You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT GURU

BIL. SATU (1/2019)


SK SRI LIMAU, 09600 LUNAS, KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : 5 Januari 2019


Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Sumber SKSL
Kehadiran :
1. Pn. Suzana bt. Hamid Guru Besar
2. Pn. Wan Normah bt. Wan Taib PK Pentadiran
3. Tn. Syed Shahrul Nizar b. Syed Mohd. Zainudin PK Hal Ehwal Murid
4. En. Norshaidi b. Mohd Noor PK Kokurikulum
5. Aliyah binti Mat@Mohamad
6. Ananthy a/p Maruthamuthu
7. Asri Bin Abdul Karim
8. Azrul Naemi Bt Mokhtar
9. Ezarona Bt Ayob
10. Ibrahim Bin Yaakob
11. Jamaliah binti Yahya
12. Jawariah Binti Abdul Rani
13. Mahyuni Binti Marzuki
14. Maznah Binti Hj Umar
15. Muhammad Nor Syafiq bin Omar
16. Nor Khamisah Binti Johan
17. Noor Jareena Binti Mohamud Kassim
18. Norhaslinda Binti Adnan
19. Norhayati Bt Che Awang
20. Nor Hanani Binti Mohd Kadir
21. Nurshuhada Bt Muhd Fadzir
22. Nurul Farhana Bt Abdul Manaf
23. Patahiyah Binti Haji Mohamad
24. Rohaiza Binti Abdul Rahman
25. Rofizah Binti Hamid
26. Siti Rohayah Bt Abdullah
27. Tang Siew Lai
28. Zunaini binti Ahmad

Tidak hadir :
1. Haslina binti Jamaludin (Cuti Sakit)
2. Mohd Razak bin Che Sab
3. Nor Azlizam bin Zainon
4. Siti Asmayani binti Ishak (Anak Bersunat)

BUTIRAN MESYUARAT

I UCAPAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulakan oleh Puan Suzana bt. Hamid, Guru Besar SKSL mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat kali ini dan dimulai dengan bacaan
Al-Fatihah.
2. Tuan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke SK Sri Limau seperti nama-
nama berikut ; Puan Shahrumniza binti Ibrahim, Puan Normee Asiah binti Ghazali, Encik
Muhammad Armi bin Abdul Aziz, Puan Khairiani binti , Puan Sriyanti Insyirah binti Md Dahlan
dan Puan Kamala Devi.
1
3. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua guru di atas kelancaran setiap program yang
diadakan sepanjang 2018.
4. Tahun baru 2019 adalah sebuah harapan baru. Oleh itu, semua guru perlu bergerak bersama-
sama bagai aur dengan tebing yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Tahun 2019
telah berada dalam fasa akhir Gelombang Ke-2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM). Selari dengan itu, para guru perlu bergerak pantas untuk memacu
kebolehan murid-murid ke arah kemenjadian murid yang seimbang.
5. Sepanjang tahun 2019 juga, perkara utama yang akan ditekankan adalah Professional
Learning Community (PLC) dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21)
Makluman

II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


6. Puan Nurul Farhana binti Abdul Manaf, Setiausaha Mesyuarat Guru membentangkan Minit
Mesyuarat Guru Bil. 4/2018 dan diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan.
Makluman

III PERKARA BERBANGKIT


7. Rujuk halaman 4, para VI perkara 10.2
7.1 Guru yang mengajar murid calon MBK perlu menyediaka rekod anekdot untuk
dijadikan eviden semasa ibu bapa mendapatkan rawatan doktor. Rekod boleh
dikumpul dan diserahkan kepada guru kelas untuk tindakan lanjut.
Tindakan: Guru mata pelajaran
IV PENGURUSAN PERKHIDMATAN
8. Ikrar perkhidmatan awam.
8.1 Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Norshaidi bin Mohd Noor mengetuai bacaan
Ikran Perkhidmatan Awam.
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini
bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh
dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah
ini kami:
 Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
 Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
 Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara;
dan
 Berpegang teguh kepada ajaran agama.

