You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN


JALAN BESAR 34500 BATU KURAU
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN

BIL. MESYUARAT : 2 TAHUN 2017


TARIKH / HARI : 27 APRIL 2017 / KHAMIS
MASA : 2.15 PETANG – 4.15 PETANG
TEMPAT : BILIK OPERASI WAWASAN

Hadir :

1 Pengetua - Pengerusi
En. Mohamad Suhaimi bin Talib

2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn. Hjh. Norihan binti Othman

3 Setiausaha HEM
Pn. Khadijah binti Abdul Rashid

4 Penolong Setiausaha HEM


Pn. Hjh. Siti Mardiah binti Samsudin

5 Guru Disiplin 1
En. Abas bin Ibrahim

6 Setausaha Jawatankuasa Pengawas Sekolah - wakil


Pn. Hjh. Masitah binti Ahmad

7 Setiausaha Jawatankuasa Pencegahan Jenayah


Pn. Hjh. Che Sari binti Ishak

8 Setiausaha Majlis Ketua Tingkatan (MKT)


Pn. Intan Suhaila binti Ali

9 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling


En. Mohamad Nadzlisham bin Abd Jamil

10 Setiausaha Jawatankuasa 3K
Pn. Noraini binti Mokhtar

11 Setiausaha Jawatankuasa Kebersihan Dan Keceriaan


Cik Salina binti Sam

12 Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan Dan Pergigian Pelajar


Pn. Siti Patimah binti Mohd Noor
13 Setiausaha Jawatankuasa Kantin
1
Pn. Norsuhada binti Haron

14 Setiausaha Jawatankuasa SPBT


En. Faiz bin Fadzil

15 Ahli Jawatankuasa KWAPM, Derma Dan Kebajikan - wakil


Pn. Rohana binti Alias

16 Setiausaha Jawatankuasa Biasiswa


Pn. Nor Zuriyatina binti Abu Omar

17 Setiausaha Jawatankuasa Asrama Desa


Cik Nor Azimah binti Kamaridin

18 Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Dan Moral


Cik Raja Nurol ‘Ashikin binti Raja Kamaruddin

19 Setiausaha Jawatankuasa Komuniti ASEAN


En. Tuan Mohd Zaidin bin Tuan Mat

20 Setiausaha Jawatankuasa Perpaduan


Pn. Darisnah Devi a/p Letchymanan

21 Setiausaha Jawatankuasa Lembaga Disiplin


Pn. Masziana binti Mostor

22 Cik Norhasimah binti Hj. Bahari

23 Guru Disiplin
Pn. Zamzurina binti Zakaria

Tidak Hadir Dengan Maaf

1 Guru Pengawas 1
Pn. Nor Fadhilah binti Abdullah

2 Setiausaha Jawatankuasa Pendaftaran Dan Rekod Murid


Pn. Nurra binti Mohamad Abdul Wahab

3 Setiausaha Jawatankuasa APDM


Pn. Asma Ashfeena binti Mohd Amin

4 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling


Pn. Aini Yusnita binti Abd Rahim

5 Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan


En. Mohd Sazali bin Zulkifli

6 Setiausaha Jawatankuasa KWAPM, Derma Dan Kebajikan


Pn. Hjh. Siti Azizah binti Che Man

7 Setiausaha Jawatankuasa Kawad Kebakaran


En. Abdul Razak bin Zainol Abidin

2
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-Aluan

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli
jawatankusa HEM dalam mesyuarat. Pengerusi memaklumkan berlaku peningkatan yang baik
untuk semua unit seperti Pra-U, Kokurikulum dan HEM berdasarkan kepada data-data yang
diperoleh. Peratus kehadiran di antara bulan Januari hingga April ialah 95 %.

Makluman

2. Masalah Disiplin

Pengerusi menyatakan tiada kes besar dalam disiplin murid kecuali melibatkan kes dadah.
Sehubungan itu, Pegerusi memohon supaya unit Disiplin dan Bimbingan Dan Kaunseling
mengambil perhatian berkenaan kes ini. Saringan air kencing untuk menguji dadah telah
dilakukan. Empat orang murid positif dadah. Mereka telah dihantar ke Kem Bersih Dadah pada
25 April 2017.

