You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA RMT

KALI PERTAMA TAHUN 2017/2018


SK JENGKA 9, PAHANG

Tarikh : 9 November 2017 / Khamis


Masa ` : 12.40 Tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan
Kehadiran : 1. Pn. Hajah Noorizan Bt Husin (GB)
2. Pn. Arbai’yah Bt Badrun ( GPK HEM)
3, En. Shamsul Bin Ahmad (YDP PIBG )
4. Pn. Zarina Bt Zainol ( NYDP PIBG)
5. Pn. Norelnizal Bt. Abdul Ghani ( S/U RMT)
6. Pn. Rapizah Bt Idris ( AJK )
7. Pn. Salmah Bt Idrus ( AJK)
8. En. Mohd Zaki B. Majid ( AJK )
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana dapat
meluangkan masa.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk


membincangkan dan membuat pemilihan murid-murid Tahun 2 hingga 6 dan murid
Pendidikan Khas yang layak diberi RMT bagi tahun 2018.
Tindakan : Makluman
2. Laporan RMT ( Setiausaha RMT )
2.1 Setiausaha menyatakan bahawa pada tahun 2018, murid yang layak menerima RMT
berdasarkan berikut:-

Tahun 2 6 orang
Tahun 3 5 orang
Tahun 4 4 orang
Tahun 5 9 orang
Tahun 6 5 orang
Pendidikan Khas 7 orang

2.2 Kelayakan murid ini adalah setelah dilihat berdasarkan pendapatan perkapita seisi
keluarga yang telah dinilai menggunakan borang permohonan RMT.

Tindakan : Makluman

3. Pemilihan Murid Yang layak


3.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih semua bilangan murid yang dinyatakan
layak untuk diberi RMT bagi sesi 2017.

4. Pemantauan
4.1 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru RMT yang telah dilantik untuk melakukan
Pemantauan sepanjang masa agar pelaksanaan RMT berjalan dengan lancar.
4.2 Pemantauan meliputi menu yang betul mengikut Buku Panduan RMT, kuantiti

makanan dan minuman, buah-buahan dibekalkan, kebersihan dan ketetapan masa


waktu mengagihkan makanan.

4.3 Sekiranya murid tidak hadir, makanan perlulah diberikan kepada murid ganti
dengan kadar segera.

4.4 Pemilihan murid yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan
berdasarkan borang maklumat murid.

4.5 Beliau meminta guru RMT mengemaskini fail untuk tujuan pengauditan.

Tindakan : Guru RMT

5. Hal-hal lain
5.1 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru RMT bertugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

5.2 Pengerusi akan mencadangkan kepada pihak pengusaha kantin untuk menyediakan
sepinggan makanan lebih untuk guru-guru RMT yang bertugas.

Tindakan :Makluman
6. Ucapan Penangguhan
6.1 Sekali lagi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang akan
melaksanakan tugas RMT.

6.2 Harapan Pengerusi agar perjalanan RMT pada tahun 2018 berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 p.m

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NORELNIZAL BT ABDUL GHANI PN. ARBAI’YAH BT. BADRUN


Setiausaha RMT Guru Penolong Kanan HEM
SK FELDA JENGKA 9 SK FELDA JENGKA 9

You might also like