2
9. Enrolmen guru
9.1 Pentadbir : 5 orang
9.2 Guru akademik : 33 orang
9.3 Staf sokongan : 4 orang
Makluman : Semua guru
10. Perbincangan profesional.
10.1 Pengerusi mesyuarat memaklumkan, bagi tahun 2019 sesi PdPc akan bermula pada
jam 7.30 pagi. Murid dan guru perlu hadir ke sekolah selwat-lewatnya pada jam 7.15
pagi. Bagi sesi petang, sesi PdPc akan bermula pada jam 1.15 petang dan kehadiran
hendaklah selewat-lewatnya pada jam 1.00 petang.
10.2 Semasa perhimpunan pagi, semua guru dikehendaki berada di dewan terutamanya
guru yang mengajar masa pertama. Guru perlu mengiringi murid ke kelas.
Makluman : Semua guru
11. Cuti Rehat Khas
11.1 Cuti Rehat Khas adalah hak guru tetapi bukan kemudahan. Guru hendaklah
menggunakan kelebihan cuti dengan sebaiknya.
11.2 Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah
atau institusi pendidikan.
11.3 Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti
Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.
11.4 Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata
terhad kepada 10 hari setahun sahaja.
11.5 Kuasa untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah Guru Besar bagi
pegawai yang mengajar di sekolah.
Makluman : Semua Guru
12. Cuti Sakit
12.1 Berikut merupakan pindaan peraturan berkaitan sijil sakit swasta untuk tujuan
meluluskan kemudahan cuti sakit.
12.2 Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut ;
a. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau
klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti
sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalender; atau
b. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau
klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti
sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalender; dan
c. jumlah cuti sakit sama ada sijil sakit swasta atau sijik sakit kerajaan yang
boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalender,
di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari
seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
3
13. Kemudahan Cuti Kuarantin
13.1 Secara Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks
penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti
Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit
dan perlu dikuarantin.
13.2 Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.
13.3 Anak adalah termasuk:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
(e) anak pelihara.

13.4 Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut:
(a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi
setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai
perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk
hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; dan

(b) dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:


(i) berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
(ii) tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi
jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri,
dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan
secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

13.5 Kemudahan Cuti Kuarantin hendaklah dilaksanakan seperti berikut:


(a) pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa
dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan
Kerajaan atau swasta;
(b) senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di
Lampiran A, atau pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; dan
(c) permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta perakuan
yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta dengan
menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin seperti di Lampiran B.
Makluman : Semua Guru
14. Cuti Tanpa Rekod
14.1 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat
diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk
menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga
terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002
(PP Bil. 10/2002).
4
14.2 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat
hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
(i) kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa
Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan
pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris
jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan;

(ii) bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua
atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan
seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan;

(iii) Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah-


(a) bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari
berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat;
dan
(b) meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan
am. Bagi maksud Pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi
hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Makluman : Semua guru
15. Peraturan dan Tatatertib
15.1 Semua guru hendaklah menyediakan Buku Rekod Mengajar mengikut jadual waktu
yang telah ditetapkan. Buku Rekod Mengajar merupakan Buku Rekod Persediaan
Mengajar Guru. Menurut Pekeliling 256 Kementerian Pendidikan, Buku Rekod
Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan tidak berbelit-belit. Guru yang gagal
menyediakn Buku Rekod Mengajar akan diberi surat pemakluman. Sekiranya
tindakan tidak diambil selepas surat pemakluman pertama dikeluarkan, surat
pemakluman kedua akan diberi dan seterusnya Guru Besar akan mengkodkan
perkara ini ke Unit Tatatertib Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
15.2 Penjawat awam perlu akur dengan prinsip demokrasi dan mematuhi kerajaan baharu
yang sedang memerintah. Penjawat awam perlu mengutamakan tuntutan kerja
sebagai anggota kerajaan yang berkhidmat untuk negara tanpa mengira parti mana
yang memerintah.
15.3 Semua guru yang ingin ke luar negara atas urusan peribadi atau pun tugas perlu
mengisytiharkan tindakan mereka. Guru-guru perlu mengisi borang pengisytiharan
sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh melalui laman web berikut ;
http://www.myarrehlah.my.
15.4 Semua guru diingatkan supaya mematuhi etika berpakaian semasa menjalankan
tugas. Etika berpakaian guru dibahagikan mengikut keadaan dan kesesuaian aktiviti
Pdpc pada hari tersebut. Guur-guru boleh merujuk peraturan pakaian yang telah
ditetapkan dalam bahagian lampiran.
Makluman : Semua Guru

