You are on page 1of 4

1.

Aristotle
a. Jelaskan sumbangan-sumbangan Aristotle dalam bidang Fizik. Pilih satu
daripada sumbangan ini yang anda fikir paling penting dan jelaskan kenapa anda
beranggapan sedemikian?
b. Jelaskan sumbangan-sumbangan Aristotle dalam bidang biologi dan
perubatan. Pilih satu daripada sumbangan berkenaan dan jelaskan kenapa anda
beranggapan sedemikian?
c. Jelaskan apakah warisan dan sumbangan Aristotle kepada bidang falsafah
selepas zaman beliau? Pilih salah satu daripada sumbangan ini dan jelaskan
kepada anda beranggapan sedemikian?
d. Apakah kepentingan buku Nicomachean Ethics kepada masyarakat (dulu dan
sekarang). Nilaikan sumbangannya dari perspektif zaman moden.

2. Plato
a. Pilih tiga individu yang memainkan peranan dalam pembentukan pemikiran
Plato. Daripada tiga individu ini, pilih satu daripadanya yang anda fikir
memainkan peranan paling penting dan jelaskan kenapa anda beranggapan
sedemikian?
b. jelaskan sumbangan-sumbangan Plato dalam bidang falsafah. Pilih satu
daripada sumbangan ini yang anda anggap paling pentang dan jelaskan kenapa
anda beranggapan sedemikian?
c. Apakah isi kandungan utama buku Meno yang ditulis oleh Plato. Pilih satu
daripada sumbangan ini dan jelaskan daripada perspektif moden mengapa anda
beranggapan sedemikian.
d. Apakah isi kandungan utama buku Apology yang ditulis oleh Plato. Pilih satu
daripada sumbangan ini dan jelaskan daripada perspektif moden mengapa anda
beranggapan sedemikian.

3. Socrates
a. Jelaskan apa yang dipanggil sebagai paradoks Socrates (Socratic paradoxes)
dan berikan contoh-contohnya. Pilih satu daripada paradoks ini yang anda rasa
paling relevan dan jelaskan kenapa anda beranggapan sedemikian?
b. Jelaskan apakah warisan dan sumbangan Socrates kepada bidang falsafah
selepas zaman beliau? Pilih salah satu daripada sumbangan ini dan jelaskan
kepada anda beranggapan sedemikian?
c. Apakah iktibar yang kita boleh pelajari dengan melihat kisah kehidupan
Socrates? Jelaskan salah satu daripada iktibar ini yang paling dianggap penting
dan jelaskan mengapa?

4. Avicenna (Ibnu Sina)
a. Jelaskan pemikiran teologi Ibnu Sina (Avicenna). Pilih satu daripada ciri-ciri
pemikiran Ibnu Sina dan nilaikan kepentingannya mengikut zaman moden.
b. Apakah yang anda faham mengenai konsep kesedaran diri (self awareness)
yang dijelaskan oleh Ibnu Sina? Nilaikan pandangan Ibnu Sina dengan salah
seorang tokoh lain yang anda baca .
c. Apakah sumbangan Ibnu Sina dalam bidang astrologi dan astronomi. Pada
pandangan anda, sumbanga yang manakah yang paling penting dan mengapa?


5. Thomas Aquinas
a. Apakah sumbangan Thomas Aquinas dalam bidang epistemologi? Nilaikan
sumbangan ini berdasarkan perspektif moden.
b. Apakah sumbangan Thomas Aquinas dalam bidang etika? Nilaikan sumbangan
ini berdasarkan perspektif moden.
c. Apakah sumbangan Thomas Aquinas dalam bidang politik terutamanya
(susunan politik)? Nilaikan sumbangan ini berdasarkan perspektif moden.
d. Apakah sumbangan Thomas Aquinas dalam bidang psikologi? Nilaikan
sumbangan ini berdasarkan perspektif moden.

