You are on page 1of 5

SEK. KEB.

SERI KEPAYANG
FAIR PARK, 31400 IPOH, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


KALI PERTAMA TAHUN 2018

Hari : Selasa
Tarikh : 09 Januari 2018
Masa :1.30 tengah hari
Tempat : Kelas Tahun 4 Bestari SK Seri Kepayang, Fair Park
Pengerusi : Pn. Norazmah Binti A.Aziz (Guru Besar SK Seri Kepayang)

Kehadiran :
1. Pn. Norazmah Binti A.Aziz- Guru Besar SK Seri Kepayang
2. Pn. Norlia Bt. Isa
3. Pn. Haslinda Bt. Bakeri

Agenda Mesyuarat :
1.0 Ucapan Pengurusi
2.0 Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT )
2.2 Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )
2.3 Agihan Guru Sains bagi tahun 2018
2.4 Aktiviti PdPc dalam bilik darjah
2.5 Pengunaan ICT
2.6 Dasar minimum buku kerja / latihan murid & pencerapan buku latihan
2.7 Program Peningkatan
3.0 Aktiviti Panitia sepanjang tahun
4.0Analisis UPSR bagi mata pelajaran Sains 2017
5.0 Penilaian dan pentaksiran
6.0Belanjawan tahunan
7.0 Pencerapan guru
8.0 Hal-hal lain
9.0Ucapan penagguhan
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru - guru ke mesyuarat panitia .
1.2. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas pelantikan guru secara tidak
langsung sebagai guru mata pelajaran Sains.
1.3. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas usaha dan kerjasama menjayakan
aktiviti Sains sesi 2017. Puan Norazmah juga mengharapkan agar semua guru sains akan
lebih komited dalam menjanlankan tugas dalam merealisasikan kehendak yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Guru-guru Sains juga perlu lebih dedikasi dalam
PdPc bagi membentuk modalinsan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Malay-
sia.
Tindakan : Semua guru Sains

2.0 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)


2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT )
2.1.1 Perubahan RPT hanya melibatkan tahun 2 sahaja.
2.1.2 Semua guru yang mengajar diminta menyiapkan RPT masing-masing dengan lengkap di
dalam buku mengajar / dipamerkan dalam eRPH masing-masing juga boleh boleh dile-
takkan di dalam fail berasingan dalam tempoh sebulan sehingga 1 Februari 2018.

2.2 Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )


Pengerusi mengingatkan agar penulisan rancangan mengajar harian diselaraskan mengikut
format KSSR bagi tahun 1 hingga tahun 6. Penulisan rancangan pelajaran harian perlulah
mempunyai maklumat di bawah : ( Contoh RPH dilampiran 1)
1. Minggu / Hari/ Tarikh :
2. Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran :
3. Tema/ Topik :
4. Aktiviti PdPc :
5. Objektif Pembelajaran :
6. Standard Kandungan : ( Penggunaan Kod )
7. Standard Pembelajaran : ( Penggunaan Kod )
8. Alat PAK 21 :
9. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : rujuk DSKP
10. Bahan Bantu Mengajar :
11. Refleksi / Impak : contoh…
 28 / 32 Orang murid yang menguasaai.
 3 / 32 Orang murid tidak menguasaai.
12. Tindakan susulan untuk murid : contoh…
 3 orang murid Pemulihan
 20 orang murid Pengukuhan
 8 orang murid Pengayaan
13. Soalan K-BAT:
2.3 Agihan Guru Sains bagi tahun 2018
2.3.1 Pn. Norlia bt. Isa - Tahun : 1 Bestari, 2 Bestari, 3 Bestari
2.3.2 Pn. Haslinda bt. Bakeri - Tahun : 4 Bestari, 5 Bestari, 6 Bestari

2.4 Aktiviti PdPc dalam bilik darjah


2.4.1 Aktiviti berpusatkan murid dan guru sebagai pemudahcara.
2.4.2 Penggunaan aktiviti PAK 21 dalam PdPc. ( Contoh RPH dilampiran 2)

2.5 Pengunaan TMK / ICT


2.5.1 TMK dijalankan terus dalam mata pelajaran Sains dan mulai 2017 ianya diserap secara
terus ke dalam semua mata pelajaran tahun 1 dan bagi tahun 2 / 2018.
2.5.2 Guru-guru Sains boleh membawa murid ke dalam Pusat Akses mengikut jadual yang
akan diatur oleh Pn. Norlia. Semua murid digalakkan membuka Frog Vle melalui ID
masing-masing.
2.5.3 Ahli panitia digalakkan menggunakan kemudahan TMK dalam PdPc seperti perisian
MS Power Point, Frog Vle, Sumber Internet dan sebagainya. Guru juga perlu
mamaksimumkan penggunaan Frog Vle.

