You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 11 Januari 2017 ( Rabu )


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Guru SK Pulau Chapa

Kehadiran :
1. En. Mahmud Sabri bin Sahidan ( GPK 1)
2. En. Wan Nordin bin Wan Mohamad (GPK Kokurikulum)
3. En. Anuar bin Che Omar (Ketua Panitia)
4. En. Mohd Izmee Ikran bin Mohd Ruslan (Setiausaha)
5. Pn. Nur Haiza binti Yusof
6. Pn. Mahani binti Ahmad.

Agenda :
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
2.0 Laporan Pihak Atasan
3.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
4.0 Perkara berbangkit
5.0 Dasar Kurikulum
6.0 Pelantikan Jawatankuasa Panitia
7.0 DSKP, RPT dan RPH
8.0 Kontrak Latihan
9.0 Takwim Peperiksaan
10.0 Pengurusan dan Pembelian
11.0 Headcount
12.0 Program Panitia 2017
13.0 Hal-hal lain
14.0 Penutup

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada mesyuarat
panitia bagi kali pertama Tahun 2017.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancang dan berjaya dilaksanakan pada tahun 2016 dan telah memberikan
kerjasama yang erat dan menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh
serta membuahkan hasil yang cemerlang.
Makluman : Semua guru

2.0 Laporan Pihak Atasan


2.1 En.Mahmud Sabri bin Sahidan selaku Guru Penolong Kanan 1,mengucapkan salam
dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita Sains. Beliau mengucapkan tahniah dan
syabas di atas pencapaian UPSR 2016 bagi mata pelajaran Sains.

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat


3.1 Pn. Nor Haiza mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh En. Wan Nordin.

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Pengerusi memaklumkan DSKP Tahun 1 diserahkan kepada PK Pentadbiran dan
Ketua Panitia. Beliau juga memaklumkan soalan-soalan yang disediakan dimasukkan
ke dalam fail Bank Soalan. Beliau menyatakan PBS Tahun 2017, bagi Tahun 1,4,5
dan 6 istilah Band telah digantikan dengan Tahap Penguasaan. Manakala, bagi Tahun
2 dan 3 masih menggunakan Band. Beliau juga menyatakan bagi analisa peperiksaan,
markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016 digunakan sebagai TOV dalam Headcount
2017.

5.0 Dasar Kurikulum KPM


5.1 Seperti dalam lampiran

6.0 Pelantikan Jawatankuasa Panitia


6.1 En. Anuar dilantik sebagai Ketua Panitia Sains bagi tahun 2017. Manakala En. Mohd
Izmee Ikran dilantik sebagai Setiausaha Panitia Sains.

7.0 DSKP, RPT dan RPH


7.1 En. Anuar memaklumkan semua guru mata pelajaran Sains hendaklah mengajar
mengikut DSKP dan RPT yang telah disediakan. Penyediaan RPH adalah selama 40
minggu persekolahan dan mengikut Pembelajaran Abad 21.
Makluman: Semua guru mata pelajaran

8.0 Kontrak Latihan


8.1 En. Anuar memaklumkan penyediaan kontrak latihan adalah mengikut 40 minggu
persekolahan. Pemantauan penyeliaan buku latihan murid. Kontrak latihan dan kerja
rumah murid mestilah mencukupi. Bilangan soalan bergantung kepada prestasi serta
kemampuan dan kebolehan murid.
Tindakan : Semua guru Sains

9.0 Takwim Peperiksaan


9.1 En. Anuar memaklumkan Ujian 1 akan dijalankan pada 5 Mac 2017, Ujian 2 pada 21
Mei 2017, Ujian 3 pada 11 September 2017 dan Peperiksaan Akhir Tahun pada 5
November 2017. Penyediaan soalan adalah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU). Beliau turut menyatakan analisa hendaklah dijalankan setiap kali selepas
peperiksaan dan post mortem terhadap keputusan ujian.
Tindakan: Semua guru Sains

10.0 Pengurusan Pembelian


10.1 En. Anuar memaklumkan urusan pembelian mengikut peruntukan tahunan panitia dan
hendaklah mengikut prosedur pembelian.

11.0 Headcount
11.1 En. Anuar memaklumkan headcount 3 hendaklah ditampal di belakang buku RPH
Tindakan: Guru mata pelajaran

12.0 Program Panitia 2017


12.1 Pengerusi menyatakan segala program panitia adalah mengikut perancangan strategik
panitia.

13.0 Hal-hal lain


13.1 Tiada

14.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
(MOHD IZMEE IKRAN BIN MOHD RUSLAN) (ANUAR BIN CHE OMAR)
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains,
SK Pulau Chapa. SK Pulau Chapa.

You might also like