You are on page 1of 14

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

HBIS3303_V2
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH 1

TAJUK TUGASAN :

DOA MENURUT PANDANGAN ISLAM

NAMA : MOHD SHUBLY BIN ABU BAKAR

NOMBOR MATRIK : 811128035739001

NOMBOR KAD PENGENALAN : 811128-03-5739

NOMBOR TELEFON : 019-9029902

ALAMAT EMEL : mshubly09@gmail.com

NAMA PENSYARAH : EN. ZULKEFLI BIN JUNOH

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


KELANTAN

SEMESTER JANUARI 2017


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

PERANAN DOA DALAM ISLAM

ADAB-ADAB BERDOA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN UMAT ISLAM KETIKA BERDOA

KESIMPULAN

RUJUKAN
PENGENALAN

Doa telah dikenal sejak petama kali diciptakan manusia yaitu Nabi Adam. Dalam
Kitab Khazinatul Asrarditerangkan sesudah Nabi Adam diciptakan dan ditiupkan ruh, beliau
berdoa kepada Allah Wahai Tuhanku, tunjukilah daku jalan yang lurus yaitu jalan orang – orang
yag telah Engkau anugerahi nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat yang terkandung dalam Surat Al Faatihah. Mulai saat itu
do’a digunakan oleh para Nabi dan sebagian umatnya, mereka senantiasa memohon pertolongan
kepada Allah dengan memanjatkan doa kepada – Nya.

Doa ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT
dengan memohon secara langsung kepadaNya. Setiap individu ada mempunyai keperluan dan
keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa
menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan dan lain-lain. Justeru mereka
berdoa kepada Allah SWT memohon limpah perkenan dan rahmatNya supaya hajat mereka
terkabul.

Doa adalah menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu kepada
anda dengan suara dan kata (Maqayis al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa dari segi asal
bahasa ialah menyeru(Lisan al-‘Arab).

Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-
Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan
hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di
dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan
pemurahNya.

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa
doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam
surah al-Baqarah ayat 186:

ِ ‫يب َدع َْوةَ ٱلدَّاعِ ِإذَا َدع‬


‫َان‬ ُ ‫يب أ ُ ِج‬ َ ‫سأَلَكَ ِع َبادِي‬
ٌ ‫عنّي َف ِإنّي قَ ِر‬ َ ‫َو ِإذَا‬
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon
kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka
beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Firman Allah lagi di dalam ayat yang lain iaitu dalam surah Ghaafir ayat 60:

َ ‫ون َج َهنَّ َم ٰد ِخ ِر‬


‫ين‬ َ ُ‫سيَ ْد ُخل‬
َ ‫ون ع َْن ِع َبا َدتِى‬
َ ‫ست َ ْك ِب ُر‬
ْ َ‫ِين ي‬ ْ َ ‫َوقَا َل َربُّكُـ ْم ٱ ْدعُونِى أ‬
َ ‫ستَ ِج ْب لَ ُك ْم إِ َّن ٱلَّذ‬

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Terdapat Hadith Nabi s.a.w ada menjelaskan kepada kita doa adalah permohonan dengan
sabda Baginda:

‫ وإذا دعي به أجاب لقد سألتَ هللا باالسم األعظم الذي إذا‬،‫سئل به أعطي‬
‫أبوداؤد هروا‬
“Kamu telah memohon dari Allah dengan menyebut namaNya yang agung Jika (Allah) diminta
dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan
memperkenankannya”. Hadith riwayat Abu Daud.