2.6 Dasar minimum buku kerja / latihan murid & pencerapan buku latihan
2.6.1 Buku kerja tahap 2 yang dibeli oleh murid, serta buku aktiviti yang dibekalkan oleh
KPM kepada murid tahap 1 boleh dijadikan tugasan kerja rumah.
2.6.2 Buku latihan murid mesti disemak tidak melebihi 2 minggu dari tarikh nota / latihan
diberi. Pembetulan kesalahan perlu dilakukan sekiranya murid membuat kesalahan.
2.6.3 Pencerapan buku tulis oleh pihak pentadbir adalah mengikut jadual pencerapan yang
ditetapkan oleh pentadbir yang terdapat dalam takwim 2018.

2.7 Program Peningkatan


2.7.1 Berdasarkan keputusan akhir tahun rujuk lampiran, terdapat peningkatan bagi setiap ta-
hun 2, 3, 5 dan UPSR 2017. Perbandingan prestasi mengikut keputusan pertengahan
tahun dan akhir tahun. Oleh itu, diminta guru mata pelajaran mencadangkan aktiviti in-
tervensi dan mengenal pasti kelemahan murid.
2.7.2 Aktiviti program pagi murid tahun 6 ditiadakan bagi sesi persekolahan tahun 2018. Ini
berdasarkan keputusan mesyuarat guru tahun 6.
2.7.3 Segala program yang dirancang bagi tahun 2018, Program penigkatan UPSR khususnya
seperti berikut :
i. Aku janji murid bersama ibu bapa (kendalian j/k tahun 6 & BDK).
ii. Bengkel menjawab menjawab kertas 1 dan kertas 2
iii. Ujian kendiri mingguan.
iv. Soalan-soalan percubaan UPSR negeri lain.
Program-program yang diatur oleh pihak sekolah bersama guru jawantan kuasa Tahun 6 dan
unit Bimbingan & Kaunseling adalah tertakluk kepada pindaan.
Tindakan : Semua guru Sains

3.0 AKTIVITI PANITIA SEPANJANG TAHUN


3.1 Ceramah dan program Motivasi bagi tahun 6 dan kelas tambahan selepas waktu
persekolahan
3.2 Program “Face to Face” (Mento Mentee)
3.3 Program menjawab soalan bagi calon UPSR
3.4 Sekurang kurangnya 5 kali eksperimen dijalankan sepanjang tahun
3.5 Pemberian nota / maklumat Sains di papan putih (Laluan Sains)
3.6 Minggu Sains ( selepas UPSR )
Aktiviti 3.1 hingga 3.3 adalaah tertakluk pada mesyuarat guru mata pelajaran tahun 6 manakala
aktiviti 3.4 hingga 3.6 akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat ke – 2.
Tindakan : Semua guru Sains

4.0 ANALISIS UPSR BAGI MATA PELAJARAN SAINS 2015 - 2017


Tahun 2015 2016 2017 TOV
% LULUS UPSR 78.60 % 78.6% 88.2% 53.33%
Tindakan : Makluman guru Sains

5.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN


5.1 Pentaksiran dijalankan sepanjang masa PdPc, catatan PBS murid hendaklah dicatatkan
Secara ofline dan ditampal ke dalam buku RPH / disertakan didalam eRPH.
5.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar memahami pelaksanaan headcount bagi SAPS
(online) serta memastikan gred meningkat dan keputusan gagal kepada lulus. Guru me-
nyediakan soalan ujian / peperiksaan mengikut kelas yang diajar.
Penilaian dan periksaan juga adalah berdasarkan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
merujuk kepada takwim sekolah.
Tindakan : Semua guru Sains
6.0 BELANJAWAN TAHUNAN
6.1 Peruntukan PCG sekolah tahun 2018 sebanyak RM …………….
6.2 Pengerusi meminta guru-guru menyenaraikan alatan yang perlu dibeli di dalam nota minta.
6.3 Cadangan alatan yang dibeli perlulah lebih menumpu kepada aktiviti eksperimen yang
akan dijalankan semasa PdPc.
Tindakan : Semua guru Sains
7.0 PENCERAPAN GURU
Pencerapan guru dijalankan sepanjang tahun juga mengikut jadual pencerapan yang ditetapkan
oleh pentadbir yang terdapat dalam takwim 2018.
Tindakan : Makluman guru Sains

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Pengerusi meminta agar guru-guru sains menggunakan modul-modul sains yang dibekal-
kan se sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah.
8.2 Guru digalakkah menyediakan latihan bertulis sekiranya meninggalkan sekolah atas uru-
san berkursus atau urusan peribadi kepada murid-murid.

9.0 UCAPAN PENAGGUHAN


Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang hadir
dan mengharapkan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan kerjasama dari semua
guru. Penetapan mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat diakhiri
dengan bacaan surah “Al–Asr”
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………….…… ..................................................
( HASLINDA BINTI BAKERI ) ( NORAZMAH BINTI A.AZIZ )
Ketua Panitia Sains, Guru Besar
SK Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh SK Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh

You might also like