You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1/2019

Tarikh : 20 Januari 2019

Masa : 2.00 – 3.00 Petang

Tempat : Bilik Peperiksaan SK Ayer Manis

Pengerusi : Encik Mohd Faizul B Mohd Yusoff

Kehadiran(Bilangan) : 1.Cikgu Mohd Faizul B Mohd Yusoff


2.Cikgu Faisal Bin Edris
3.Cikgu Anitawati A/P Guwindasamy

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Bacaan Al- Fatihah.


1.2 Ucapan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran.
1.3 Ucapan selamat bertugas kepada semua guru Sejarah.
1.4 Berharap apa yang dimesyuaratkan hari ini dapat dilaksanakan.

Tindakan: Makluman semua guru Sejarah

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan dan disahkan tanpa pindaan.

Dicadang oleh : En. Faisal Bin Edris


Disokong oleh : Cik Anitawati A/P Guwindasamy

Tindakan: Makluman semua guru Sejarah

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Perkara-perkara yang dibincangkan

4.1 Encik Faizul mencadangkan agar murid-murid boleh mengakses maklumat


terkini berkaitan Sejarah dan mencari maklumat dengan menggunakan komputer
seiring dengan peningkatan penggunaan ICT.
4.2 En Faisal mencadangkan penggunaan buku praktikal sains dijadikan sebagai
buku tulis. Ini kerana buku itu lebih besar dan mudah untuk melukis dan lain-lain
kerja.
4.3 Cik Anita mencadangkan hasil kerja murid-murid dalam pdpc Sejarah dipaparlan
di ruang sudut sejarah.
4.4 En Faizul mengingatkan berkaitan perbelanjaan panitia dan akan meminta guru-
guru menyenaraikan keperluan untuk proses PdPc mereka.

Tindakan: Makluman semua guru Sejarah

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi memberi pesanan bahawa semua buku latihan murid mestilah ditanda
dan disemak dan semua latihan yang diberi lengkap.

Tindakan: Makluman semua guru Sejarah


6.0 Penutup

6.1 Encik Faizul selaku pengerusi mesyuarat ini sekali lagi telah mengucapkan
terima kasih kepada semua guru Sejarah yang sudi hadir.
6.2 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

........................................

(ANITAWATI GUWINDASAMY)
Setiausaha
Tarikh : 24.01.2019

You might also like