Tindakan : Unit Disiplin dan Bimbingan Dan Kaunseling

3. Program Kekemasan Diri Murid

Pakaian murid masih belum kemas. Oleh itu, Pengerusi meminta unit Disiplin bertindak tegas
bagi mengatasi masalah ini.

Tindakan : Unit Disiplin

4. Kawad Kebakaran

Kawad kebakaran belum dilaksanakan. Pengerusi memohon Jawatankuasa Kawad Kebakaran


melaksanakan kawad kebakaran sebelum cuti petengahan tahun (27/05/17 – 11/06/17). Alat
pemadam api yang telah luput tarikh mesti ditukar. Pengerusi memaklumkan pada 27 April 2017
(malam), akan diadakan kawad kebakaran untuk Asrama.

Tindakan : En. Abdul Razak bin Zainol Abidin

5. Program Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak telah menganjurkan program “Tandas Bersih”. Oleh itu, Tandas-tandas
murid perlu dibersihkan dan ceria.

Tindakan : Unit Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3
Setiausaha HEM Pn. Khadijah bt. Abdul Rashid membentangkan Minit Mesyuarat HEM kali pertama
bagi tahun 2017 dan disahkan melalui :

Cadangan : En. Tuan Mohd Zaidin bin Tuan Mat

Sokongan : Cik Salina binti Sam

Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6. Surat Amaran Ponteng Sekolah

Surat Amaran hendaklah dikeluarkan mengikut prosedur-prosedur yang betul. Pengerusi


meminta supaya semua penyelaas tingkatan membuat pemeriksaan yang teliti terhadap buku
kehadiran murid untuk memastikan semua guru tingkatan mengikut prosedur yang betul semasa
mengeluarkan Surat Amaran.

Tindakan : Semua Penyelaras Tingkatan

7. Blazer Pengawas

En. Faiz bin Fadzil memaklumkan sebahagian pengawas telah mendapat blazer. Namun,
terdapat blazer yang perlu diubah suai mengikut saiz murid. Pada 28 April 2017, pengawas akan
mula memakai blazer ini.

Makluman

8. Buku Kawalan Kelas (BKK)

Semua guru mata pelajaran mesti mengisi BKK. Pengerusi menyatakan tindakan segera mesti
diambil jika terdapat sebarang masalah disiplin. BKK juga perlu disemak oleh unit Disiplin dan
semakan mesti ditanda tangani.

Tindakan : Unit Disiplin

9. Buku Peraturan Sekolah

Penerusi menyatakan Buku Peraturan Sekolah mesti dalam keadaan terkini. Buku Peraturan
Sekolah perlu dibaca pada setiap kali perhimpunan mingguan.

Tindakan : Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah

10. Kawad Kebakaran

Kawad kebakaran mesti dilaksanakan sebelum Cuti Pertengahan Tahun.

4
Tindakan : En. Abdul Razak bin Zainol Abidin

IV. LAPORAN JAWATANKUASA

11. Laporan Jawatankuasa Disiplin

11.1 Data Kehadiran Murid

Peratus kehadiran murid dari bulan Januari hingga April adalah seperti berikut :

KATEGORI Januari Februari Mac April


ENROLMEN KEHADIRAN KE
SEKOLAH 95.34% 95.64% 96.79% 96.24%
KELAS MENCAPAI 100% T6A : PU6A1 - T1 : KAA T4 : VT2
T4 : S1

Makluman

11.2 Data Markah Merit-Demerit

Markah merit-demerit dari bulan Januari hingga April adalah seperti berikut :

BIL MARKAH BILANGAN PELAJAR STATUS


1 61-70 7 MEMUASKAN
2 50-60 23 SEDERHANA
3 20-49 6 TIDAK MEMUASKAN
4 19 dan ke bawah 1 LEMAH
JUMLAH 37 0RANG
37/842 X 100 = 4.39 % daripada jumlah pelajar
markah 70 ke bawah.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid ialah tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab, gangguan seksual, mencuri, bergaduh, ponteng sekolah dengan pakaian sekolah,
merokok, membawa rokok ke sekolah dan berkelakuan tidak senonoh.