‫ِق‬ َ ‫ٱَّللِ ت َ ْدع‬


َ ‫ُون ِإن كُنت ُ ْم‬
ِ ‫ص ٰـد‬ َ َ‫ساعَةُ أ‬
َّ ‫غ ْي َر‬ َّ ‫ٱَّللِ أ َ ْو أَتَتْ ُك ْم ٱل‬
َّ ‫اب‬ َ ‫قُ ْل أ َ َرأ َ ْيتُكُم ِإ ْن أَت َ ٰـ ُك ْم‬
ُ َ ‫عذ‬
‫ب‬َ ‫س ْو َن َما تُش ِْركُو َن‬َ ‫ُون ِإ َل ْي ِه ِإ ْن شَاء َوتَن‬
َ ‫ِف َما ت َ ْدع‬ ُ ‫ُون َفيَ ْكش‬ َ ‫* ْل ِإيَّ ٰـهُ ت َ ْدع‬
[41 ،40:‫]األنعام‬
“Katakanlah (wahai Muhammad): Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah
atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk
menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar? ͏ Bahkan Dialah (Allah) yang kamu
seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu
lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).” Al-
An’am ayat 40-41.
Dalam konteks yang lain, doa bukan sahaja memberi maksud permohonan seseorang dari
tuhannya. Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt
sepertimana yang didefinisikan oleh Ibnu Manzur di dalam karyanya Lisan al-‘Arab iaitu
‘berkehendak kepada Allah swt’. Definisi ini membawa maksud pengabdian diri seseorang
hamba kepada Allah, ia merangkumi pengagungan, penyucian zat Allah swt dari persamaan
dengan sebarang makhluk, memohon rahmatNya, keampunan dariNya dan seumpamanya,
seperti firman Allah di dalam surah al-Kahf ayat 28:
ُ‫ُون َوجْ َهه‬ ّ ‫ُون َربَّ ُهم ِبٱ ْل َغدَا ِة َوٱ ْل َعش‬
َ ‫ِى يُ ِريد‬ َ ‫ِين َي ْدع‬ َ ‫ص ِب ْر نَ ْف‬
َ ‫سكَ َم َع ٱلَّذ‬ ْ ‫َوٱ‬
[28:‫]الكهف‬
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-
mata”.
Menurut ahli-ahli tafsir perkataan ‘beribadat’ dalam maksud ayat di atas ialah terjemahan
dari perkataan yad’uu(berdoa). Definisi ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang
diriwayat oleh al-Nu’man bin Basyir r.a: “Doa itu adalah ibadat” Hadith riwayat Tirmizi.
Maksud berkehendak kepada Allah swt juga meliputi seruan serta pujian-pujian untuk
Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam surah al-Israa’ ayat 110:

ْ ‫ٱلرحْ َم ٰـ َن أَيّا َّما ت َ ْدعُواْ فَلَهُ ٱ ْال‬


ْ ‫س َماء ٱ ْل ُح‬
‫سنَ ٰى‬ َّ ْ‫ٱَّللَ أ َ ِو ٱ ْدعُوا‬
َّ ْ‫قُ ِل ٱ ْدعُوا‬
[110 :‫]اإلسراء‬.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah
mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”
Imam Bukhari ada meriwayat sepotong hadith yang menunjukkan cara Nabi berdoa
kepada Allah dengan menggunakan kalimat agung memuji Allah swt, sebagaimana sabda
baginda s.a.w dalam keadaan berdoa:

‫ أعوذ‬،‫ وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت‬،‫ خلقتني وأنا عبدك‬،‫ ال إله إال أنت‬،‫اللهم أنت ربي‬
‫ وأبوء لك بذنبي‬،‫ أبوء لك بنعمتك‬،‫بك من شر ما صنعت‬،
‫ رواه البخاري‬.‫فاغفر لي فإنه ال يغفر الذنوب إال أنت‬
“Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku dan
aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku memohon
perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf nikmat yang
engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka ampunilah aku
sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.
Potongan hadith Nabi s.a.w di atas merupakan hakikat doa sepertimana yang dijelaskan
oleh al-Khattabi di atas iaitu mengagungkan sebagai tuhan serta merendahkan diri sebagai
seorang hamba.
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda s.a.w:

‫اذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد هللا تعالى والثناء عليه ثم ليصل على النبى صلى هللا عليه‬
‫ رواه الترميذي‬. ‫وسلم ثم ليدع بما شاء‬
"Apabila diantara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian berselawat
keatas Nabi , kemudian mintalah apa yang dia mahukan". Hadith Riwayat Tirmizi.
Doa merupakan ibadat kerohanian yang cukup tinggi nilainya, di mana setiap insan akan
merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagungan
Allah swt, setelah usaha dan ikhtiar dilakukan kemudian dituruti dengan permohonan dengan
penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan
sesuatu dari Allah azza wa jalla.

