You are on page 1of 2

Lapisan dermis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keratan rentas lapisan kulit

Lapisan dermis atau korium merupakan lapisan kedua kulit. Lapisan ini terdiri daripada tisu
penghubung yang berkembang daripada mesoderma iaitu bahagian tengah daripada 3 lapisan
primer embrio. Dermis bertindak untuk menyokong lapisan epidermis dan mengikatnya pada
lapisan dalam, iaitu lapisan hipodermis.

Dermis mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.55 mm dan lapisan yang paling tebal terletak di
bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Lapisan dermis yang paling nipis pula terletak di bahagian
kelopak mata, penis dan skrotum.

Struktur
Dermis terdiri daripada dua lapisan dengan sempadan yang tidak nyata di antaranya.

Lapisan papilari

Lapisan Papilari adalah lapisan yang nipis dan terdiri daripada tisu penghubung yang kendur.
Lapisan ini juga mempunyai sel tisu penghubung seperti fibroblas, sel mast dan mikrofaj.

Bahagian superfisial lapisan papilari ini banyak mempunyai unjuran yang menyerupai jari
dikenali sebagai papila dermis. Papila dermis adalah berselang seli dengan unjuran epidermis.

Lapisan retikular

Lapisan retikular merupakan lapisan yang tebal dan terdiri daripada tisu penghubung yang padat
dengan susunan yang tidak sekata. Ia disebut lapisan retikular kerana berkas serat kolagen yang
terdapat di dalamnya saling berangkai ant satu sama lain yang menyerupai jaring.

Kedua-kua lapisan dermis ini mengandungi jaringan serat kenyal. Serat ini lebih tebal di
bahagian lapisan retikular. Gabungan serat kolagen dan serat kenyal ini memberikan kekuatan,
keutuhan, kebolehan untuk meregang dan memberi kekenyalan kepada kulit.
Lapisan dermis kaya dengan jaringan saluran darah dan limfa. Di beberapa kawasan dermis,
darah mengalir secara langsung dari ateri ke vena melalui anastomosis arteriovena atau pintasan.
Bekalan saraf juga kaya di dermis. Dermis juga mempunyai beberapa terbitan epidermis seperti
folikel rambut, kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

You might also like