Makluman

11.3 Senarai Nama Murid Untuk Intervensi

Senarai nama murid untuk intervensi bagi rujukkan pihak kaunselor :

Lihat Lampiran A

Makluman

11.3 Ulasan Pengerusi

Pengerusi menyatakan untuk mengatasi masalah disiplin murid, yang paling penting ialah
intervensi yang dilakukan. Sebagai contoh jika kes murid “fly” tindakan yang diambil ialah
5
gantung sekolah.

Tindakan : Unit Disiplin

12. Laporan Jawatankuasa Lembaga Pengawas

12.1 Kursus Pengawas Siri 1 dan Siri 2 akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Manakala blazer pengawas telah siap walaupun ada sebahagian kecil perlu dibuat ubah
suai.

Tindakan : Jawatankuasa Lembaga Pengawas

12.2 En. Faiz bin Fadzil menyatakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), calon-
calon kepimpinan pengawas akan disenarai pendek, sebelum dibuat pemilihan.
Pengerusi memohon pihak jawatankuasa menyediakan gambar-gambar calon dan
pemilihan kepimpinan pengawas mesti melibatkan Pengetua, semua Penolong Kanan
dan pihak kaunselor. Pengerusi juga, memohon supaya badan kepimpinan pengawas
diperkasakan lagi. Pengerusi menyatakan pada tahun depan (2018) ketua pengawas
akan dilantik di kalangan pelajar Pra-U.

Tindakan : Jawatankuasa Lembaga Pengawas

12.3 Terdapat juga laporan pengawas tidak menjalankan tugas. Pengerusi menyatakan
tindakan yang mesti diambil ialah gantung tugas selama 2 minggu. Jika kesalahan yang
sama berlaku lagi, pengawas tersebut mesti dilucutkan jawatan.

Makluman

13. Laporan Jawatankuasa SPBT

Buku teks bagi tahun 2018 telah dibuat tempahan. Masalah buku-buku teks yang tidak
mencukupi telah dapat diselesaikan.

Makluman

14. Laporan Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling

Pihak jawatankuasa telah melaksanakan ujian psikometrik untuk murid tingkatan 5. Program
Akur Janji (Program Peningkatan Akademik) akan dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Makluman

15. Laporan Jawatankuasa 3K

15.1 Laporan Unit Keselamatan

6
Lihat Lampiran B

Makluman

15.2 Laporan Unit Kesihatan Dan Pergigian

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh unit Kesihatan Dan Pergigian ialah :

BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH


1. Ceramah Program HPV Peringkat Kebangsaan 25/01/17
2. Suntikan HPV 16/02/17
3. Suntikan ATT
- borang telah diedar kepada murid tinkatan 3.
- borang telah dilengkapkan
- tarikh suntikan belum ditetapkan oleh pusat
kesihatan.

Makluman

15.3 Laporan Unit Kebersihan Dan Keceriaan

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh unit Kebersihan Dan Keceriaan ialah :

BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH


1. Gotong Royong Perdana 14/01/17
2. Gotong Royong Perak Bersih 31/03/17
3. Pertandingan melukis poster sempena Hari Bumi 22 17 – 28/04/17
APRIL 2017 (2 minggu)

4. Pertandingan kuiz / bahas bertemakan kebersihan


sempena MBMMBI (masih belum dilaksanakan).

Makluman

15.3.1 Laporan Jawatankuasa “Rest Room”

Tandas dilengkapi dengan timba dan cebok bagi tandas guru perempuan / lelaki.
Pihak disipiln ada membuat taklimat tentang salah guna tandas kepada pelajar
perempuan sebanyak 2 kali. Pihak jawatankuasa sedang dalam proses membuat
kertas kerja untuk Pertandingan Tandas

Tindakan : Jawatankuasa “Rest Room”


15.3.2 Laporan Jawatankuasa Bilik Darjah

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Keceriaan Kelas,1 Mural
1 Kelas dan Pertandingan Perpustakaan Mini. Sijil akan diberi kepada kelas yang
menang. Pengerusi meminta supaya sijil-sijil yang dimenangi perlu dipamer di
dalam kelas. Kelas yang paling banyak memenangi Pertandingan Keceriaan
7
Kelas akan diberi jamuan pada akhir tahun.

