You are on page 1of 4

5.

0 PEMULIHAN TULISAN

5.1 KONSEP PEMULIHAN TULISAN

Pada masa kini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah


ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru
bersama murid-murid lain akan diasingkan dan seorang guru pemulihan ditugaskan
untuk mengajar murid-murid ini. Waktu-waktu pelajaran tertentu telah ditetapkan untuk
memberikan pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yang
ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan mengenai latar belakang
murid, supaya pengajaran yang hendak dijalankan benar-benar sesuai untuk murid
tersebut.

Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah pertama yang harus


dilakukan ialah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran
pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini dinamakan
sebagai “saringan”. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan,
langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus
dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis atau
mengira. Langkah diagnosis akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-
langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

5.2 TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai


kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis
mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah
supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada cara memegang alat
tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak
dan bentuk huruf dengan sempurna.

14
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada kebiasaannya
mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth
(1947) menyatakan bahawa punca utama masalah menulis dalam kalangan murid ialah
masalah ’psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan
perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau
tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak atau terlalu
dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-
lapis.

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan bahawa guru-guru


sekolah rendah haruslah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk
mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul
dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan
untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah
berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas
kertas.

Terdapat juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi
masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.
Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika
dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering
dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau
terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf
mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti


sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini
juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika
guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik
latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

15
5.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam


peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas penulisan. Penerangan, tunjuk
cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap
keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah
model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru
menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan
betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh
guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan
individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika
sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah
pemadam.

5.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah


berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.
Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau
dalam fikirannya. Usaha pengajaran permulaan dalam penulisan pada kebiasaannya
amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti
pengajaran bahasa, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid tersebut
masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau
krayon. Langkah-langkah untuk mengajar memegang pensil, atau krayon adalah seperti
berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengeli¬lingi pensil tersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang

16
bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan
sahaja.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari
dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan
senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan
mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari
telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) pada
kedudukan yang betul.

17

You might also like