You are on page 1of 3

Abu Abdillah Riduan Khairi menerbitkan sebuah catatan.

24 Januari 2014 pukul 06.18 ·


Hadith yg Membuatkan Abu Hurairah Pengsan & Muawiyah Menangis Semahunya
Sebuah Hadith Yang Menyebabkan Abu Hurairah Pengsan dan Muawiyah Menangis

(Dan kita sebagaimana lazimnya begitu-begitu sahaja)

Dan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia menghasankannya, Ibnu Hibban dalam Sahihnya, keduanya
dengan lafaz yang sama dari al-Walid bin al-Walid, Abu Uthman al-Madini bahawa Uqbah bin Muslim
menyampaikan kepadanya bahawa Syufai al-Ashbahi menyampaikan, bahawasanya dia datang ke
Madinah dan melihat seorang lelaki yang dikerumuni oleh banyak orang. Dia bertanya, "Siapakah dia?"
Lalu dijawab, "Abu Hurairah."

Lalu dia duduk di di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadith kepada yang hadir. Ketika
Abu Hurairah selesai dan tidak lagi dikerumuni orang, maka Syufai al-Ashbahi pun berkata kepadanya,
"Aku meminta kebenaran dan meminta kebenaran bahawa Tuan belum lagi menyampaikan kepadaku
sebuah hadith yang Tuan dengat dari Rasulullah, yang Tuan fahami dan ketahui."

Abu Hurairah berkata, "Baiklah. Sungguh aku akan menyampaikan kepadamu sebuah hadith yang telah
disampaikan oleh Rasulullah, yang aku fahami dan ketahui."

Kemudian Abu Hurairah menarik nafas yang panjang lagi berat yang membuatkannya hampir-hampir
pengsan. Kami diam, kemudian beliau tersedar. Beliau berkata, "Sungguh aku akan menyampaikan
kepadamu sebuah hadith yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepadaku pada saat aku dan baginda
di rumah ini dan tiada orang lain selain aku dan baginda."

Kemudian Abu Hurairah menarik nafas yang panjang lagi berat. Kemudian beliau tersedar dan mengusap
wajahnya. Beliau berkata, "Sungguh aku akan menyampaikan kepadamu sebuah hadith yang telah
disampaikan oleh Rasulullah kepadaku pada saat aku dan baginda di rumah ini dan tiada orang lain
selain aku dan baginda."

Kemudian Abu Hurairah menarik nafas lebih berat dan panjang lalu beliau tersungkur di atas wajahnya,
aku menahannya cukup lama. Kemudian beliau tersedar lalu berkata, "Rasulullah menyampaikan
kepadaku:

'Sesungguhnya pada hari kiamat Allah Tabaraka Wa Ta'ala turun kepada para hamba untuk memberi
keputusan di antara mereka, masing-masing umat berlutut. Orang yang pertana kali dipanggil ialah orang
yang menghafal Al-Qur'an (qari), orang yang terbunuh di jalan Allah, dan orang yang harta melimpah.
Allah kepada qari: Bukankah aku telah mengajar kepadamu apa yang telah Aku turunkan kepada
RasulKu?
Dia menjawab: Benar wahai Rabbku.
Allah bertanya: Apa yang kamu lakukan terhadap apa yang diajarkan kepadamu?
Dia menjawab: Aku membacanya di tengah malam dan siang.
Allah berfirman: Kamu dusta.
Malaikat juga berkata: Kamu dusta.
Allah berfirman: Kamu ingin agar digelar Qari, dan kamu telah mendapat gelaran itu.

Pemilik harta melimpan pula dihadapkan.

Allah berfirman: Bukankah Aku telah melapangkan hidupmu (memberi kekayaan) sehingga kamu tidak
perlu bergantung kepada seseorang pun?
Dia menjawab: Benar Ya Rabbi.
Allah bertanya: Lalu apa yang engkau lakukan terhadap pemberianku?
Dia menjawab: Aku menjalin hubunban silaturrahim dan sedekah.
Allah berfirman: Kamu dusta!
Malaikat juga berkata: Kamu dusta.
Allah berfirman: Akan tetapi kamu ingin agar digelar, fulan dermawan' dan kamu telah mendapat gelaran
itu.

Orang yang terbunuh fisabilillah dihadapkan.

Allah berfirman: Dalam rangka apa kamj terbunuh?


Dia menjawab: Ya Rabbi! Engkau memerintahkan berjihad di jalanMu, lalu aku berperang sehingga aku
terbunuh.
Allah berfirman: Kamu dusta!
Malaikat juga berkata: Kamu dusta.
Allah berfirman: Akan tetapi kamu ingin agar disebut pahlawan, dan kamu telah mendapat gelaran itu.'

Kemudian Rasulullah menepuk lututku lalu bersabda, 'Wahai Abu Hurairah, tiga orang itu adalah makhluk
Allah yang menyebabkan api neraka dinyalakan pada Hari Kiamat.' "

Al-Walid Abu Uthman Al-Madini berkata, 'Uqbah memberitahu kepadaku bahawa Syufailah yang datang
kepada Mu'awiyah dan menyampaikan ini kepadanya.' Abu Uthman berkata, 'Dan al-Ala' bin Abu Hakim
menyampaikan kepadaku bahawa dia adalah algojo Mu'awiyah, dia berkata: Lalu seorang lelaki
menemuinya dan menyampaikan ini dari Abu Hurairah.'
Muawiyah berkata, 'Mereka telah menerima nasib sedemikian, lalu bagaimana pula dengan manusia-
manusia yang lain?' Kemudian Muawiyah menangis semahu-mahunya sehingga kami menyangka dia
akan celaka. Kami berkata, 'Orang ini menemui kami membawa keburukan.'

Kemudian Muawiyah tersedar dan mengusap wajahnya. Beliau berkata, 'Allah dan RasulNya benar,
{Barang siapa memghendaki kehidupan di dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada
mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan
dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu
apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."} (Surah Hud:
15-16)

Dipetik dengan olahan terjemahan dari Sahih Targhib wa Tarhib, Kitab Ikhlas, Bab: Ancaman Dari Riya'
dan Apa Yang Diucapkan oleh Orang yang Takut kepada Sesuatu. Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-
Albani, Pustaka Sahifa

#Hadith #AlAlbani #Salaf #Ikhlas #Riya

You might also like