You are on page 1of 8

PERLEMBAGAAN SURAU.

1. TUJUAN

i. Mematuhi perintah Allah SWT supaya mendirikan, membangunkan dan mengimarahkan


rumah ALLAH untuk tujuan beribadah, tunduk dan sujud membesarkan Allah SWT.
ii. Sebagai pusat permuafakatan untuk semua ahli qariah termasuk solat dan program
kemasyarakatan serta kebajikan seperti khairat, ibadah qurban, urusan pengendalian
jenazah, gotong royong dan lain-lain.
iii. Sebagai pusat mengeratkan hubungan silaturahim, ukhuwah dan mahabbah (kasih
sayang) di kalangan ahli qariah.
iv. Sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu khususnya ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah.
v. Sebagai pusat pentadbiran dan dakwah setempat dalam usaha ke arah kembali kepada
kehidupan Islam sebagai cara hidup yang diredai oleh Allah SWT.
vi. Sebagai pusat kemudahan peralatan dan kelengkapan pengendalian majlis untuk
kegunaan ahli qariah (seperti kanopi, set bufet, kerusi meja dan lain-lain). Peralatan
dan kelengkapan ini boleh dipinjamkan untuk kegunaan ahli qariah. (Semua harta benda
kekal surau hendaklah direkodkan di atas nama surau.

2. KEAHLIAN

i. Semua muslimin yang telah baligh dan bermastautin di surau setempat.


ii. Tiada apa-apa syarat untuk penyingkiran atau pemulauan ahli kecuali tidak menepati kehendak
hukum syarak.
iii. Tiada yuran keahlian yang dikenakan untuk menjadi ahli.

3. MESYUARAT AGUNG

i. Jawatankuasa pengelola surau dipilih melalui Mesyuarat Agung Surau. Sekurang- kurangnya
seramai 30 orang ahli qariah hadir dan berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
jawatankuasa mengikut mana-mana yang dahulu bagi mencukupkan bilangan korum
mesyuarat.
ii. Jika korum tidak mencukupi selepas ½ jam daripada waktu yang ditetapkan maka mesyuarat
ini hendaklah di tangguhkan pada suatu tarikh lain yang tidak melebihi daripada 30 hari.
iii. Jika korum tidak mencukupi juga selepas ½ jam daripada waktu yang ditetapkan setelah
ditangguhkan pada kali pertama maka berkuasalah ahli yang hadir pada hari itu untuk
meneruskan mesyuarat tapi tidak berkuasa mengubah apa-apa keputusan dasar atau
perlembagaan surau.
iv. Mesyuarat Agung Tahunan surau hendaklah diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya
tahun kewangan dan tidak lewat dari 31 hb. Mac setiap tahun.
v. Setiausaha hendaklah mempamer dan menghebahkan kepada semua ahi qariah sekurang-
kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Satu agenda termasuk salinan
peringatan mesyuarat, laporan tahunan dan penyata kewangan surau bagi tahun lalu yang
telah diaudit dipamerkan di bangunan surau.
vi. Agenda Mesyuarat Agung tahunan ialah :
a) Menerima laporan aktiviti / program sepanjang tahun lalu
b) Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit.
c) Melantik ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira (juruaudit) dan pemegang
amanah untuk tahun akan datang.
d) Membincangkan usul dan cadangan jika ada dan perkara-perkara lain yang berkaitan

vii. Mesyuarat agung khas atau luar biasa surau boleh diadakan :
a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa seperti perletakkan jawatan atau
pengunduran pengerusi dan penolong pengerusi serentak atas sebab kematian,
penghijrahan atau salah laku yang melanggar hukum syarak.
b) Perletakkan jawatan dan penarikan diri semua ahli jawatankuasa serentak.

c) Atas permintaan dan desakan beramai-ramai ahli qariah dengan secara bertulis tidak
kurang dari 30 orang ahli qariah.
d) Peraturan dan prosedur mengadakan mesyuarat agung khas adalah sama seperti
mesyuarat agung tahunan di fasal sebelumnya.
e) Pengerusi dan setiausaha sementara akan dilantik oleh ahli jemaah untuk
memainkan peranan mengadakan mesyuarat agung khas bila berlakunya perkara di para
vi (a)(b)

4. Ahli Jawatankuasa Surau

i. Keahlian Jawatankuasa adalah seperti berikut :

a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Timbalan Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. Seorang Penolong Bendahari
g. Sebelas orang ahli jawatankuasa
(7 orang dilantik dalam mesyuarat Agong dan 4 dalam mesyuarat
Jawatankuasa)
h. Dua orang Pemeriksa kira-kira

ii. Syarat Keahlian Jawatankuasa

a. Islam, warganegara Malaysia , berakal dan baligh.