6. Rene Descartes
a. Apakah isi-isi kandungan utama buku Meditations of First Philosophy tulisan
Rene Descartes? Pada pandangan anda apakah sumbangan buku ini dalam
pemikiran masyarakat zaman moden yang dapat dilihat hingga hari ini.
b. Jelaskan pandangan Descartes dalam karyanya Discourse on the Methods
terutamanya mengenai prinsip yang dianggap benar tanpa sebarang keraguan.
Pada pandangan anda, hujahkan adakah ia boleh diterima atau tidak?
c. Jelaskan pengaruh Rene Descartes dalam bidang sains dan matematik kepada
dunia. Pada pandangan anda, pengaruh yang manakah yang paling penting dan
mengapa?


7. George Berkeley
a. Apakah sumbangan George Berkeley terutamanya dalam bidang subjective
idealism ? Adakah anda menerima atau menolak pandangan ini dan mengapa?
b. “Pandangan Berkeley berkaitan ilmu falsafah banyak dicorakkan oleh
keterlibatannya dalam bidang sains pada zaman itu: (Lisa Downing (2005).
"Berkeley's natural philosophy and philosophy of science" dalam Kenneth P.
Winkler. The Cambridge Companion to Berkeley Cambridge: Cambridge
University Press. p. 230). Jelaskan pandangan ini dan sejauh manakah kebenaran
kenyataan ini.
c. Huraikan pengaruh George Berkeley kepada ahli falsafah selepasnya. Pada
pandangan anda, adakah sumbangan ini penting dan mengapa?

8. Averroes (Ibnu Rushd)
a. Salah satu sumbangan penting Averroes (Ibnu Rushd) ialah sebagai pengulas
kepada karya Plato dan Aristotle. Jelaskan mengapakah peranan ini dianggap
penting pada ketika itu dengan memberi contoh berkaitan. Sejauh manakah
ulasan ini membantu perkembangan ilmu falsafah secara amnya.
b. Apakah sumbangan-sumbangan penting Averroes (Ibnu Rushd) dalam bidang
ilmu Fizik? Pilih satu daripada sumbangan ini (yang paling penting) dan jelaskan
mengapa anda beranggapan sedemikian.
c. Apakah sumbangan-sumbangan Averroes (Ibnu Rushd) dalam bidang
metafizik? Pilih satu sumbangan yang anda anggap paling utama dan jelaskan
mengapa anda berpendapat sedemikian.
d. Apakah sumbangan-sumbangan Averroes (Ibnu Rushd) dalam bidang falsafah
agama? Pilih satu daripada sumbangan ini yang paling utama dan jelaskan
mengapa anda berpendapat sedemikian.
9. Immanuel Kant
a. Pada pandangan anda apakah sumbangan utama Immanuel Kant dalam bidang
falsafah? Dengan merujuk kepada salah satu sumbangan ini jelaskan mengapa
anda menganggap ia penting.
b. Apakah sumbangan-sumbangan utama Immanuel Kant dalam bidang falsafah
moral? Dengan merujuk kepada salah satu sumbangan yang anda anggap paling
utama jelaskan mengapa anda berpendapat sedemikian.
c. Pada pandangan Kant, bagaimanakah masalah mengenai pengetahuan
manusia dalam bidang sains fizikal yang juga bergantung kepada peraturan a
priori dapat diselesaikan? Jelaskan apakah jawapan yang diberikan ini
munasabah.

10. Metafizik
a. Perkembangan bidang metafizik bermula pada zaman pertengahan melibatkan
pertentangan antara kumpulan penyokong dan penentangnya. Huraikan secara
perkembangan pada zaman ini dengan merujuk kepada contoh berkaitan. Sejauh
manakah perkembangan pada zaman ini membawa kepada kemunculan aliran
falsafah baru?
b. Apakah sumbangan-sumbangan penting Philo of Alexandria dalam bidang
metafizik? Pilih satu daripada sumbangan beliau yang paling penting dan
jelaskan mengapa anda berpendapat sedemikian.
c. Persoalan mengenai kewujudan Tuhan banyak dibincangkan oleh ahli falsafah
moden. Dengan berpandukan seorang ahli falsafah yang menolak kewujudan
Tuhan, nilaikan sama ada hujah mereka boleh diterima.