PERANAN DOA DALAM ISLAM

Sesungguhnya amalan berdoa yang dikurniakan Allah bagi kehidupan orang mukmin di
sangat mempunyai kekuatan, keajaiban dan keistimewaannya yang tersendiri. Ia mempunyai
kedudukan yang amat istimewa dalam kehidupan orang Islam. Antara peranan dan keistimewaan
berdoa dalam kehidupan muslimin ialah :

1. Doa adalah ibadat.

Dalam sebuah hadis sahih , Rasulullah (saw) bersabda : "‫ "الدعاء هو العبادة‬Yang
bermaksud : “Doa itu adalah ibadat” - (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud, At-Tarmizi, An-
Nasaie , Ibnu Majah dan Al-Hakim). Alangkah hebatnya kedudukan doa , ia adalah ibadat.
Bukankah antara tujuan Allah mencipta manusia adalah untuk beribadat seperti firmanNya
dalam surah Az-Zariyyat : ayat - 56 : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Oleh itu jika seorang hamba
banyak berdoa kepada Allah ianya menandakan bahawa dia adalah seorang ahli ibadat.

2. Berdoa adalah amalan yang disukai Allah SWT.

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang memang sebenarnya amat
menyanyangi hamba-hambanya. Allah sangat suka kita sentiasa bermohon dan berharap
kepadanya. Bahkan dalam banyak ayat-ayat Al-Quran menyuruh kita meminta pertolongan Allah
seperti firmanNya dalam surah Al-Fatihah : ayat - 5 ; “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”. Bagaimanakah cara untuk
kita memohon pertolongan daripadaNya? Tidak lain tidak bukan antara caranya adalah dengan
berdoa. FirmanNya lagi dalam surah Al-A’raf : ayat - 180 ; ƒ “Dan Allah mempunyai nama-
nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-
nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan
nama-namaNya mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.

3. Doa mengikuti sunnah para nabi.

Para nabi adalah manusia pilihan Allah dan mereka juga adalah manusia terbaik di
kalangan semua manusia. Antara sunnah atau amalan hidup manusia pilihan Allah ini adalah
mereka sentiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah. Hati nurani mereka terlalu intim
terhadapNya dengan selalu mengingatiNya. Mereka tidak pernah putus asa menyampaikan
segala hasrat mereka dengan berdoa kepada Allah. Secara amnya melalui doa juga kita akan
dapat pahala mengamalkan sunnah.

3. Doa dapat menahan ketetapan Qada’

Sesungguhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaiban yang tersendiri hinggakan dapat
menahan ketetapan Qada’ daripada Allah. Dalam sebuah hadis Baginda (saw) bersabda; " ‫الدعاء رد‬
‫ "القضاء‬Yang bermaksud : “Doa itu dapat menangkis ketetapan qadha’’ - (Riwayat Al-Hakim).
Sabda Baginda (saw) ini menjelaskan kepada kita betapa hebatnya kekuatan doa. Allah
menghindarkan hambanya daripada sesuatu qadha lantaran mereka berdoa kepadaNya. Ia
bukanlah sesuatu yang pelik , kerana hal tersebut selari dengan janji Allah seperti firmanNya
dalam surah Ghafir : ayat - 60 ; “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong
takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan
hina”.

4. Doa adalah senjata orang beriman.

Sabda Baginda (saw); "‫"الدعاء سالح المؤمن وعماد الدين ونور السماوات واألرض‬. Maksudnya :
“Doa itu senjata bagi orang-orang mukmin dan tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi.” -
(Riwayat Al-Hakim). Betapa hadis ini menunjukkan baiknya Allah terhadap hamba-hambaNya
yang taat kepada perintah-perintahNya. Allah menjadikan doa hamba-hambaNya sebagai perisai
diri mereka sendiri dari sebarang bencana. Pelbagai ujian dan bencana boleh menimpa seseorang
manusia. Ia adalah merupakan lumrah kehidupan ini. Bagi hamba-hamba Allah jelaslah bahawa
doa adalah senjata ampuh yang menjadi penghalang atau benteng penyelamat dari ujian dan
bencana tersebut.

5. Doa wasilah penghapus dosa.

Rasulullah (saw) bersabda. Allah SWT berfirman : " ‫يا ابن آدم انك ما دعوتنى ورجوتنى غفرت لك‬
‫ "على ما كان منك وال ابالى يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء‬Yang bermaksud : “Wahai anak Adam ,
sesungguhnya selagi kamu berdoa kepadaKu dan mengharap kepadaKu. Aku akan mengampuni
dosa dan kesalahanmu dan Aku tidak peduli dengannya. Wahai anak Adam walau dosa-dosamu
sampai ke langit.” - (Riwayat Imam Ahmad dan Ad-Darimi). Hadis Qudsi ini menjelaskan
kepada kita betapa Maha Lembut dan Maha Penyayang Allah terhadap hamba-hambaNya yang
berdosa tetapi terus menerus berdoa kepadaNya. Juga terus menerus mengharapkan ehsan dan
kasih Allah, lalu Ia mengampunkan dosa-dosa mereka kerana banyaknya doa dan harapan yang
dipinta dariNya. Pernyataaan ini adalah suatu khabar gembira bagi para hamba Allah agar
sentiasa berdoa dan mengharap kepadaNya di samping melaksanakan tugas-tugas menobatkan
Islam sebagaimana yang di perintahkan olehNya.

