You are on page 1of 1

Format Ulasan Artikel

Perenggan pertama:

- Tajuk artikel
- Nama penulis
- Tahun artikel diterbitkan/ nama jurnal/ bilangan.

Bahagian A : Ulasan Keseluruhan

Berikan ulasan secara umum dengan menyatakan ciri-ciri istimewa/ketara yang terdapat
dalam artikel tersebut.

Bahagian B : Ulasan Khusus

• Kemukakan tesis, persoalan atau isu utama yang dijelaskan penulis.


• Pendapat anda tentang tesis, persoalan atau isu tersebut.
• Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penulis?
• Adakah tesis atau isu yang dikemukakan itu relevan untuk dikaji? Apakah kerelevanan
penulisan tersebut dalam konteks wacana atau kajian semasa?
• Nyatakan sama ada anda setuju atau tidak setuju dengan isi kandungan/dapatan kajian
artikel tersebut? Jika setuju atau tidak setuju, jelaskan mengapa?
• Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penulis sesuai dengan kajian yang
dijalankan?
• Apakah tindakan yang diambil oleh penulis bagi memastikan
keobjektifan/kebolehpercayaan kajian?
• Bandingkan kajian tersebut dengan kajian-kajian terdahulu yang mempunyai persamaan
isu/tema/topik. Huraikan bagaimana kajian-kajian terdahulu menyokong atau tidak
menyokong dapatan kajian penulis artikel tersebut.
• Masukkan hujah-hujah atau pendapat sarjana terkemuka lain mengenai isu atau persoalan
tersebut jika ada.

Bahagian C : Kesimpulan

• Apakah penemuan/ilmu/teori baru yang anda dapati daripada artikel tersebut?


• Jelaskan kepentingan kajian oleh penulis tersebut terhadap kajian mengenai bidang tersebut
secara keseluruhannya dan bagaimana ia dapat membantu pengkaji/penyelidik lain dalam
tema yang sama untuk melakukan kajian lanjutan?
• Apakah contoh kajian lanjutan yang anda boleh cadangkan kepada para penyelidik lain
mengenai tema tersebut?

You might also like