b. Berumur melebihi 21 tahun.
c. Adalah penduduk yang bermastautin di Taman Indah KLIA.
d. Mempunyai rekod peribadi yang baik dan tidak terlibat dengan apa-apakesalahan
jenayah dan salah laku yang serius dari sudut pandangan syarak seperti peminum
arak, kaki judi, penzina dan lain-lain.
iii. Pencalonan

Ahli yang tidak hadir dalam mesyuarat agung tidak boleh di calon dan dilantik
kecuali ahli yang mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir tetapi
menawarkan diri untuk berkhidmat. Surat menawarkan diri mestilah sampai
kepada setiausaha sehari sebelum mesyuarat agung dan akan di maklumkan oleh
Setiausaha di dalam mesyuarat tersebut.

iv. Bagi ahli jawatankuasa, 7 orang adalah dilantik dalam mesyuarat agung mengikut
jumlah undi terbanyak dan 4 orang lagi akan di lantik oleh dalam mesyuarat
Jawatankuasa yang pertama bagi sesi akan datang.

v. Prosedur pencalonan ahli dalam, mesyuarat agung dijalankan berdasarkan


kehendak majoriti dengan mematuhi format iaitu ;
a. Nama calon di cadangkan dan perlu disokong sekurang kurangnya seorang
ahli.
b. Di buka untuk sebarang bantahan jika ada.
vi. Sekiranya lebih seorang calon, pemilihan akan dibuat melalui undian.
a. Calon yang memperolehi undi tertinggi akan diisytiharkan sebagai
pemenang dan keputusan adalah muktamad. Calon terpilih tidak dibenarkan
menarik diri kecuali mempunyai sebab-sebab yang munasabah.
vii. Pelantikan jawatankuasa dijalankan setiap dua tahun kalender.

5. Peranan Jawatankuasa

i. Jawatankuasa berperanan mengelola dan mengatur program dan aktiviti harian surau
dan membuat keputusan atau sesuatu perkara yang tidak terkeluar daripada landasan
kebenaran yang termaktub dalam Al-Quran dan Assunah.
ii. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 4
bulan. Pemakluman bagi setiap mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari sebelum mesyuarat dijalankan.
iii. Pengerusi atau sekurang-kurangnya 5 orang ahli jawatankuasa (Setiausaha atau Naib
Setiausaha, bendahari dan 3 orang AJK ) boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa
pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai (pemakluman mesyuarat mesti mengikut para
2 di atas). Sekurang-kurangnya ½ daripada jumlah AJK hendaklah hadir bagimengesahkan
perjalanan mesyuarat.
iv. Ahli jawatankuasa dan pegawai surau (ketua) yang gagal menghadiri mesyuarat 3 kali
berturut turut tanpa alasan yang munasabah adalah di sifatkan kurang berminat dan
telah menarik diri dan akan diganti dengan ahli qariah lain.
v. Jika ada AJK yang telah meninggal dunia atau berpindah atau menarik diri,jawatankuasa
berhak melantik sesiapa sahaja ahli qariah berdasarkan pilihan majoriti dalam mesyuarat
jawatankuasa.
vi. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil dan melantik ahli jawatankuasa kecil
bagi membantu melicinkan lagi tugas-tugas jawatankuasa.
v. Jawatankuasa hendaklah menghantar senarai nama-nama AJK baru dan pegawai-pegawai
surau yang dilantik di dalam mesyuarat agung kepada Pejabat Majlis Agama Islam
Selangor dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat untuk makluman.

6. Skop Tugas Ahli Jawatankuasa

6.1 Pengerusi
i. Menjadi ketua kepada organisasi surau
ii. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa
iii. Merasmikan program dan aktiviti surau
iv. Turut mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.
v. Mewakili surau ke program pihak lain jika di jemput.
vi. Memastikan perjalanan surau berjalan dengan baik
vii. Memantau perjalanan setiap ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai surau.
viii. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.

6.2 Timbalan Pengerusi


i. Mewakili Pengerusi jika ketiadaan pengerusi dalam setiap program dan
mesyuarat jawatankuasa.
ii. Membantu pengerusi dalam memastikan setiap perjalanan surau berjalan
dengan baik.
iii. Timbalan pengerusi juga boleh mengetuai salah satu lajnah surau jika perlu.
iv. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.

