

Unit Aset akan mengambil tindakan penyeleggaraan berdasarkan borang aduan


kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan
kerosakan dari kakitangan.

Tindakan : Unit Aset


4.4 Kehilangan Dan Hapus Kira

Tiada Kehilangan terkini aset alih di laporkan

Makluman
5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

6.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Satu Mesyuarat Lembaga Pengarah akan di adakan bagi memutuskan Kuasa


Meluluskan bagi Tindakan Pelupusan dan hapus Kira Jabatan.

Makluman

7.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ/TATAERTIB

Tiada

Makluman

8.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam
proses tindakan

Makluman

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 KEW-PA2 & KEW-PA3

JK akan mengambil semula KEW-PA 2 dan KEW-PA3 dari semua unit . mohon
kerjasama pemantau untuk mengumpul KEW-PA2 & KEW-PA3 dan diserahkan
kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2012

Tindakan: Semua Pegawai Pemeriksa

9.2 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan

Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat


pengesahan Aset untuk tujuan pemantauan.

Makluman

9.3 Pergerakan Aset Alih Kerajaan

Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada
Unit Aset untik tujuan pemantauan.

Tindakan: Semua Pegawai/Pemantau

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

9.4 Pergerakan Aset Alih Kerajaan

Setiap Pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada
Unit Aset untuk tujuan Pemantauan.

Tindakan: Semua Pegawai/Pemantau

9.5 Kehilangan Dan Hapus Kira

Tiada laporan

Makluman
9.6 Agihan Stok Bekalan Pejabat

Mesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali


seminggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Khamis.

Makluman
9.7 Penyimpanan Daftar/Rekod Aset

Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit
keras dan di simpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset . Unit Aset akan
menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi
penempatan . Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset
perlu mendaftar dan menyeleggara kan maklumat aset tersebut bagi
memudahkan pemeriksaan ase dilakukan.

Tindakan : Pegawai Stor


9.8 Penempatan Aset

Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset
agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan
perlu di laporkan kepada Unit Aset Sekolah.

Makluman

9.9 Pelabelan Aset

Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan
mengambil tindakan melabel kepada aset yang masih belum label. Ini bertujuan
untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan Aset.

Tindakan : Unit Aset

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan

Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan


aset perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan Pekeliling
Perbendaharaan Bil 5 Tahun 20017 agar tidak timbul kekeliruan semasa
menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan
semasa menguruskan aset di sekolah. Unit Aset di pohon untuk mendapatkan
kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset

10.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan
aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat bersurai jam 2.30 ptg.

Minit disediakan oleh,

NORAFIZAH BINTI ALIAS


Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)

Disahkan oleh,

SHARMIAH BINT HJ ABAS


Guru Besar,
SK kampung Lindungan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015

You might also like