You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang berusaha Puan Jamilah binti Nordin, Penolong Pegawai


PPD Prasekolah, Guru-guru besar, guru-guru, ibubapa dan rakan-
rakan sekalian. Selamat datang ke majlis graduasi prasekolah bagi
zon batu kurau tahun 2018.

Alhamdullilah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan
ini untuk menjayakan majlis graduasi prasekolah zon Batu Kurau.

Hadirin sekalian,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


semua guru-guru kerana telah mengadakan majlis yang indah dan
bermakna ini.

Hadirin sekalian.

Di prasekolah,bermulanya perjalanan kami menimba ilmu.


Dari merangkak sehingga kami dapat berlari. Saya mewakili rakan-
rakan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru
kami.

Tidak lupa juga kepada ibubapa yang memperi peluang kepada


kami untuk menuntut ilmu.kami akan belajar bersungguh-sungguh
agar tidak menghampakan ibubapa kami.

Hadirin sekalian.

Akhir kata dari saya, doakan kejayaan kami pada masa hadapan
supaya kami menjadi insan yang berguna. Segala ilmu dan
pengalaman di prasekolah akan kami gunakan dalam kehidupan ini.
Sekali lagi jutaan terima kasih dari kami murid prasekolah zon batu
kurau.

Sekian terima kasih

You might also like