You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

PT TARIMAN SENGGARANG

KERTAS KERJA

TAJUK : Projek Keceriaan (Lukisan Mural)

TARIKH : 10 Oktober 2018 – 24 Oktober 2018

TEMPAT : Dewan Terbuka YB Ja’far bin Hasyim

PERKARA TANDATANGAN/ULASAN

Disediakan oleh:

ELLSIE VIEANN ALPHONSOS

Guru pelatih

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Disemak oleh :

EN SHAARI BIN BIDIN

Guru Penolong Kanan

Sekolah Kebangsaan Seri Molek

Diluluskan oleh:

EN AHMAD FUAD BIN JAAFAR

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Molek


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

PT. TARIMAN, SENGGARANG

Kertas Kerja:

PROJEK KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

Dikemukakan Oleh:

GURU PELATIH

OPSYEN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

1.1 PENGENALAN

Projek keceriaan iaitu lukisan mural merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh
pelajar praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn di Sekolah
Kebangsaan Seri Molek. Projek ini diharapkan dapat menguji kreativiti guru pelatih di
samping dapat melihat komitmen guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek yang
dirancang.

1.2 OBJEKTIF

i. Menceriakan dewan terbuka YB Ja’far bin Hasyim Sekolah Kebangsaan Seri


Molek.
ii. Memberi pendedahan dan menanam keyakinan diri dalam kalangan guru-guru
pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek.
iii. Memenuhi masa lapang dan meningkatkan kreativiti guru praktikum dengan aktiviti
yang berfaedah.
iv. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan projek
di sekolah.
v. Menjadikan projek ini sebagai salah satu projek praktikum dan sumbangan kepada
pihak Sekolah Kebangsaan Seri Molek.
vi. Meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi dalam kalangan guru-guru
pelatih dan warga sekolah.

1.3 TEMPOH, TEMPAT DAN TARIKH

i. Tempoh: 3 minggu
ii. Tempat : Dewan terbuka YB Ja’far bin Hasyim
iii. Tarikh : 10 Oktober 2018 – 24 Oktober 2018
1.4 PIHAK TERLIBAT

 Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Molek


 Guru-guru praktikum

1.5 ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Encik Ahmad Fuad bin Jaafar


Pengerusi : Nur Najihah Atiqah binti Nasran
Naib pengerusi : Suhaibah binti Abd Wahid
Setiausaha : Ellsie Vieann Alphonsos
Bendahari : Muhammad Faiz bin Musa
AJK : Nur Syafiqah binti Arifin
: Nur Hafizah binti Zainol Hamizi
: Noramira binti Amir
: Murid-murid Tahun 6 SK Seri Molek

1.6 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos/ Unit Jumlah

1. Cat Pelaka
 Putih RM 20 x 4 RM 80

Cat mural
 Biru
RM 18 x 8 RM 144
 Kuning
 Merah
 Hijau
2. Berus cat
 Kecil RM 4 x 5 RM 20
 Besar RM 6 x 5 RM 30

3. Masking tape RM 3 x 10 RM 30

Jumlah RM 304
1.7 PENUTUP

Diharapkan Projek Keceriaan (Lukisan Mural) Sekolah Kebangsaan Seri Molek ini
dapat berjalan dengan lancar dan menceriakan lagi dewan terbuka sekolah SK Seri
Molek yang sedia ada. Selain itu, diharapkan juga projek ini dapat memenuhi masa
lapang murid Tahun 6 yang telah habis peperiksaan UPSR serta guru-guru praktikum
juga dapat menyumbang tenaga dan kreativiti kepada keceriaan dewan terbuka
sekolah.

You might also like