You are on page 1of 3

Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.

Kemudian tuliskan pola ayatnya.

1. Dia – pengetua baru di sekolah itu. – FN + FN

2. Bangunan itu – bangunan Kementerian Pendidikan. – FN + FN

3. Arif – belum makan dari semalam. – FN + FK

4. Saya – belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya – FN + FK

5. Mereka – menari dengan gembiranya. – FN + FK

6. Pelajar itu – sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. – FN + FK

7. Rumah itu – agak besar. – FN + FA

8. Buah jambu ini – sangat manis. – FN + FA

9. Surat ini – daripada peguam ayah. – FN + FSN

10. Pokok rambutan itu – di belakang rumah. – FN + FSN

A. Pisahkan ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal yang gramatis.

1. Pokok-pokok ditanam di kawasan taman itu bagi memperindah persekitaran taman


tersebut.
Pokok-pokok ditanam di kawasan taman itu.
Pokok-pokok memperindah kawasan taman tersebut.

2. Adik berjaya memenangi pertandingan kuiz itu lalu melompat-lompat kerana


kegembiraan.
Adik berjaya memenangi pertandingan kuiz itu.
Adik melompat-lompat kegembiraan.

3. Kereta yang berwarna hitam itu milik abang ipar


saya.
Kereta itu berwarna hitam.
Kereta itu milik abang ipar saya.

4. Soalan Matematik yang amat sukar itu susah untuk dijawab oleh para pelajar Tingkatan 3
Melati.
Soalan Matematik itu amat sukar.
Soalan Matematik itu susah dijawab oleh para pelajar Tingkatan 3 Melati.

5. Ibu sedang memasak makanan manakala kakak membantu ibu menyediakan bahan
masakan.

6. Walaupun hari panas terik, buruh binaan itu tetap bekerja di tapak pembinaan.
Hari panas terik.
Buruh binaan itu tetap bekerja di tapak pembinaan.

7. Kakak sedang mendengar radio sambil membaca majalah.


Kakak sedang mendengar radio.
Kakak sedang membaca majalah.

8. Salina memberitahu guru panasihat rumah sukannya bahawa dia tidak dapat menjalani
latihan sukan.
Salina memberitahu guru penasihat rumah sukannya.
Dia tidak dapat menjalani latihan sukan.

9. Haziq tidak dibenarkan bermain bola oleh ibunya selagi kerja rumahnya tidak disiapkan.
Haziq tidak dibenarkan bermain bola oleh ibunya.
Kerja rumah Haziq tidak disiapkan.

10. Jika ada kelapangan saya akan ke rumah nenek di kampung.

11. Mereka bekerja keras supaya projek mega itu berjaya.


Mereka bekerja keras.
Projek mega itu berjaya.

12. Semua rakyat Malaysia berdoa agar pesawat MH370 dapat ditemukan.
Semua rakyat Malaysia berdoa.
Pesawat MH370 dapat ditemukan.

13. Saya sangat yakin bahawa pemimpin itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
Saya sangat yakin.
Pemimpin itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

14. Pemain itu menjaringkan gol lalu menari-nari kerana kegembiraan.


Pemain itu menjaringkan gol.
Pemain itu menari-nari kegembiraan.

15. Benteng dibina di kawasan itu bagi menghalang hakisan ombak.


Benteng dibina di kawasan itu.
Benteng menghalang hakisan ombak.
Nyatakan subjek dan predikat bagi setiap ayat berikut.

1. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat disebabkan oleh pertambahan penduduk.

Subjek: _________________________________________________________

Predikat: _________________________________________________________

2. Semangat kejiranan dapat mengurangkan ke s jenayah yang berlaku di kawasan kediaman.

Subjek :_________________________________________________________

Predikat: ________________________________________________________

3. Mangsa kejadian tragedi tanah runtuh itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Subjek: _________________________________________________________

Predikat: ________________________________________________________

4. Pencemaran laut berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa-sisa beracun ke dalam laut.

Subjek : __________________________________________________________

Predikat : ________________________________________________________

5. Pemandu yang melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan undang-undang.

Subjek: _________________________________________________________

Predikat: _________________________________________________________

You might also like