You are on page 1of 3

Nurul Wahida binti Hamdan,

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu,


Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Pengarah, 1 Disember
2018
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Melalui dan Salinan,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Batu,
Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
PULAU PINANG.

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA DAERAH BAGI SEKOLAH


RENDAH SESI JANUARI 2019

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat rayuan bagi permohonan
pertukaran antara daerah bagi sekolah rendah sesi Januari 2018.

2. Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut:

Nama: Nurul Wahida binti Hamdan


No. Kad Pengenalan : 840201-10-5290
No. Permohonan : P20181370
No. Fail Peribadi : 43603
Jawatan dan Gred : PPP DG 44
Tarikh Lantikan : 2 Januari 2009
Opsyen : Sains / Bahasa Inggeris / Pendidikan Jasmani
Kelas/Matapelajaran Diajar : Sains / B. Inggeris / Pendidikan Moral

3. Saya amat merayu kepada pihak tuan agar menerima permohonan ini agar
saya dapat ditempatkan di mana-mana sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan.
Tujuan rayuan ini dibuat ialah supaya saya dapat berulang-alik bersama suami saya
yang telah berjaya dalam pertukaran guru bagi sesi Januari 2019 dan ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Taman Merak, Simpang Ampat. Untuk makluman pihak tuan
juga, saya telah dua kali keguguran pada tahun ini iaitu pada bulan Mac dan Julai.
Hal ini amat membimbangkan saya memandangkan doktor telah menasihati saya
tidak dapat melakukan kerja yang berat seperti memandu untuk jarak yang jauh dan
memerlukan pengawasan daripada suami saya. Bersama-sama dengan surat ini,
saya lampirkan surat pengesahan daripada doktor dari Hospital Seberang Jaya
bahawa saya pernah dimasukkan ke wad bersalin dan mendapat rawatan.

4. Kami telah mempunyai rumah sendiri yang telah dibeli pada tahun 2013 lagi
setelah bertukar dari Sarawak. Oleh hal yang demikian, kami lebih selesa untuk
berulang-alik dari rumah ke sekolah walaupun jaraknya lebih 50km sehala. Selain
itu, saya juga menguruskan dua orang anak dan dihantar ke dua tempat yang
berbeza iaitu kepada pengasuh dan tadika. Memandangkan saya terpaksa keluar
dari rumah seawal yang mungkin, saya terpaksa menghantar kepada ibu saya untuk
menguruskan anak saya sebelum anak-anak dihantar kepada pengasuh dan tadika.

5. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Tiada apa yang lebih
membimbangkan saya melainkan keadaan kesihatan dan keselamatan saya. Selain
itu, saya amat merayu agar pihak tuan dapat memberi sedikit belas dan ihsan.

Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

........................................................
(NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN)

sk Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya,
Jalan Permatang Tepi,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
(u.p. Unit Pengurusan Sekolah)

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan,
Jalan Serindit,
14200 Sungai Jawi,
Pulau Pinang.
(u.p : Unit Pengurusan Sekolah)

You might also like