You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat

Panitia Pertanian
SMK Kuala Kurau

Bil : 1/2018
Tarikh : 29/12/2017
Masa : 11.00pg
Tempat : Bengkel KH

Kehadiran :
1. En. Hamsi Bin Omar
2. En. Azlan Bin Idrus

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


1.1 En.Hamsi guru kanan vokasional dan teknik selaku pengerusi mesyuarat mengalukan
kedatangan semua guru yang terlibat pada mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi mengharapkan pada tahun ini guru yang mengajar subjek pertanian tingkatan 4
dan 5 dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
1.3 Pada tahun ini pengerusi juga menyatakan KSSM telah masuk tahun ke 2. Subjek
pertanian merangkumi tingkatan 4 dan 5.Perubahan ini selaras dengan
PPPMg2.diharapkan guru yang mengajar tingkatan 4 dan 5 pada tahun ini dapat memberi
input-input yang berguna kepada palajar yang akan mengambil subjek pertanian pada
tahun 2018.

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 dicadang : en. Azlan bin idrus
2.2 disokong : en. Hamsi bin Omar

Agenda 3 : Perkara Berbangkit


3.1 tiada perkara berbangkit

Agenda 4 : Dasar Kurikulum KPM


4.1 Pelaksanaan KSSM pertanian bagi tingkatkan 4 dan 5 tahun 2018. Pengerusi meminta
guru yang mengajar pertanian dapat mencari bahan-bahan terbaru supaya dapat
melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Selain itu dapat menarik minat
pelajar untuk mengambil subjek pertanian.
4.2 Pengerusi juga meminta guru dapat melaksanakan PAK 21 dengan lebih sistematik
dan terangcang. Pengerusi menggalakan penggunaan I-Think dan KBAT dalam PdPc.
Agenda 5 : Sukatan Dan Rangcangan Pelajaran Tahunan
5.1 Pengerusi meminta guru yang mengajar tahun ini menyediakan rancangan pelajaran
tahunan dan dokumen standart kurikulum dan pentaksiran, sebelum 5.1.2018. untuk disemak
oleh guru kanan. Rancangan palajaran tahunan mestilah mengikut takwim sekolah dan ditulis
mengikut minggu.

Agenda 6 : Buku Rekod Persediaan Mengajar


6.1 Pengerusi meminta semua guru melengkapkan maklumat yang perlu ada dalam buku
rekod mengajar.
6.2 Penulisan rekod mengajar harian mestilah mengikut format yang betul. Setiap kali pdp
yang dilaksanakan mesti refleksi pembelajaran yang ditulis dengan lebih spesifik dan tidak
terlalu umum.

Agenda 7 : Penilaian Dan Peperiksaan


7.1 nama-nama guru pengubal soalan peperiksaan telah diberikan kepada setiausaha
peperiksaan dalaman. Diharap guru yang perlu membuat soalan tersebut dapat bersedia lebih
awal. Pengediaan soalan mestilah mengikut format yang betul dan mengikut sukatan mata
pelajaran.
7.2 untuk subjek pertanian tingkatan 4 masih belum ada format yang rasmi untuk peperiksaan.
Pengerusi meminta supaya guru sentiasa kemaskini info yang akan diperolehi berkenaan
format peperiksaan untuk subjek pertanian.

Agenda 8: Headcount
8.1 Pengerusi meminta guru menyiapkan headcount setiap murid berdasarkan TOV yang
diambil dari markah PPT 2017 semasa tingkatan 4.

Agenda 9 : Perancangan Aktiviti Panitia 2018


9.1 Melengkapkan pdp mengikut rancangan tahunan.
9.2 Pemeliharaan burung puyuh untuk subjek pertanian. Pada tahun ini pelajar yang
mengambil subjek pertanian perlu memelihara burung puyuh sebagai penilaian
mereka.pengerusi akan memberi tahu sebuah sangkar puyuh akan dibina untuk tujuan
pemeliharaan tersebut.
7.3 Kelas tambahan dan intensif SPM- bermula bulan mei hingga oktober
7.4 bengkel dan teknik menjawab soalan – bulan julai dan oktober.

Agenda 10 : Hal-Hal Lain


10. 1 Smk Kuala Kurau akan menjadi mengerusi permata sains pertanian daerah kerian.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30ptg.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

...................................... .........................................
En. Azlan Bin Idrus En. Hamsi Bin Omar
Ketua Panitia Pertanian Guru Kanan Vokasinal Dan Teknologi

You might also like