You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN BIL. 2/2018

Tarikh : 07.06.2018 (Khamis)


Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Muafakat (Mesyuarat)

HADIR:
1. Pn. Sharmiah bt Hj Abas Guru Besar
2. Pn. Shareen bt Ahmad PK Pentadbiran
3. Pn. Tan Lian Sim PK Hal Ehwal Murid
4. En. TAjul Ariffin B. Mohd Ali PK Kokurikulum
5. Pn. Vijaya A/P Nadarajan Guru Bimbingan Kaunseling
6. Pn. Yusmizar bt Abdul RAzak KP Bahasa Melayu
7. Pn. Jane Kamini A/P Jaya Balan KP Bahasa Inggeris
8. En. Muhammad Norazman b. Ishak KP Pendidikan Islam
9. Cik nur Hidayah bt Aminuddin KP Pendidikan Seni
10. Pn. Dayang Khairulnissa KP Muzik
11. Pn. Rohani Zakaria KP Teknologi Maklumat & Komunikasi
12. En. Sharil Hamdan b. Abdul Samad KP Sejarah
13. En. Fairul Fazzri b. Lajis KP Pendidikan Jasmani
14. En. Norazman b. Mohaidin KP Pendidikan Kesihatan
15. En. Sures A/L Supamaniam KP Matematik
16. En. Mohd Fauzi b. Hanafi KP Rekabentuk & Teknologi Maklumat
17. En. mohd Hazelaihi b. Abdullah KP Bahasa Arab
18. En. Ahmad Khairul b. Awang Hamat KP Pra Sekolah
19. Pn. Yazmin b. Mohd Sani Guru Media PSS
20. En. Ahmad Khairul b. Awang Hamat Penyelaras Pra Sekolah
21. Pn. Noraini bt Kamarudin PT N19 (S/U Mesyuarat)
22. Pn. Norafizah bt Alias Pegawai Aset

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn. Norasikin bt Abdul Rahman KP Sains (Cuti Bersalin)

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada Pengerusi kepada semua yang
hadir ke Mesyuarat Kewangan Kali Ke 3/2017.
Tindakan: Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Kewangan kali 2/2017 diterima.


Dicadangkan oleh : Baini bt Md Ghani (GKMP Teknik & Vokasional)
Disokong oleh : Mazlaina bt Talib (GKMP Sains Matematik)

Tindakan: Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.2 Semua Ketua Panitia telah bersetuju dengan potongan 8% bagi tujuan pembelian
kertas A4, pembayaran juga telah diselesaikan pada 3 Mei 2017.
Tindakan : Makluman

3.2 Pengetua memaklumkan Peperiksaan Jadual Setara untuk Peperiksaan Percubaan SPM dan
Tingkatan 4 sepertimana diarahkan oleh PPD akan bermula pada 21 Ogos 2017.
Tindakan : Makluman

4. PERKARA BAHARU

4.1 Berdasarkan Pelan Strategik Kewangan, pengetua telah merangka program “Jom Terperinci”
untuk meningkatkan prestasi Laporan Audit Kewangan Tahunan dengan objektif meminimakan
daripada berlaku kesalahan akibat sikap leka dan cuai. Program ini akan mendapat sokongan PPD
dan pihak Audit Sekolah disamping merujuk Buku Tatacara Pengurusan Kewangan Kumpulan Wang
Sekolah. Oleh itu, semua ahli mesyuarat diminta untuk lebih teliti dalam kerja-kerja seperti memohon
nota minta, kertas kerja dan lain-lain yang berkaitan.
Tindakan : GKMP, Ketua Panitia,Pembantu Tadbir

4.2 Laporan pemerhatian terhadap Penyata dan Pengurusan Kewangan Tahun 2016 terdapat 3 isu
penemuan yang dilaporkan. Jumlah penemuan telah berkurangan daripada tahun sebelumnya,
tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah berkerjasama bagi memastikan pengurusan
kewangan dan akaun dalam keadaan baik. Pengetua berharap semua AJK memberi perhatian yang
lebih terutamanya pada bahagian pengurusan aset bagi mengelakkan teguran pada masa akan
datang. Antara penemuan audit yang dilaporkan adalah:-

4.2.1 Peruntukan Bantuan Perkapita Mata Pelajaran dibelanjakan tidak mengikut


maksud yang ditetapkan.
Tindakan : Penolong Kanan PPKI

4.2.2 Pemeriksaan fizikal terhadap harta modal dan inventori tidak dijalankan
sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
Tindakan : Guru Aset

4.2.3 Salinan ketiga Pesanan Sekolah yang ditinggalkan di dalam Buku


Pesanan Sekolah tidak dicop “Telah Bayar”.
Tindakan : Pembantu Tadbir
Tindakan segera bagi memberi maklum balas bertulis bagi teguran telah diambil.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

4.3 Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada JPS bagi pembelian komputer untuk
keperluan unit Kurikulum dan Pendidikan Khas. Anggaran kos seunit komputer adalah sebanyak
RM2,000.00. Unit Pendidikan Khas, panitia KHB, Pend. Seni dan Sivik diminta menyimpan wang PCG
masing-masing bagi tujuan ini.
Tindakan : Panitia terlibat, Pembantu Tadbir

4.4 Bagi menampung keperluan mencetak, pihak sekolah bercadang untuk membuat pembelian
ink printer dengan syarikat HCX Global Marketing. Kepada panitia yang memerlukan ink printer boleh
menghantar permohonan Nota Minta dengan kadar segera bagi tujuan tersebut.
Tindakan : Panitia Terlibat

4.5 Puan Rosnah meminta kebenaran untuk membeli ink printer panitia Fizik bagi menampung
keperluan mencetak bahan panitia. Setelah menyemak maksud perbelanjaan, pembelian ink printer
menggunakan wang PCG Mata Pelajaran adalah dibenarkan kerana ianya termasuk dalam alat tulis
habis guna bagi tujuan pembelajaran.
Tindakan : Makluman

4.6 Panitia yang terlibat dengan Modul Peningkatan Prestasi peperiksaan jadual setara boleh
membuat permohonan bagi pembelian kertas soalan mulai hari ini. Sekiranya terdapat panitia yang
tidak mencukupi peruntukan, boleh membuat permohonan dengan pihak PIBG.
Tindakan : Panitia terlibat

4.7 Pindah Peruntukan PCG Antara Matapelajaran KSSM sepertimana arahan Surat KPM ruj :
KPM.800-4/14Jld.13(41) telah dibuat dengan mengambil peruntukan dari mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu ke mata pelajaran baharu Reka Bentuk dan Teknologi sebanyak RM3,629.20 dan
dari Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ke Asas Sains Komputer sebanyak RM2,881.30. Panitia
berkenaan sudah boleh membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang telah diberikan.
Tindakan : Panitia terlibat

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Program Pendidikan Khas Integrasi telah membuat permohonan ke JPS untuk memohon
bangunan kabin tambahan bagi menambah keperluan proses pembelajaran. Pengetua berharap
usaha ini akan membuahkan hasil.
Tindakan : Makluman

5.2 En. Mohd Shahrol bertanyakan status peruntukan tambahan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia RM100, untuk makluman peruntukan ini telah diterima pada hari ini dan boleh memulakan
proses agihan kepada murid yang masih belum terima.
Tindakan : Makluman

6. PENUTUP

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015
SPSK PK 07/3

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua ahli
mesyuarat.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan Oleh,
Setiausaha Jawatankuasa Kewangan
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Tarikh : 31.07.2017

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 1 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2015

You might also like