You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENSKORAN MATEMATIK PT3 TAHUN 2018

Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat)


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SMKPI
Pengerusi : Pn. Sharifah Norfazlina binti Sayed Abdullah

Kehadiran : 1) Pn. Punithamalar A/P Munsami


2) Encik Mohan A/L Kathan

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Sharifah Norfazlina binti Sayed Abdullah memaklumkan tentang mesyuarat penskoran
yang telah diadakan di Dewan SMK Batu Unjur pada 17 dan 18 Oktober 2018 telah berjalan
dengan lancar dan guru yang mengikuti mesyuarat tersebut ialah beliau sendiri selaku Ketua
Pentaksir Mata Pelajaran dan Pn Masnizawati.

2. TAKLIMAT TENTANG MESYUARAT PENSKRORAN

2.1 KPMP menyampaikan amanat yang telah disampaikan oleh PPD dalam ucapan beliau tentang
panduan penskoran PT3 iaitu guru perlu mematuhi SOP dalam menanda skrip jawapan calon
dan memastikan SJC ditanda dalam tempoh yang telah ditetapkan.

2.2 KPMP juga memaklumkan tentang pesanan PPD iaitu menekankan integriti dalam menanda
SJC seperti tidak membetulkan jawapan calon, tidak memadam jawapan calon dan menulis
jawapan yang betul, telus dalam memasukkan markah ke dalam sistem, menanda semua SJC
dan memastikan guru mengikut penskoran yang telah ditetapkan.

2.3 KPMP memaklumkan kepada GMP tentang perjalanan penskoran:


1. Mesyuarat penskoran Matematik PT3 peringkat PPD Klang – 17 dan 18 Oktober 2018
2. GMP menanda SJC – 19 Oktober 2018 sehingga 02 November
3. GMP menyerahkan semua SJC kepada KPMP - 02 November 2018
4. Moderasi Pertama oleh KPMP – 02 hingga 09 November 2018
5. GMP menyusun SJC – 09 November 2018
6. Moderasi Kedua oleh PKW – 12 hingga 16 November 2018
7. Memasukkan markah calon ke dalam sistem – 19 November 2018

1
3. PERBINCANGAN PANDUAN PENSKORAN DAN ARAHAN PEMARKAHAN

3.1 KPMP mengetuai mesyuarat tentang arahan pemarkahan dan penskoran bagi setiap soalan
dari soalan 1 hingga soalan 10.
3.2 Encik Mohan bertanyakan tentang penskoran bagi soalan 1(c) iaitu nota ‘K kedua tidak
bergantung kepada K yang pertama’. KPMP memberi respon iaitu jika murid mengira dengan
betul bagi K1 yang kedua walaupun K1 yang pertama tidak mendapat markah, calon masih
mendapat markah. Perbincangan diteruskan bagi setiap ssoalan.

3.3 GMP bertanyakan soalan jika ada kekeliruan dalam menanda jawapan calon.

4. PENUTUP

4.1 Pn Sharifah Norfazlina binti Sayed Abdullah menyampaikan hasrat agar semua guru mata
pelajaran dapat menanda mengikut masa yang telah ditetapkan dan mematuhi setiap
panduan penskoran.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.............................. .....................................
(Pn Sharifah Norfazlina binti Sayed Abdullah) (Pn Nor Haslina Binti Taaron)
Ketua Panitia Matematik, GKMP Sains dan Matematik
SMK Pulau Indah. SMK Pulau Indah

You might also like