You are on page 1of 10

MODUL

PADLET
AHMAD ZULHAIKAL BIN MAT NIZAN

NUR LIYANA ATIKAH BINTI ROZEMAN

NURUL AIDA SYARAFANA BINTI DAUD

NURULAIN NABILAH BINTI HAMZU

NUR AMALIA AZERA BINTI ALWI


DEFINISI PADLET

Padlet ialah web kolaboratif yang membolehkan pelajar menjadi seorang penghasil
dan juga pada masa yang sama seorang pengguna dan bukan hanya sebagai
seorang pengguna biasa (Sharon Tonner, 2011 dalam Mohammed Amin Embi,
2013). Padlet juga merupakan ialah aplikasi internet yang membolehkan pengguna
menyiarkan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota lekat
elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Malah, pengguna juga boleh
menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang
sesuai (Sharon Tonner, 2011 dalam, Mohammed Amin Embi, 2013). Selain itu,
Padlet juga boleh digunakan sebagai buku elektronik untuk mencatat nota peribadi,
menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan, ruang untuk menyampaikan maklum
balas dan sebagainya

KELEBIHAN PADLET

 P&P jadi lebih menarik dan interaktif


 pelajar terlibat secara kolaboratif
 pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka
 memeberi peluang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam
menyumbang idea mereka ataupun dalam memberi maklum balas terhadap
sesuatu idea
 menjana idea melalui kaedah sumbang saran
 membenarkan pelajar mengulangkaji semula pelajaran selepas P&P

1
MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI "PADLET"

CARA UNTUK MENDAFTAR AKAUN PADLET

1. Taip 'padlet.com' pada ruangan google. Setelah itu, muka hadapan aplikasi
'padlet' akan terpapar.

2. Masuk ke laman web ini dan klik ‘sign up’ untuk mendaftar sebagai pengguna.

2
3. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar menggunakan
- Akaun google
- Facebook
- Microsoft
- Akaun baru

4. Masukkan email serta kata laluan pada ruangan yang disediakan

3
5. Setelah berjaya mendaftar masuk, anda diberi pilihan untuk memilih jenis
keahlian bagi akaun anda.

6. Anda akan diakseskan ke akaun peribadi anda.

CARA UNTUK MEMBUAT ‘WALL PADLET’

1. Klik pada ‘+make a padlet’


2. Pilih mana-mana reka bentuk yang anda sukai.

4
3. Anda boleh menukar tajuk / reka bentuk / corak dinding padlet anda mengikut
citarasa anda.
4. Kemudian, klik pada ‘Next” dan pilih tetapan bagi privacy yang diinginkan sama
ada private, password protected, secret ataupum public.

CARA UNTUK MEMUAT NAIK/KONGSI PADLET YANG DIBUAT

1. Jika sudah berpuas hati dengan padlet yang dihasilkan, klik pada butang ‘start
posting’ untuk memuat naik padlet yang dihasilkan.

5
2. Bagi mendapatkan laman sesawang atau pautan untuk berkongsi padlet yang
dihasilkan dengan orang lain, klik pada butang “share” yang berada di tetapan atas
sebelah kanan.

3. Seterusnya, klik pada butang ‘SHARE/EXPORT/EMBED’ untuk mendapatkan


laman sesawang kita sendiri

6
4. Klik “Copy link to this padlet’ untuk menyalin
laman sesawang atau pautan yang telah
disediakan.

5. Ataupun anda boleh memilih untuk mencetak


QRCode dengan menekan butang ‘PRINT CODE’

CARA UNTUK ‘CUSTOMIZE’ LAMAN SESAWANG.

1. Pergi ke laman web www.gg.gg, kemudian paste URL padlet tadi pada ruangan
yang disediakan

7
2. Selepas itu klik “Customize” dan masukkan nama yang mudah diingat pada ruang
kosong

3. Setelah selesai, langkah seterusnya jika menggunakan mana-mana komputer


atau telefon pintar, kita hanya perlu menaip di bahagian url gg.gg/huszarudi tanpa
perlu login apa-apa akaun.

8
4. Sekiranya anda nak rahsiakan laman ini. Apabila menggunakan komputer kawan
atau orang lain, anda hanya perlu klik 3 titik bertindih sebelah kanan atas chrome +
History + History.

5. Kemudian, klik pada laman web yang tertera nama pada wall padlet tadi
kemudian klik “Delete”.

You might also like