Makluman

16. Laporan Jawatankuasa Majlis Ketua Tingkatan

BKK dari bulan Januari hingga Mac semua telah dikutip, kecuali untuk kelas 5 Sains 2. BKK
kelas ini telah hilang. Tindakan yang diambil ialah kelas diarah untuk memfotostat semula buku.
Kelas yang sering tidak menghantar BKK ialah 2DK2 dan 5 sains 2. Jika keadaan ini berlarutan
Tn. Pengetua akan berjumpa sendiri murid yang bertanggungjawab.

Tindakan : Pn. Intan Suhaila binti Ali

17. Laporan Jawatankuasa KWAPM, Derma Dan Kebajikan

17.1 Pada 5 April 2017 RM 200 telah diserahkan kepada pelajar tingkatan 6A3 Nasuha binti
Ramly kerana kematian bapa. Sumbangan derma untuk Fatin Solehah binti Sulaiman
(6A2), Muhammad Azrul (1DK3) dan Muhammad Irfan (1DK3) belum dapat diserahkan.
Namun pelajar-pelajar ini telah mendapat beras sekampit seorang.

Makluman

17.2 Kupon Makanan Percuma telah diberi kepada murid yang memerlukan seramai 17 orang
(tingkatan 1 – tingkatan 5). Majlis Penyerahan Bantuan Banjir telah berlaku pada 31 Mac
2017. Sebanyak 40 kampit beras yang berharga RM 12.30 sekampit telah dibeli (jumlah
harga RM 492.00). Beras telah diserahkan pada 36 murid yang terlibat banjir pada majlis
ini. Borang Baitulmal sebanyak 374 telah berjaya diserahkan kepada Jabatan Agama
Islam Perak.

Makluman

17.3 Sebanyak 70 orang layak memohon bantuan KWAMP . Melalui e-kasih 2 orang murid
telah diluluskan menerima bantuan KWAMP.

Makluman

18. Laporan Jawatankuasa Kantin

18.1 Laporan Kendiri Kantin :

Bulan Markah
Januari 97 %
Februari 96 %

8
Mac 97 %

Secara keseluruhannya markah penilaian kendiri kantin adalah dalam status baik.

Makluman

18.2 Mulai bulan Mac 2017, Laporan Penilaian Kendiri Kantin telah menggunakan format baru
iaitu laporan secara atas talian (sebelumnya menggunakan buku laporan). Laporan juga
tidak perlu lagi dihantar ke PPD dan PKD. Laporan hanya disimpan di dalam fail sebagai
rujukan.

Makluman

18.3 3 orang pengawas sekolah telah dilantik oleh unit Pengawas sebagai Sahabat Kantin
iaitu :
i) Saw Hooi Lun (5 Sains 1)
ii) Nur Hanifah Syakirah binti Mohd Musa (5 Sains 2)
iii) Muhamad Nur Aizat bin Along Ahmad (3KAA)

Makluman

18.4 Borang aduan dan cadangan bagi kantin telah diedarkan. Sebarang isu atau
penambahbaikan telah disampaikan kepada pengusaha kantin (En. Mohd Aris bin Mohd
Sani) secara bertulis dan lisan.

Makluman

18.5 Pekerja kantin pada setakat ini adalah seramai 9 orang termasuk En. Mohd Aris bin Mohd
Sani. Kesemua pekerja telah mendapat suntikan ubat Typhoid.

Makluman

18.6 Pada 8 April 2017, Pn. Zanariah telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan Asrama
dan Kantin di SK Tok Sajak.

Makluman

19. Laporan Jawatankuasa Kawad Kebakaran

Kawad kebakaran yang pertama akan dijalankan pada 24/05/17 selepas pukul 10 pagi. Kawad
kebakaran yang kedua pula akan diadakan pada bulan Julai. Namun, jika terdapat perubahan,
tarikh kawad kebakaran akan ditetapkan kemudian.

Tindakan : En. Abdul Razak bin Zainol Abidin

9
20. Laporan Jawatankuasa Biasiswa

Bilangan pemegang biasiswa ialah seramai 103 orang (Tingkatan 3, 4 dan 5). Permohonan
biasiswa tahun 2017 melibatkan semua pemegang yang sedia ada dan murid baru yang layak.
Pengeluaran telah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut perancangan. Perjumpaan pemegang
biasiswa dengan Tn. Pengetua akan dilakukan (Tarikh akan ditetapkan kemudian).

