You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson
Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell
dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang
mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana
British bernama W.T. Smyth. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat
Leftenan Jeneral pada tahun 1907.Pergerakan Pengakap bermula di Pulau
Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah
mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah
berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan
abangnya.Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama
dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah
Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan,
lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di
Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau
tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13
serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5
Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika
bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjayamenawannya.
Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti.Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga

1
beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur"atau "Impeesa" kerana keberanian dan
kecekapannya.

Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah
tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan
kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberitugas untuk
menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah
mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13Oktober 1899
hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datangmenembusi kepungan
musuh. Pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah
menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di
medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah
memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap.

Seterusnya, pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Bermulalah pergerakan


pengakap di mana budak-budak lelaki di pulau berkenaan telah didedahkan dengan satu kem
perkhemahan yang diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Di sini dianggap
sebagai satu titik permulaan sejarah pergerakan pengakap dunia. Perkhemahan untuk budak-
budak lelaki tersebut telah berjaya dianjurkan dan beliau banyak menyumbang pelbagai idea
dan pengalaman untuk budak-budak tersebut melalui penerbitan buku " Scouting For Boys
" yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui
peneroka dan pedagang British. Malahan pada masa yang sama, pergerakan pengakap telah
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika
dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun
1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri
jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park,sebanyak 6000
Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond
Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah
diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scoutof the World. Banyak pingat
kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan
pergerakan pengakap. Baden Powell telah dianugerahkan darjahkemuliaan yang tertinggi
di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powellof Gilwell. King George V
merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell
adalah diberi semperna Gilwell Park. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara

2
lain sehingga apabilagenap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi
dua juta orang.

Beliau terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia pada tahun
1937 pada usia 80 tahun kerana sakit tenat yang dialaminya. Kemudian, beliau mengambil
keputusan untuk berhijrah ke Kenya, Afrika bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss
Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri. Beliau bermastautin di sebuah kampung
yangaman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

Tidak lama kumudian, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari
1941 dan disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu
nisanbeliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd1857,
died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir padabatu nisan tersebut.
Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengansatu titik di tengah-tengah yang
bermaksud "Gone Home". Tidak lupa juga kata-kata terakhir sebelum beliau menghembuskan
nafasnya telah menyebut Tuhan memimpin danmembantu di dalam kerja-kerjamu.

2.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana
seorang peneroka British yang dikenali sebagai F.C Sands. Sebelum itu, beberapa percubaan
telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini,
Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan
Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Di
Singapura pada ketika itu , F.C. Sand menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang
Inggeris yang berada di Singapura.

Seorang kapten yang bernama N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan skuad
pengakap bagi kana-kanak mrlayu yang menguasai bahasa Inggeris di singapura. Di tanah
melayu negeri Pahang merupakan negeri pertama yang menubuhkan pasukan pengakap iaitu
di kawasan Pekan. Orang yang terlibat dalam penubuhan pasukan terbabit adalah G.M
Laidlow. Setelah beliau meninggal dunia, pergerakan pengakap turut terkubur. Tidak lama
kemudian pada tahun 1927 pasukan tersebut mula dihidupkan semula oleh H.P. Herslet
seterusnya disambung oleh Wheeler dan Frisber sebagai pengasas baru pada ketika itu dari
Pejabat Pelajaran Pahang.

3
Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahun 1922. Peneroka pengakap
di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W.Bloomfield.
pergerakan pengakap di Pulau Pinang telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh
masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun1915. Cheesman telah
berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap diMalaya, sebagai Penolong
Persuruhjaya Pengakap Malaya. Manakala di Johor pula, kedatangan Cheesman dari Pulau
Pinang telah menyebabkan berlakunya revolusi dimana tertubuhnya persatuan pengakap
dalam negeri tersebut pada awal tahun 1928. English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Johor Bharu merupakan tempat kumpulan pertama pengakap ditubuhkan.

Seterusnya, persatuan pengakap Perak mula ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di
Maktab MelayuKuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Penubuhan yang pertama ini telah
menjadi pencetus yang menggalakkan sekolah-sekolah di negeri Perak menubuhkan
pasukan pengakap. Hasilnya, banyak sekolah telah mewujudkan pasukan pengakap.