11. Umum
a. Apakah pandangan Anselm of Canterbury mengenai kewujudan Tuhan?
Apakah tentangan yang dihadapi berhubung pandangan ini?
b. “Ahli falsafah Arab pada zaman pertengahan mempunyai kelebihan
berbanding ahli falsafah Latin kerana memiliki sumber falsafah
Hellenistik dalam kajian mereka berhubung kaitan antara akal dan
wahyu”. Jelaskan kenyataan ini dengan merujuk kepada isu kewujudan
Tuhan.
c. Ahli falsafah Islam, Ibnu Sina banyak terpengaruh dengan teori emanasi
Neoplatonic dalam pandangannya mengenai alam berbanding cabang
falsafah lain. Huraikan kenyataan ini dengan merujuk kepada pandangan
Ibnu Sina mengenai manusia dan alam sahaja.
d. Mengapakah Ibn Rushd digelar “The Commentator” oleh ahli fasafah
Barat? Jelaskan sebab musabab mengapa Ibnu Rushd bercanggah
pendapat dengan ahli falsafah sebelumnya.
e. “Dari Moses hingga ke Moses, tiada orang yang setanding dengan Moses”.
Jelaskan kenyataan ini dengan merujuk kepada sumbangan Moses Maimonides
mengenai Tuhan.
f. Jelaskan tentangan Thomas Aquinas terhadap pandangan hujah ontologi
Anselm (Anselm Ontological Argument). Sejauh manakah tentangan ini
boleh diterima menurut pandangan anda.
g. John Duns Scotus banyak menentang pandangan falsafah Thomistic dan
banyak memberi penekanan terhadap teologi Augustinian (Augustine of
Hippo). Huraikan kenyataan ini dengan merujuk kepada pandangannya
mengenai kewujudan dan Tuhan.
h. Jelaskan mengenai sebab-sebab kejatuhan falsafah Skolastik pada abad ke
14 dan 15 dengan merujuk kepada usaha ahli falsafah seperti John Duns
Scotus dan William Ockham dan ahli falsaafah lain.
i. Antara ahli falsafah awal, Parminides dianggap antara pelopor ilmu
metafizik melalui tulisannya banyak menjurus kepada sifat ilmu
metafizik. Jelaskan sifat metafizik yg terdapat dalam tulisan beliau.
Nyatakan perbezaan pandangan Parminides dan pengikutnya seperti
Melissus dan Zeno.
j. Ahli falsafah moden seperti David Hume menolak penjelasan metafizik
yang dianggapnya terbatas berbanding penjelasan empirikal. Jelaskan
kenyataan ini dengan merujuk kepada kumpulan yang dipanggil ‘Vienna
Circle’.
k.Apakah maksud Socrates apabila dia mengatakan bahawa sifat seorang
ahli falsafah sebagai ‘a man who is always dying’? Huraikan dengan jelas
dan kritis.
l. Menurut Vasubhanda identiti peribadi seseorang individu adalah
khayalan semata-mata atau bukan sesuatu yang hakiki. Dengan
berpandukan pandangan ahli falsafah yang berbeza, jelaskan adakah anda
menerima atau menolak pandangan ini.
m. A. Cressy Morisson (1884 –1951) menjelaskan bahawa terdapat tujuh
bukti kewujudan Tuhan secara rasional. Huraikan lima dari bukti berkenaan
dan pandangan golongan yang menolak idea yang dikemukakan oleh
Morisson ini.
n.Jean Paul Sartre (1905-1980) adalah antara ahli falsafah existentialism
yang menganggap bahawa manusia memiliki kebebasan mutlak.
Hujahnya ‘existence precedes essence’ merujuk kepada kebebasan
manusia yang mutlak. Huraikan dengan lebih lanjut kenyataan ini serta
pandangan ahli falsafah yang menolak pandangan Sartre.

You might also like