6.3 Setiausaha
i. Menguruskan rekod dan maklumat pentadbiran surau
ii. Memanggil mesyuarat AJK.
iii. Menyediakan minit mesyuarat Surau selepas mesyuarat dan mengedarkan
kepada ahli.
iv. Menguruskan surat menyurat dalaman dan luaran surau.
v. Memaklumkan aktiviti dan program surau dari masa ke semasa.
vi. Menguruskan maklumat untuk mesyuarat agung Surau.
vii. Menyimpan semua rekod surat menyurat dan apa jua berkaitan perjalanan
surau.
viii. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.

6.4 Penolong Setiausaha


i. Membantu setiausaha dari masa ke semasa.
ii. Mencatat minit dalam mesyuarat jika ketiadaan setiausaha.
iii. Menghebahkan program surau dipapan kenyataan surau dari masa ke semasa.
iv. Boleh mengetuai atau menganggotai lajnah surau jika bersesuaian.
v. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.
6.5 Bendahari
i. Menguruskan hal ehwal kewangan surau
ii. Menyimpan rekod dan data-data berkaitan pendapatan dan perbelanjaan surau
iii. Menyediakan laporan kewangan bulanan untuk di laporkan ke dalam
mesyuaratAJK
iv. Mengawal selia perbelanjaan surau dari masa ke semasa.
v. Membuat pembelian dan pesanan barangan surau.
vi. Menguruskan pembayaran bil-bil elektrik, air dan lain-lain.
vii. Menguruskan sumbangan saguhati untuk penceramah jemputan surau dan
salurkan kepada lajnah dakwah.

viii. Menguruskan kutipan derma tabung surau.

ix. Membantu Jawatankuasa mendapatkan dana kewangan surau melalui derma


atau lain-lain projek ekonomi.
ix. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.

6.6 Penolong Bendahari


i. Membantu tugas-tugas bendahari
ii. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.

6.7 Ahli Jawatankuasa


Ahli jawatankuasa berperanan membantu Pengerusi menjalankan program dan aktiviti
surau dari masa ke semasa. Bagi melicin dan melancarkan aktiviti beberapa
jawatankuasa di ujudkan yang di panggil Lajnah

7. Penasihat

Jawatankuasa boleh melantik orang yang berkelayakan untuk menjadi penasihat.


Penasihat dalah dikalangan ahli yang bermastautin tetap di Taman Indah KLIA dan
khidmatnya adalah dalam tempoh selagi ianya diperlukan.
i. Sebagai penasihat dan qudwahhasanah kepada semua ahli qariah berdasarkan
ilmu, ketokohan dan pengalamannya.
ii. Memberi nasihat kepada setiap perjalanan aktiviti dan hala tuju surau dari
masake semasa.
iii. Menjadi pakar rujuk kepada semua permasalahan dalam urusan agama.
iv. Menjadi pemimpin dan pembimbing kepada ahli qariah.
Penasihat adalah jawatan secara lantikan. Penasihat boleh di jemput menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa dari masa ke semasa jika perlu.
8. Pemeriksa Kira-kira

i. Dua orang yang bukannya AJK surau atau pegawai surau boleh dilantik di dalam
mesyuarat agung sebagai pemeriksa kira-kira (juru audit dalam). Tempoh khidmat adalah
ditahun.
ii. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira tahunan surau dan membuat
laporan atau pengesahan untuk diluluskan dalam mesyuarat agung. Pemeriksa kira-kira
juga boleh pada bila-bila masa mengaudit kira-kira kewangan surau jika difikirkan perlu
dalam tempoh khidmat mereka.
iii. Pemeriksa kira-kira sebaiknya dikalangan ahli yang mempunyai pengetahuan dan
pengalaman luas dalam perkara kewangan dan pengauditan.

9. Pegawai-pegawai Surau

a. 3 orang Imam
b. 3 orang Bilal ( Muazin )
c. 3 orang Siak
d. 1 orang Pengurus Inventori Peralatan dan Kelengkapan surau
e. 1 orang Pembantu Pengurus Inventori Peralatan dan Kelengkapan surau
f. 1 orang pengurus dan 1 orang Pembantu urusan pengebumian lelaki
g. 1 orang pengurus dan 1 orang Pembantu urusan pengebumian wanita