5
V PENGURUSAN KURIKULUM
16. Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
16.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wan Normah binti Wan Taib meminta
Penyelaras Program MBMMBI supaya menyediakan lebih banyak carta yang
menggunakan Bahasa Inggeris. Carta tersebut perlu dipaparkan di sekitar kawasan
sekolah dan tidak hanya bertumpu di dalam kelas sahaja.
Tindakan : Penyelaran MBMMBI
16.2 Panitian Pendidikan Islam diingatkan supaya menetapkan tarikh pelaksanaan Kem
Bestari Solat supaya perancangan aktiviti dan kewangan dapat dibuat dengan teratur.
Tindakan : Panitia Pendidikan Islam
16.3 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa maklumat-maklumat lain akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Mesyuarat Kurikulum Bil 1 2019.
Makluman : Semua Guru
VI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
17. Buku Jadual Kedatangan Murid
17.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta
akan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah.
17.2 Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong
sahaja dan ditandatangani (initial). Penggunaan pemadam cecair adalah dilarang
sama sekali dan menyalahi peraturan.
17.3 Semua maklumat hendaklah tepat dan dikemaskini oleh guru kelas.
17.4 Berikut tatacara tindakan terhadap murid tidak hadir sekolah.
a. SURAT AMARAN PERTAMA hendaklah dihantar pada hari ketiga kepada
murid yang tidak datang ke sekolah (P) selama (3) tiga hari berturut-turut atau
sebanyak (10) sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat.

b. SURAT AMARAN KEDUA hendaklah dihantar secara BERDAFTAR (sila


catat berdaftar pada sampul surat) jika murid belum datang atau belum menghubungi
sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama dikeluarkan. Surat Amaran Kedua
hendaklah dihantar jika murid telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara
berturut-turut.

c. SURAT AMARAN TERAKHIR hendaklah dihantar melalui SURAT


BERDAFTAR AKUAN PENERIMA, SEKIRANYA TIADA APA-APA KOMUNIKASI 7
hari selepas surat amaran kedua. Sila gunakan surat amaran kedua tetapi tukarkan
‘Kedua’ ke Amaran Terakhir dan garis ‘nama anak tuan / puan akan dibuang sekolah’
dengan dakwat merah. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah ditandai
(P) sebanyak 40 hari secara tidak berturut-turut.

6
d. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau
selepas 20 hari ditandai (P) murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan
memberitahu ibu bapa/ penjaga murid telah dibuang sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua/ GB sahaja.

e. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa membuat rayuan
bersekolah semula dari Unit Pendaftar, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah serta dirujuk kepada Pengetua/ Guru Besar.
Tindakan : Semua Guru Kelas

18. Guru disiplin bagi sesi pagi adalah Encik Muhammad Nor Syafiq bin Omar. Manakala guru
disiplin bagi sesi petang, Enik Nor Azlizam bin Zainon.
Makluman : Semua guru
19. Bagi permulaan tahun 2019, semua guru diminta membudayakan amalan turun atau bergerak
keluar dari kelas bersama-sama murid semasa waktu pulang. Amalan ini bukan sahaja dapat
meningkatkan disiplin murid semasa waktu pulang, malah dapat mengurangkan risiko
terjadinya perkara yang tidak diingini.
Tindakan : Semua guru
20. Bagi mengelakkan masalah murid yang tecicir daripada menerima bantuan, semua guru
diminta bekerjasama dalam memantau murid yang tidak layan menerima bantuan tetapi
merupakan orang susah atau miskin. Guru boleh terus maklumkan kepada pihak pentadbir
untuk tindakan lanjut.
Tindakan : Semua guru
21. Buku rekod disiplin murid adakan diedarkan kepada semua guru kelas mulai minggu
hadapan. Semua guru boleh merekodkan semua amalan baik dan salahlaku murid didalam
buku tersebut. Rekod disiplin yang tersusun memudahkan Penolong Kanan Hem atau guru
disiplin membentangkan analisa kesalahan disiplin jika berlaku sesuatu.
Tindakan : Semua HEM

