You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Bidang teknologi pendidikan merupakan satu elemen penting dalam pengajaran. Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah memperkenalkan Pembelajaran Abad Ke 21 atau dikenali sebagai
PAK21 dalam sistem pendidikan negara. Selain itu, pelbagai model juga telah diperkenalkan dalam
pembelajaran supaya ia lebih berkesan dan mencapai objektif. Model ASSURE adalah satu contoh
model yang digunakan sebagai perancangan mengajar berasaskan bilik darjah (Yusuf Hashim, 1997).

Terdapat 6 langkah penting dalam model ASSURE ini.

A – Analyze Learner ( Menganalisis murid )

S – State Objective (Menyatakan objektif pengajaran)

S - Select method (Memilh kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)

U – Utilie media and materials (Menggunakan media dan bahan)

R – Require learner participation ( Memerlukan penglibatan murid yang aktif)

E- Evaluate and Revise ( MEnilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan)

1.1 Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Model ASSURE. (Zuraina71.blogspot.com)

Analyze Learner ( Menganalisis murid )

Mengenalpasti persekitaran serta stail pembelajaran dan tahap kompetensi pelajar. Langkah ini
juga digunakan untuk mengetahui latarbelakang serta ciri-ciri umum bagi pelajar seperti umur,
pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar di dalam bilik darjah. Melalui proses menganalisis
pelajar, guru bole mengkelaskan murid mengikut tahap kemahiran mereka.

State Objective (Menyatakan objektif pengajaran)

Setelah memperolehi maklumat murid melalui analisis pelajar, guru perlu menyatakan
objektif pengajaran bersesuaian yang hendak dicapai.

Select method (Memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)

Perlu memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, gaya pembelajaran
serta objektif. Sebagai contoh format media yang bersesuaian seperti gambar, audio serta video
interaktif. Mengubah suai dan memilih, atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran

You might also like