6. Doa adalah interaksi hamba dengan Khaliknya.

Ibadah berdoa sekaligus merangkumi ibadah-ibadah lain seperti zikrullah yang


mengandungi tasbih, takbir, tahmid, istighfar dan sebagainya. Ia memang disuruh oleh Allah
untuk kita melaksanakannya seperti firmanNya dalam surah Al-Jumaah : ayat - 10 : “Kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan
masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan
Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.
Ibadah berdoa yang sebenar boleh mencapai ciri perhambaan (ubudiyyah) seseorang hamba
Allah dan sekaligus mewujudkan komunikasi atau interaksi yang berterusan antara makhluk dan
khaliknya. Ia menyambung tali perhubungan yang kukuh dan intim antara manusia dan
tuhannya. Oleh itu tidak boleh dinafikan bahawa berdoa adalah sebahagian daripada amalan
bertaqarrub dan berinteraksi dengan Allah.

ADAB-ADAB BERDOA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Untuk memastikan doa dimakbulkan oleh Allah, maka orang Islam hendaklah meraikan
adab-adab berdoa sebagaimana digariskan oleh Islam, di antaranya:

Waspada dan terus konsisten dengan tidak memakan yang haram. Al-Hafiz Ibn
Mirdawayh meriwayatkan, daripada Ibn Abbas bahawa beliau telah membaca sepotong ayat al-
Quran yang bermaksud, ''Wahai manusia, makanlah kamu apa yang terdapat di bumi yang halal
lagi baik''. Lalu Saad bin Abi Waqqas berkata, ''Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah
supaya kau menjadi orang yang mustajab doa'', maka baginda Rasulullah s.a.w pun
bersabda, ''Wahai Saad, kamu hendaklah elokkan makanan kamu, nescaya kamu menjadi orang
yang mustajab doa. Demi sesungguhnya diriku berada dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya
seseorang yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, Allah tidak akan
menerima apa-apa darinya selama 40 hari, dan sesiapa yang dibesarkan daripada harta yang
haram dan riba, maka api neraka adalah lebih utama baginya.''

Menghadap kiblat juga adalah adab berdoa, kerana Rasulullah s.a.w diriwayatkan berdoa
sambil menghadap kiblat. Antara adab yang lain adalah mencari masa yang afdal (utama) untuk
berdoa seperti Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, satu pertiga akhir malam, waktu sahur,
ketika sujud, selepas azan dan qamat dan ketika hati sedang khusyuk. Mengangkat kedua belah
tangan dan merapatkannya serta menyapu ke muka setelah selesai berdoa adalah adab-adab
berdoa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu juga dengan memulakandan
mengakhiri berdoa dengan memuji Allah s.w.t. dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan
dalam senarai saya yang terakhir dalam adab-adab berdoa ialah kita hendaklah berdoa dengan
hati yang khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan merendahkan suara, yakni
tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

Apa yang disenaraikan di atas adalah sebahagian daripada adab-adab yang perlu dijaga
dan diambil kira supaya doa seseorang itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Namun begitu perlu
juga dijelaskan di sini bahawa manhaj al-Quran dalam menjalani hidup yang penuh cabaran ini,
selain daripada berdoa, hendaklah mengikut manhaj yang betul iaitu beriman, bertakwa dan
beramal soleh, di samping terus beristiqamah.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nahl, ayat 97 yang bermaksud: ''Sesiapa yang
mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, dalam keadaan beriman, maka
sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami
beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka
kerjakan.''
Begitu juga Allah s.w.t. menjelaskan jaminan kebaikan yang melimpah ruah dan tidak
terkira banyaknya bagi orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, antaranya dalam surah al-
A'raf, ayat 96 yang bermaksud: ''Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,
pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya''.
Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Talaq, ayat 2 dan 3 yang bermaksud: ''Dan
sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan
memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal
kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.''