Bermula pada tahun 1926, Brunstone merupakan pengasas yang bertanggungjawab


dalam penubuhan persatuan pengakap di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Di Selangor
pula, orang yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan pengakap ialah Ameen Akhbar
pada tahun 1926 diikuti juga dengan pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927
olehA.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.Negeriyang
terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis padatahun 1931.

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua


negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Kemudian, selepas
Perang Dunia Ke-2. Setelah mencapai kemerdekaan, Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
pada tahun 1964. Sebelum itu, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan
menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan
semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap
daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah
keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari
gagasan Malaysia. Hal ini memberi telah menyebabkan Persekutuan Pengakap Singapura
berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur merupak satu kawasan di mana
terletaknya suatu bengunan yang di panggil sebagai Rumah BP atau lebih dikenali dengan
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Rumah BP ini telah menelan

4
belanja sebanyak $150 ribu dan telah mula beroperasi dengan rasminya pada tahun 5 Januari
1957,sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Di sinilah
Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap
Malaysia dan rumah BP ini dianggap sebagai satu nadi pergerakan pengakap seluruh
Negara secara amnya.

5
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA

Pesuruhjaya Pengakap
Negeri

Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Negeri

JK Pasukan Latihan Negeri JK Program Daerah

Pesuruhjaya Pengakap
Daerah

Penolong Pesuruhjaya Pengakap


Daerah

Pemimpin-pemimpin Unit

JK Pasukan Latihan JK Program Daerah


Daerah

Unit-unit PKK Unit-unit PM Unit-unit PR Unit PK

6
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH

Majlis kumpulan
Penaung : Guru besar
Pengerusi : Penolong kanan kokurikulum
Setiausaha : Pemimpin kumpulan
Bendahari : Pen. Pemimpin Kumpulan
Jawatankuasa : semua pemimpin dan penolong
pemimpin

Kepimpimpinan kumpulan pengakap

Pemimpin pengakap kanak-kanak

Penolong pemimpin pengakap kanak-


kanak

Ketua kumpulan pengakap kanak-


kanak
(Ahli pengakap kanak-kanak)

Majlis ketua patrol (COH)

7
Ketua patrol/sekawan

Penolong ketua patrol/ sekawan

Kuater Master patrol/ sekawan

Ahli-ahli

8
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, persatuan pengakap adalah merupakan satu persatuan dimana


dapat membentuk jati diri seseorang manusia dari segi pelbagai aspek termasuk jasmani,
rohani, emosi, dan intelek. Aktiviti yang dilaksanakan dalam unit beruniform pengakap ini juga
turut menjurus mendidik seseorang itu berdikari di samping mengajar pelbagai kemahiran
yang diperlukan oleh setiap orang untuk menghadapi situasi yang mencabar dan pelbagai
dalam kehidupan. Dalam persatuan pengakap juga mendedahkan murid dengan ciri
kepimpinan dalam membentuk sebuah organisasi yang mantap.

Pada masa yang sama, persatuan pengakap ini juga melatih dan menggalakan
pergaulan dikalangan generasi muda supaya mengambil bahagian konstruktif dalam
pembangunan untuk menjadi seorang individu yang bertanggungjawab. Selain itu, pesatuan
pengakap juga diaaggap sebagai satu badan sukarela untuk para belia dan beliawanis yang
bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat selain polis, askar dan sebagainya. Kita
sudahpun sedia maklum bahawa pencetus pergerakan pengakap dunia adalah merupakan
seorang pesara askar yang mendidik kanak-kanak dalam satu kem perkhemahan dimana
kanak-kanak tersebut menarik minat beliau atas kecekapan dan kepantasan mereka dalam
menyampaikan utusan askar. Oleh itu, secara tidak langsung latihan atau aktiviti dalam
pergerakan pengakap turut terdapat sedikit kesamaannya dalam latihan askar. Contoh yang
paling dekat adalah kawat kaki pengakap.

Melalui pertubuhan pengakap dunia yang ditubuhkan ini sedikit demi sedikit ia
semakin meluas sehingga sampai ke Tanah Melayu yang dibawa oleh penjajah British.
Kemudian lama kelamaan pergerakan pengakap yang dibawa oleh pihak British ini mula
diterima oleh masyarakat tempatan dan kian aktif sehingga kini.

You might also like