You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL: 3/ (2015)

Tarikh : 06 Oktober 2015

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Bilik KSSR SK Gelang Patah

Pengerusi : Puan Rosalita Binti Abd Hir

Kehadiran(Bilangan) : 9/11

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................


...........................................................................................................
.............

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih dan memulakan bacaan
ummul kitab al-Fatihah. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah
untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh: Puan Rohani Binti Tambi Adam
Disokong untuk pengesahan oleh: Encik Iskandar Radzy Bin Abu Bakar

3 PENATARAN FORMAT BAHASA MELAYU UPSR 2016


3.1 Pengerusi membentangkan format Bahasa Melayu UPSR bagi tahun 2016
adalah seperti berikut:

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN KOD 011


Bil. Perkara Format Tahun 2016
1 Jenis Instrumen Objektif
Subjek
2 Jenis item Objektif Aneka Pilihan
Objektif Pelbagai Bentuk
Respons Terhad
3 Bilangan/ Bahagian soalan Bahagian A: 20 Soalan
Bahagian B: 5 Soalan
4 Jumlah Markah Bahagian A: 20 markah
Bahagian B: 30 markah
Jumlah: 50 markah
5 Tempoh ujian 1 jam 15 minit

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

BAHASA MELAYU PENULISAN KOD 012


Bil. Perkara Format Tahun 2016
1 Jenis Instrumen Subjektif
2 Jenis item Respons Terbuka
3 Bilangan/ Bahagian soalan Bahagian A: 1 Soalan – mesti dijawab
Bahagian B: 1 Soalan – mesti dijawab
Bahagian C: 2 Soalan – jawab 1 daripada
2 soalan
4 Jumlah Markah Bahagian A: 10 markah
Bahagian B: 15 markah
Bahagian C: 25 markah
Jumlah: 50 markah
5 Tempoh ujian 1 jam 15 minit

3.2 Pengerusi juga menjelaskan pada tahun hadapan guru-guru yang mengajar
tahun 6 perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru- guru tahun
6 perlu merujuk kepada penataran format instrumen pentaksiran yang
dibekalkan.

Tindakan: Guru Tahun 6

4 SARINGAN LINUS
4.1. Pengerusi menjelaskan tarikh Saringan 2 Bertulis Literasi Bahasa Melayu Tahun
1,2 dan 3 bagi Program LINUS 2.0 akan bermula 11 Oktober hingga 20 Oktober
2015.

4.2 Pengerusi juga memaklumkan tarikh pelaksanaan Saringan 2 Program LINUS


2.0 tahap satu tahun 2015 adalah seperti berikut:

Saringan Lisan/Membaca : 01 hingga 30 September 2015


Saringan Bertulis/Menulis : 11 hingga 20 Oktober 2015
Pengisian Data : 20 hingga 30 Oktober 2015

4.3 Puan Almas mengingatkan guru-guru yang menjalankan saringan LINUS agar
membawa manual instrumen LINUS semasa menjalankan saringan.

4.4 Puan Rohani mengingatkan guru-guru tahap 1 tentang amanat daripada


fasilitator LINUS agar menulis aktiviti saringan LINUS di dalam Buku Rekod
Pengajaran.

Tindakan: Guru tahap 1

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru Bahasa Melayu tahun 4 dan 5
tentang amanat Guru Penolong Kanan Kurikulum berkenaan pemantauan
daripada wakil Bank Negara, KPM dan juga Jabatan Pelajaran Johor berkenaan
topik Pengurusan Kewangan.

5.2 Pengerusi berharap guru-guru yang terlibat memberi penekanan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran kepada murid-murid di dalam kelas berkenaan
topik Pengurusan Kewangan.
Tindakan: Guru tahun 4 dan 5

5.3 Puan Haslinda mencadangkan agar pihak pentadbir mewujudkan kelas


tambahan bermula dari tahun 4.
Tindakan: Pengerusi

5.4 Puan Rohani menjelaskan guru-guru yang telah dicerap oleh pihak pentadbir
perlu mengemaskini Buku Rekod Pengajaran dan menghantar buku latihan murid
kepada pihak pentadbir untuk disemak.

Tindakan: Semua ahli

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi dan pengerusi mencadangkan tarikh mesyuarat
yang berikutnya adalah pada 31 Disember 2015.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(RAJA MOHD ARIF BIN RAJA MAMAT ) (ROSALITA BINTI ABD HIR )
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
Tarikh : 27 Oktober 2015 Tarikh : 27 Oktober 2015

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like