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN UMAT ISLAM KETIKA BERDOA

Dalam tugasan kali ini akan dijelaskan beberapa hal yang merupakan kesalahan-
kesalahan dan larangan-larangan dalam berdoa yang dapat menyebabkan do'a jadi terhalang dan
tidak dikabulkan oleh Allah Swt. Antara kesalahan-kesalahan dalam berdoa:
1. Melazimkan memakan Makanan dan Minuman Haram, serta Memakai Pakaian
Haram.
Makanan, minuman dan pakaian yang haram atau berasal dari harta yang haram dapat
menghilangkan kekuatan doa dan melemahkannya. Kemudian Rasulullah menyebutkan
tentang seorang yang melakukan perjalanan panjang, rambutnya terurai dan berdebu, lalu
mengangkat tangannya ke langit : 'Ya Rabbi, Ya Rabbi, ' sedang makanannya haram,
minumannya haram, pakaiannya haram, dan dagingnya tumbuh dari yang haram. Maka
bagaimana dia akan dikabulkan utk itu?". (HR. Muslim dan Tirmidzi)

2. Tergesa-gesa dan Putus Asa


Ini terjadi ketika seseorang berkata, misalnya "Aku sudah berkali-kali berdoa, namun
tidak melihat tanda-tanda doaku itu diterima". Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a Rasulullah
saw bersabda : "Akan dikabulkan untuk salah seorang dari kalian, selagi dia tidak tergesa-
gesa, dengan mengatakan, ' aku berdoa kepada Allah, namun Dia tidak mengabulkan". (HR.
Bukhari dan Muslim). Dalam hadist ini, terdapat anjuran bagi seseorang untuk tidak tergesa-
gesa agar doanya diterima, hingga ia tak mau lagi berdoa. Jika demikian, dia sama persis
dengan orang yang mengungkit-ungkit doanya. Atau dia merasa telah berdoa, yang dengan
hal itu doanya harus dikabulkan, maka seakan-akan dia menjadi orang yang paling utama
bagi Allah Swt. Sebagian ulama mengatakan, "Ditangguhkannya pemberian meski sudah
dilakukan berulang-ulang dalam doa tidak menjadi alasan bagi anda untuk berputus asa.
Kerana Allah menjamin doa anda akan dikabulkan dalam bentuk yang akan Dia pilih
untukmu, bukan dalam bentuk yang anda pilih. Dan dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan
waktu yang anda kehendaki".

3. Tidak Bersungguh-sungguh dan Buruk Sangka Kepada Allah SWT


Rasulullah Saw bersabda, "Berdo'alah kalian kepada Allah dengan hati yang yakin akan
dikabulkannya do'a, karena Allah tidak akan mengabulkan do'a dari hati yang lalai dan tidak
bersungguh-sungguh". (HR. Tirmidzi, dari Abu Hurairah ra). Dalam sebuah hadits qudsi,
Rasulullah Saw bersabda, "Allah azza wa jalla berfirman, 'Aku sesuai dengan persangkaan
hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan menyertainya jika ia mengingat-Ku'". (HR. Bukhari dan
Muslim). Imam Asy-Syaukani ra mengatakan, "Hadits ini mengandung dorongan dari Allah
SWT bagi hamba-hamba-Nya untuk berbaik sangka, dan bahwa Dia akan memperlakukan
mereka sesuai dengan persangkaan mereka itu.

4. Berdoa dengan Ucapan: "Ya Allah, Jika Engkau Mahu.."


Abu Hurairah ra mengatakan bahwa Nabi Saw bersabda, "Janganlah seseorang berdo'a
dengan mengucapkan, 'Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mau. Ya Allah, kasihanilah aku
jika Engkau mau'. Berdo'alah dengan optimis, karena Allah akan berbuat menurut kehendak-
Nya tanpa ada yang bisa memaksa-Nya" (HR. Muslim)

5. Doa Meminta Perbuatan Dosa


Salah satu yang merosakkan doa adalah berdoa untuk suatu yang buruk dan jahat dan
memutuskan silaturahmi. Dalam sebuah hadist disebutkan Rasulullah Saw bersabda,
"Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya selagi dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa
atau memutuskan silaturahmi, selagi dia tidak tergesa-gesa" (HR. Muslim).

