You are on page 1of 3

AYAT MAJMUK

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua taua lebih ayat-ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan,
atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)

Pemajmukan
Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku
ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama.
Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita
bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya
1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa
seperti bebawang, jejari, kekuda dan sebagainya.
3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, juumudi, kadangkala dan walaupun.
4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi dan hak cipta.
5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
a. kata nama majmuk;
b. kata bilangan majmuk;
c. kata adjektif majmuk;
d. kata kerja majmuk;
e. kata sendi majmuk;
f. kata keterangan majmuk;
g. kata hubung majmuk.
6. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk (air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi dan hak cipta).
7. Kata bilangan majmuk
( tiga puluh, dua pertiga dan dua ratus lima puluh).
8. Kata adjektif majmuk
(aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati dan kelam kabut).
9. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
(angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan dan gulung tikar).
10. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat:
Contohnya : mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
11. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada dansedari.
12. Kata keterangan majmuk antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil
lalu dan sekali sekala.
13. Kata hubung majmuk antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala dan meskipun.

Tugasnya
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar.
Contohnya :
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar.


contohnya :
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim ulama (kata nama)
gulung (kata adjektif) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif ) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)

banyak (kata adjektif ) + mulut(kata nama) banyak mulut (kata adjektif)

lambat (kata adjektif ) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)

Maknanya :
1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut :
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan

2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menajdi
komponennya.

3. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

4. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada buah yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

5. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena mengena dengan buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

6. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

merah jambu mabuk laut lubang hidung


minyak makan orang gaji nenek moyang
udang galah naik takhta tuan rumah
wang saku uji kaji warta berita
harga borong hancur lebur zat air
kongsi gelap lampu duduk lipat ganda
tahan lasak rendah hati sabun mandi
dengki hati pindah tangan rabun jauh
pagar duri sihat akal olah raga
gunung api emas putih gagah berani
esok hari kerak bumi otak depan
kaca mata bakul sampah galah canggah
daya cipta isi perut juling air
hitam manis inti sari cantik jelita
cakera padat batang hidung ikan parang
bahasa pasar adat istiadat alih bahasa

7. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

main angin lepas tangan lemah semangat


embun jantan gaji buta kecil hati
malam buta tali barut panjang tangan
emas kahwin sakit hati pasar gelap
sampai hati habis akal lebar mulut
tanah air gatal mulut kereta api
tumbuk rusuk ibu ayam papas hati
anak baju rendah hati gunung payung
lalat hijau sagu hati patah hati
harga diri tangan besi kata dua
hajat besar gantung kemudi kaki tangan
filem bisu karat hati daun pintu
jalan bahasa datang bulan jauh hati
otak udang timbang rasa isi hati
banyak mulut buah mulut darah daging
mata hati anak emas batu loncatan
anak kunci naik darah nyawa ikan
cekak musang dapur susu bulan madu
akal kancil anak angkat campur tangan
cahaya mata cakap angin

You might also like