i. Pegawai pegawai surau adalah dilantik oleh Ahli jawatankuasa berdasarkan ilmu,
pengetahuan, kemahiran dan komitmen. Ahli jawatankuasa Surau juga boleh menjadi
pegawai surau sekiranya berkelayakan.
ii. Syarat untuk menjadi pegawai surau adalah seperti mana syarat menjadi Ahli
Jawatankuasa.
iii. Semua ketua imam, ketua bilal dan ketua siak dimestikan hadir pada setiap kali
mesyuarat Jawatankuasa kerja. Pegawai lain adalah dijemput hadir.
v. Tempoh perkhidmatan pegawai surau adalah selama 2 tahun (sama seperti pelantikan
Ahli Jawatankuasa surau)
v. Khidmat pegawai surau ini adalah khidmat sukarela.
vi. Penamatan pegawai surau hanya boleh dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa dengan
persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa
10. Kewangan

i. Wang surau ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
program surau termasuklah perbelanjaan pentadbiran, bayaran bil elektrik dan air, belian
peralatan surau, belanja baik pulih surau, jamuan dan keraian, saguhati penceramah
dari masa semasa.
ii. Semua wang surau hendaklah di simpan di Akaun Bank dan semua cek atau kenyataan
pengeluaran wang dan kira-kira surau hendaklah di tandatangani bersama oleh
pengerusi, setiausaha dan bendahari atau mana- mana dua antara tiga penama
(pemegang amanah).
iii. Bendahari di bolehkan menyimpan wang runcit tidak melebihi dari RM 200.00 pada
sesuatu masa. Wang selebihnya perlu di masukkan ke dalam akaun Bank atas nama
Surau.
iv. Perbelanjaan yang melebihi daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh di buat
tanpa kelulusan Jawatankuasa terlebih dahulu manakala perbelanjaan yang kurang dari
RM500.00 boleh di luluskan oleh pengerusi dan bendahari dengan syarat untuk
kepentingan khusus kepada ahli qariah.
v. Penyata penerimaan dan perbelanjaan setiap bulan hendaklah disediakan oleh
bendahari untuk disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa manakala penyata tahunan
hendaklah disediakan oleh bendahari dan di audit oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik
apabila telah tamat tempoh kewangan setiap tahun. Penyata kira-kira yang telah diaudit
hendaklah dimaklumkan untuk kelulusan mesyuarat agung dan salinannya hendaklah
diedarkan untuk makluman ahli.
vi. Tahun kewangan surau bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember
pada setiap tahun.

11. Sumbangan dan Saguhati

i. Surau boleh menerima sebarang bentuk sumbangan wang dan peralatan dan apa sahaja
yang sesuai dari orang ramai samada melalui tabung surau, kutipan derma, projek
ekonomi dan lain-lain yang dibenarkan oleh syarak.
ii. Surau boleh memberi saguhati sebagai imbuhan yang terdiri daripada penceramah,
pengajar dan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai berdasarkan jumlah yang dipersetujui
oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa.
iii. Surau juga boleh menerima wang keuntungan dari bank atau dari sumbangan bukan
Islam dan wang ini hendaklah di gunakan untuk tujuan pembangunan prasarana surau
seperi tandas, pagar dan lain-lain. Surau tidak boleh menerima wang dari kutipan zakat
dari orang ramai.
12. Tafsiran Undang-Undang

i. Diantara tarikh mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsiran kepada


undang-undang ini dan jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara
yang tidak terkandung dalam perlembagaan surau ini sekiranya perlu.

ii. Kecuali perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa adalah muktamad jika tidak diubah
dalam mesyuarat agung.

13. Larangan

i. Sebarang jenis salah laku yang bertentangan dengan syarak yang jelas boleh
mencemarkan kesucian rumah Allah seperti berjual beli, hiburan melalaikan, maksiat ,
pergaduhan dan lain-lain adalah di larang sama sekali.
ii. Surau ini tidak boleh mengambil bahagian dalam menjadi tempat untuk kempen mana-
mana parti politik atau pun ceramah politik yang bertentangan dengan Islam.
iii. Surau tidak boleh dijadikan tempat tidur yang berpanjangan bagi orang-orang yang
tidak berkenaan.

14. Pindaan Undang-undang

i. Undang-undang dan peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung. Sebarang pindaan perlulah di usulkan dan di
bahaskan dalam mesyuarat agung samada diterima atau di tolak oleh ahli-ahli.
ii. Undang-undang dan perlembagaan surau ini tidak terikat dengan mana-mana akta
rasmi oleh pihak berkuasa. Undang-undang tubuh ini adalah sebagai panduan
dan etika untuk membantu ahli dalam mengelolakan surau berdasarkan peraturan
yang dipersetujui bersama.

You might also like