6. Mendoakan Keburukan untuk Diri Sendiri, Anak, Harta dan Orang Lain
Rasulullah Saw bersabda : "Janganlah kalian mendoakan keburukan untuk diri kalian,
janganlah kalian mendoakan keburukan untuk anak kalian, janganlah kalian mendoakan
keburukan untuk harta kalian. Jangan sampai kalian berada dalam suatu waktu dengan Allah
yang bila digunakan untuk berdoa, Allah akan mengabulkan doa kalian." (HR. Muslim)

7. Berdo'a Mengharap Mati


Dari Anas ra, ia berkata, "Rasulullah Saw bersabda, 'Janganlah seseorang menginginkan
kematian kerana tertimpa kesengsaraan. Kalaupun terpaksa harus berdoa, maka ucapkanlah:
'Ya Allah, berilah aku kehidupan jika kehidupan memang lebih baik bagiku, dan wafatkanlah
aku jika kematian lebih baik bagiku'". (HR. Muslim). Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah Saw
bersabda, "Janganlah seseorang mengharap kematian dan janganlah minta mati sebelum
waktunya, kerana orang yang mati itu amalnya terputus sedangkan umur seseorang mukmin
tidaklah akan menambah melainkan kebaikan". (HR. Muslim)
8. Berdoa Minta Disegerakan Seksa di Dunia
Dari Anas ra bahwa Rasulullah Saw menjenguk seorang muslim yang sakit parah dan
bergelimpangan bagai seekor burung, lalu beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu pernah
berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah?. Dia menjawab, "Ya, saya pernah berdoa, 'Ya
Allah, apa yang Engkau seksakan kepadaku di akhirat, segerakanlah seksa itu didunia'".
Maka Rasulullah Saw bersabda, "Subhanallah, kamu tidak akan tahan. Mengapa kamu tidak
berdoa, 'Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta jagalah kami
dari seksa neraka'". Maka Rasulullah Saw berdoa kepada Allah untuk orang itu, lalu Allah
menyembuhkannya". (HR. Muslim).Ingatlah, doa tidak selalu langsung dikabulkan oleh
Allah Swt.
Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah SWT dengan
sesuatu yang tidak mengandung perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim, kecuali Allah
akan memberinya salah satu dari tiga hal :
1. Adakalanya doa segera dikabulkan,
2. Adakalanya disimpan baginya di akhirat dan,
3. Adakalanya dia dihindarkan dari keburukan seukuran doa itu"

KESIMPULAN

Doa yang dilakukan dengan baik dan benar maka pemohonnya akan memiliki kekuatan
serta daya ubah yang sangat luar biasa. Sebuah hadits menyebutkan, “Tidak ada yang mampu
mengubah takdir selain berdoa dan tidak ada yang bisa menambah umur kecuali kebaikan."

Maka setiap doa yang baik akan senantiasa dikabulkan, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Ahmad di dalam sebuah hadits, "Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa kepada
Allah, yang mana doanya tidak diarahkan kepada kemaksiatan atau perbuatan dosa dan memutus
tali famili, kecuali Allah akan mengabulkannya."
RUJUKAN

Snyder PhD, RN, Mariah dkk. 2006. Complementary & Alternative Therapies in Nursing. New
York: SPRINGER PUBLISHING COMPANY.

http://kotamedan.wordpress.com/category/terapi-doa

http://binmuhsinhabbatussauda.blogspot.com/2009/11/pengobatan-menurut-pandangan-
islam.html

http://sabiluna.tripod.com/edisi03/peran.htm

https://smadasenjagiriwangi.wordpress.com/2013/12/28/tujuan-dan-manfaat-doa-dalam-islam/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0217&sec=Rencana&pg=ot_02.htm

http://kaknuri.blogspot.my/2012/07/peranan-doa-dalam-kehidupan-pejuang.html

http://abubasyer.blogspot.my/2011/12/peranan-doa-dalam-kehidupan-seorang.html

https://abisyakir.wordpress.com/cuci-mata-sini/

https://qonitah.com/beberapa-kesalahan-dalam-berdoa/

http://www.kompasiana.com/denisarifandipakihsati/kesalahan-yang-sering-terjadi-dalam-
berdoa_552aa04cf17e610528d623ed

https://muslimah.or.id/2442-doamu-tak-kunjung-terkabul-mungkin-ini-penyebabnya.html

https://aanborneo.blogspot.my/2012/07/makalah-doa.html

http://www.alquran-syaamil.com/2013/11/arti-dan-kekuatan-doa-menurut-islam.html

You might also like