You are on page 1of 3

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca buli dalam
kalangan remaja dan langkah-langkah mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh menimbulkan kesan negatif
terhadap kesejatheraan emosi dan kemajuan pelajar yang dibuli. Buli dikatakan sering berlaku di
dalam bilik darjah, di padang ,di koridor ,di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas.
Walaupun menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, kes buli di sekolah secara relatif sangat kecil
namun kementerian tidak memandang ringan akan perkara tersebut. Terdapat banyak punca yang
menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini.
Lazimnya ,golongan pembuli ini berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik
buruknya sesuatu tindakan. Mereka juga terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya yang
suka membuli. Jika rakan-rakan suka membuat provaksi, kemungkinan individu itu akan bertindak di
luar kewarasan. Jelaslah bahawa apabila individu ini tersalah memilih rakan ,mereka kemungkinan
besar akan terjebak dalam gejala buli.
Di samping itu,keadaan ini akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka sendiri yang
beranggapan kedudkan mereka lebih tinggi daripada orang lain. Sebagai contoh ,menjadi pelajar
senior di asrama memungkinkan mereka sengaja mendera pelajar yang lebih muda sebagai budak
suruhan. Sekiranya pelajar tersebut melawan ,pasti pelajar yang lebih senior ini akan bertindak kasar.
Hal ini ada kemungkinan juga dengan sikap pembuli yang mengatakan bahawa mereka membuli
pelajar lain kerana suka-suka. Lebih-lebih lagi apabila mereka tahu bahawa tindakan mereka tidak
berani dilaporkan oleh mangsa kepada pihak atasan.
Pembuli juga melakukan perkara itu kerana marah atau benci kepada si mangsa. Mengkut
kajian bekas Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub ,pelajar baharu
di sekolah ialah individu yang selalu dibuli. Pelajar yang disayangi oleh guru tidak akan digemari
rakan. Bagi kes buli fizikal, mereka yang berbadan kecil kerap menjadi mangsa. Pembuli juga boleh
disebabkan sikap cemburu akan kelebihan atau kesenangan yang ada pada pelajar yang lain. Ada juga
pembuli ini mempunyai masalah disiplin dan tidak minat untuk belajar. Mereka datang ke sekolah
sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan, bercakap perkara-perkara tidak berfaedah dan mencari
jalan untuk mengenakan pelajar yang lain. Pembuli juga mungkin datang daripada keluarga yang
bermasalah dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga. Ada juga kajian yang
menyatakan bahawa buli berpunca daripada sikap ibu bapa yang suka memanjakan anak-anak mereka.
Buli boleh menyebabkan penderaan mental dan fizikal. Perbuatan buli yang bersufat fizikal
seperti menolak ,menampar atau memukul boleh meyebabkan kecederaan parah atau kematian. Buli
mental pula menyebabkan kemurungan tekanan perasaan dan percubaan untuk membunuh diri.
Perkara ini perlu diambil serius walaupun kes buli seperti yang dinyatakan masih terkawal.
Sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan langkah-langkah yang
sesuai untuk menangani masalah buli atau menghalangnya daripada berlaku. Kita tidak perlu
menunggu kes ekstrem yang lain berlaku sebelum kita berbuat sesuatu untuk memastikan kawasan
sekolah selamat untuk anak-anak kita.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Menangani Gejala Buli”
oleh Othman Salihin,
Pendidik Ogos 2017

1
© Hak Cipta Yeosham Education – UJIAN 2
Soalan 2 : Pemahaman
[10 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasakan petikan Soalan 1 ,jawan soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membuat provakasi. [3 markah]

(ii) Pengarang menjelaskan beberapa kesan buli kepada pelajar.


Jelaskan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Sudah sampai masanya gejala buli ini diatasi dengan penguatkuasaan undang -undang
yang lebih ketat.
Bersetujukah anda jika gejala buli ini diatasi dengan menggunakan undang – undang yang
lebih ketat? [4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Tindak-tanduk
(ii) Gundah-gulana
(iii) Gembar-gembur
(iv) Dolak-dalik
(v) Gerak-geri
(vi) Corat-coret

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Setiap tahun Perdana Menteri membentangkan bajet yang bersifat mesra rakyat.
(ii) Kita mestilah menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang banyak berkorban masa dan
wang ringgit
(iii) Golongan muda yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah menyebabkan negara
kehilangan tenaga kerja yang penting

(c) Dalam setiap ayat di bawah,terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak

2
© Hak Cipta Yeosham Education – UJIAN 2
boleh menyenaranaikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Hujan lebat yang turun pada petang itu menyebabkan beberapa aturcara majlis
terpaksa dibatal.
(ii) Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah merupakan aktiviti yang dapat
memupuk disiplin dan peningkatan kecergasan murid
(iii) Semua pihak bertanggungjawab bantuan golongan dhaif terutama golongan yang
tidak berumah

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesahalan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Laporan terkini mengenai kebakaran bangunan pejabat itu akan disampaikan oleh
juruhebah yang berada di tempat kejadian dari masa ke semasa.
(ii) Perasmi itu cukup bijak berbahasa ketika mengucap di dalam majlis anugerah
kecemerlangan itu.
(iii) Tindakan setengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke
dalam sungai menyebabkan banyak ikan terkorban.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut

(i) Encik Kasan berjaya menguruskan syarikat perniagaannya dengan baik kerana
mendapat sokongan pekerjanya yang sentiasa bersama-samanya tatkala susah dan
senang.
(ii) Tuan Haji Ismail Sidek merupakan warga penduduk yang suka merendah diri dan
mesra di kawasan perumahan itu walaupun beliau merupakan professor di sebuah
institusi pengajian tinggi yang terkenal.
(iii) Nasibnya begitu malang kerana baru sahaja dia kehilangan kereta , dapat pula surat
saman kerana kesalahan memandu laju.

3
© Hak Cipta Yeosham Education – UJIAN 2

You might also like