Tindakan : Pn. Nor Zuriyatina binti Abu Omar

21. Laporan Jawatankuasa Asrama Desa

Bilangan penghuni asrama sekarang ialah seramai 38 orang. 2 kekosongan akan disimpan
untuk pelajar tingkatan 6. Aktiviti sepanjang bulan April ialah Suluh Prestasi (sebelum PPT), Post
Mortem (selepas PPT) dan pada 27/04/17 (malam) akan diadakan kawad kebakaran untuk
asrama.

Makluman

22. Laporan Jawatankuasa Komuniti ASEAN Dan Perpaduan

22.1 Komuniti ASEAN

Cadangan aktiviti Komuniti ASEAN adalah seperti berikut :

BIL PROGRAM TARIKH DIJALANKAN LAPORAN


1. Pertandingan KUIZ Akan dilaksanakan selepas Belum dilaksanakan
peperiksaan pertengahan tahun
2. Pertandingan Sudut ASEAN Bulan JUN-JULAI Belum dilaksanakan

Pengerusi mencadangkan Komuniti ASEAN bergabung dengan unit Perpaduan untuk


membuat ruangan di papan kenyataan di setiap kelas bagi Sudut ASEAN dan Perpaduan.

Tindakan : En. Tuan Mohd Zaidin bin Tuan Mat

22.2 Unit Perpaduan

Cadangan aktiviti unit Perpaduan adalah seperti berikut :

BIL PROGRAM TARIKH DIJALANKAN LAPORAN


1. Pertandingan Membuat Akan dilaksanakan selepas Belum dilaksanakan
Kolam peperiksaan pertengahan tahun
2. Pertandingan Menghias Akan dilaksanakan pada bulan Belum dilaksanakan
Kelas Sempena Perayaan puasa
Hari Raya
10
Pertandingan Pakaian Akan dibuat pada bulan Belum dilaksanakan
Beragam Satu Malaysia Kemerdekaan

Pengerusi menyatakan pertandingan Pakaian Satu Malaysia tidak perlu diadakan pada
bulan kemerdekaan tetapi dijalankan pada hari rumah terbuka sempena Sambutan Hari
Raya.

Tindakan : Pn. Darisnah Devi a/p Letchymanam

23. Laporan Jawatankuasa APDM

Data-data terkini dalam APDM adalah seperti berikut :

a) Bilangan murid bukan warganegara

Lelaki 1
Perempuan 2
JUMLAH 3

b) Jumlah murid setakat 30 April 2017

Lelaki 401
Perempuan 390
JUMLAH 791

c) Bilangan mendaftar tingkatan 6 rendah 2017

Lelaki 15
Perempuan 44
JUMLAH 59

Makluman

V. HAL-HAL LAIN

i. Program-program yang akan dijalan pada bulan Mei ialah Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6
(02/05/17), Majlis Ihtifal (03/05/17), Program Belia – Pelajar tingkatan 6 Rendah dan tingkatan 5
(09/05/17) dan Forum Remaja MTQ – Peringkat negeri (13/05/17).

ii. Tuan Pengetua memaklumkan pada 28/04/17 adalah majlis persaraan Tn. Hj. Roslam. “Send
Off” akan bermula pada pukul 11 pagi.

iii. Pada Hari Guru (16/05/17) akan diadakan perhimpunan khas. Perutusan akan di baca oleh
Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Pra-U. Sambutan Hari Guru peringkat
sekolah dan Majlis Persaraan En. Abu Hassan bin Kamarudin akan dijalankan serentak iaitu
pada 26/05/17.

iv. Tuan Pengetua juga mengingatkan PPT akan bermula pada 02/05/17. Semua guru perlu
mencapai target dalam “headcount”. Bagi tingkatan 5, OTI3 ialah 5.82. Semua guru juga mesti
mencapai GPMP mata pelajaran masing-masing.

VI. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

11
Disediakan Oleh,

…………………………………
(KHADIJAH BT. ABDUL RASHID)
Setiausaha HEM
SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau

Disemak Oleh,

…………………………………
(HJH. NORIHAN BT. OTHMAN)
Penolong Kanan HEM
SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau

Dikemaskan Oleh,

…………………………………..
(MOHAMAD SUHAIMI BIN TALIB)
Pengetua
SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau

12
13

You might also like