VII PENGURUSAN KOKURIKULUM


22. Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Norshaidi bin Mohd Noor meminta semua guru
penasihat kokurikulum melaksanakan kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah
dijadualkan dengan sebaik mungkin. Setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu
bersesuaian dengan kurikulum. Setiap guru wajib hadir pada setiap kali perjumpaan
kokurikulum diadakan dan wajib mengisi kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran
Kokurikulum 2019.
Tindakan : Semua guru
23. Semua guru yang terlibat dengan pengisian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) diingatkan supaya sentiasa peka dan telus. Hal ini kerana pentaksiran
kokurikulum ini berperanan besar kepada murid kerana ia membantu merit untuk kemasukan
ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.
Tindakan : Semua guru
7
24. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani diingatkan untuk membuat
Pelaporan SEGAK mengikut masa yang ditetapkan nanti. Guru perlu peka supaya tiada
percanggahan data antara SEGAK dan PAJSK.
Tindakan : Guru mata pelajaran
25. Berikut merupakan takwim kokurikulum PPD Kulim Bandar Baharu bagi tahun 2019.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
TARIKH AKTIVITI
23.01.2019 Merentas Desa
24 - 26.01.2019 Badminton, Sepak Takraw Dan Ping Pong
31.01 - 02.02.2019 Bola Jaring
12 – 14.02.2019 Tenpin Boling Dan Bola Baling
18 – 21.02.2019 Olahraga
13 – 15.06.2019 Bola Sepak
20 – 22.06.2019 Ragbi Dan Catur
Makluman : Semua guru

26. Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sri Limau akan diadakan pada hari Rabu, 24.04.2019.
Sehubungan dengan itu, semua guru wajib hadir bagi setiap sesi latihan dan sukantara yang
akan diadakan.
Tindakan : Semua guru

VIII PENGURUSAN KEWANGAN


27. Setiap panitia diminta untuk membuat anggaran belanjawan untuk pelaksanaan kurikulum.
Semua pantiia perlu mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan dan dengan berkesan.
Perancangan kewangan boleh dibuat dengan 2 cara;
i. 3 fasa : Jan-Apr, Mei-Ogo, Sept-Dis
ii. 4 fasa : Jan-Mac, Apr-Jun, Jul-Sept, Okt-Dis
28. Dalam perancangan kewangan panitia juga, anggaran bajet untuk kertas A4 dan hadiah untuk
Hari Anugerah Cemerlang perlu disertakan sekali.
29. Bagi paniti Bahasa Melayu dan Matematik, 10% bagi setiap panitia perlu diserahkan kepada
Pemulihan Khas, manakala Panitia Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris perlu
menyerahkan 10% kepada Linus.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

IX PENGURUSAN ASET
30. Pegawai Aset di sekolah dilantik oleh Pegawai Pengawal/Ketua Pengarah/Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) peringkat Kementerian.
31. JKPAK hendaklah bermesyuarat setiap tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu
suku tahun seperti Jadual berikut:-

8
SUKU TAHUN TARIKH MESYUARAT
Pertama April-Mei
Kedua Julai-Ogos
Ketiga Oktober-November
Keempat Januari-Februari

Tindakan : Pegawai Aset Sekolah

32. Stok atau barang yang diterima melalui pembelian dengan wang kerajaan, yang disewa beli
dengan wang kerajaan, yang diterima melalui hadiah, pindahan dan melalui proses
perundangan hendaklah direkodkan dalam daftar stok sama ada stok hapus kira atau stok
kekal. Jika barang yang dibeli menggunakan duit persendirian perlu dicatat sebagai
sumbangan.
Tindakan : Semua guru

X HAL-HAL LAIN
33. Semua guru diminta menyerahkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan kepada
Setiausaha Peperiksaan, Puan Rofizah binti Hamid untuk urusan daftar Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah.
Tindakan : Semua Guru Baru
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


NURUL FARHANA BINTI ABDUL MANAF
Setiausaha Mesyuarat Guru ........................................................
17 Januari 2019

You might also like