You are on page 1of 3

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya.

(i) lebih
(ii) berlebih
(iii) berlebih-lebih
(iv) melebihi
(v) melebih-lebihkan
(vi) kelebihan
[6 markah]

(b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Agar semua pihak berpuas hati dalam hal itu kita mesti mengambil jalan tengah.
(ii) Kerana mereka bersemangat waja pejuang-pejuang itu dapat menewaskan musuh.
(iii) Amat sibuk merawat para pesakitnya doktor di klinik yang baru dibuka itu.
(iv) Kian meningkat yuran pengajian di institusi pengajian tinggi.
(v) Semakin berkurangan jerebu yang melanda negara ini.
(vi) Mendapat keuntungan besar syarikat kewangan itu.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

(i) Ekonomi kaum bumiputra dapat ditingkatkan menerusi perniagaan yang secara langsung dapat
menambahkan pemegangan ekuiti dan pemilikan harta mereka.

(ii) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kecil dicadangkan supaya bergabong untuk
meningkatkan kemampuan bersaing dan dapat menawar pendidikan yang berkualiti.
(iii) Rakyat negara ini digesa agar tidak melakukan kebakaran terbuka untuk membendung masalah jerubu
daripada menjadi semakin serius.
[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimakan penggunaan air di dalam musim
kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu.

(iii) Peniaga yang memikirkan kesenangan semata-mata akan mengalami kerugian bila pelanggan lari ke
tempat lain.

(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat justeru amalan itu
bertentangan dengan ajaran agama dan estetika masyarakat yang bertamadun.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi
yang
Institusi pendidikan tinggi swasta wujud dengan banyaknya di negara kita berbeza
selepas dasar tersebut diperkenalkan oleh kerajaan. Selain menawarkan pengajian
yang
kepada anak tempatan, institusi ini juga membuka peluang pendidikan kepada
pelajar asing. Pelajar-pelajar asing yang belajar di negara ini bukan saja
terdapat
memperoleh pendidikan tetapi juga dapat mengenal adat resam penduduk dalam
Malaysia. Sementara itu, pemilik IPTS yang dapat meningkatkan mutu pendidikan di petikan
institusi masing-masing akan menerima keuntungan daripada khidmat pendidikan ini.
yang disediakan. Pihak kerajaan pula dapat mengutip cukai atas keuntungan pihak
IPTS tersebut.
[6 markah]

You might also like