You are on page 1of 37

DUW 1012 – OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH

Report of Hazards

in the Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

By

Name & Matrik

Safety and Health Officer Examination

date
ISI KANDUNGAN

1.0: ABSTRAK 3

2.0: PENGENALAN
2.1 : Latar belakang 4
2.2 : Aktiviti Dan Proses Kerja 6
2.3 : Persekitaran Tempat Kerja 12
2.4 : Hazad Dipersekitaran Tempat Kerja 14

3.0 : OBJEKTIF LAPORAN 11

4.0 : KAEDAH
4.1 : Mengenal Hazard 15
4.2 : Penaksiran Risiko ( Anggaran Dan Penilaian ) 20

5.0 : HASIL DAN PERBINCANGAN


5.1 : Hazard Dikenal Pasti 26
5.2 : Keutamaan Hazard 27
5.3 : Rasional Hazard 34
5.4 : Kesan Kepada PSA 34

6.0 : SARANAN
6.1 : Langkah Kawalan Hazard Keselamatan 38
6.2 : Langkah Kawalan Hazard Kesihatan 40
6.3 : Langkah Semakan Semula 43
6.4 : Manafaat Kepada PSA 45

7.0 : RUJUKAN/ SUMBER 48

8.0 : LAMPIRAN 50

1.0 ABSTRAK

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) adalah sebuah Institusi Pengajian
Tinggi Awam yang telah dinobatkan sebagai Politeknik Premier pada tahun 2010.
Menjadi hasrat kerajaan untuk melihat PSA sebagai peneraju bidang Pendidikan Teknikal
Dan Vokasional (TVET) sekaligus menjadi pembekal kepada sumber tenaga manusia
kepada bidang industri. Politeknik ini telah menghasilkan graduan dari 3 peringkat
kelulusan akademik iaitu sijil, diploma dan juga diploma lanjutan dan akan menawarkan
program peringkat ijazah bermula September 2013. Disamping itu komposisi akademik
pekerja politeknik yang pelbagai bermula dari kelulusan spm sehinggalah peringkat
ijazah memungkinkan scenario pekerjaan di politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah
sangat unik . Objektif tugasan tempat kerja ini adalah untuk menjamin keselamatan dan
kesihatan pekerja Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kaedah mengenalpasti

2
hazad dan risiko telah digunakan bagi tugasan ini, iaitu pemeriksaan tempa kerja,
pemeriksaan keselamatan dan kesihatan, temubual ataupun komunikasi dengan pekerja
yang terlibat dan semakan Laman web (Internet) telah dilakukan. Panduan penggunaan
Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control (HIRARC) digunakan bagi
menilai risiko kualitatif. Terdapat 6 hazad yang telah dikenalpasti yang yang terdiri
daripada 4 hazad keselamatan dan 2 hazad kesihatan. Hazad –hazad tersebut telah
dijadualkan dan dinilai menggunakan kaedah jadual Matrik Risiko bagi mengetahui
hazad yang mempunyai kadar keterukan yang paling kritikal. Disertakan juga saranan
kawalan yang boleh dilakukan bagi mengawal hazad-hazad tersebut dengan
menggunakan Hirarki Kawalan iaitu Kawalan Penghapusan, Penggantian, Pengasingan,
Kejuruteraan, Pentadbiran dan penggunaan Alat Perlindungan Peribadi (PPE). Langkah-
langkah semakan semula juga disertakan bagi memastikan setiap langkah-langkah
kawalan yang dicadangkan tersebut mencapai objektif tugasan ini

2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang Syarikat

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya

dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak di Shah Alam, ibu

negeri Selangor. Berlokasi di Persiaran Usahawan, Seksyen U1, Shah

Alam yang berkeluasan 112 ekar, PSA ialah Politeknik yang ke-8 di

Malaysia dan bermula beroperasi pada Januari 1997. PSA memulakan sesi pertamanya

dengan pengambilan seramai 640 pelajar pada Julai 1997. Kedudukannya di lokasi

strategik dipersekitaran industri dan ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga

kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan

akademik dan perkembangan teknologi. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena

nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah

disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac

2002.

PSA terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Akademik dan sokongan Akademik. Bahagian

Akademik ada 4 jabatan induk yang mengurusan kursus-kursus utama di PSA. Jabatan

3
tersebut ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Disamping itu terdapat 2 jabatan

sokongan yang memberi sokongan jabatan induk. Jabatan tersebut ialah Jabatan

Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer. Manakala bahagian

sokongan Akademik pula disokong oleh beberapa unit dan bahagian seperti Bahgaian

Hal-Hal Pelajar, Perpustakaan, Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan, Unit Peperiksaan,

Unit Pembangunan Dan Senggaraan, Unit Kualiti Dan dokumentasi, Unit Multimedia,

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Psikologi

Dan Kaunseling

PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan

sepoliteknik telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS

ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan

PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Dan pada tahun 2009

telah diakriditasi dan telah melaksanakan sistem QE Quality Environment. Disamping itu

juga PSA telah dinobatkan sebagai salah satu Politeknik Premier pada tahun 2010 yang

mana PSA berada pada kluster kecemerlangan yang tersendiri. Sehingga kini PSA

menawarkan 13 program peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dari pelbagai

latarbelakang pengajian iaitu kejuruteraan dan perdagangan. Bermula sesi september

2013 PSA akan melaksanakan program ijazah sarjana muda dalam bidang Elektronik

Perubatan dan Pengurusan Fasiliti. Manakala pada tahun 2015 salah satu dari 3 Politeknik

Premier ini akan dinaiktaraf menjadi Universiti Politeknik yang lebih mengkhusus kepada

bidang tujahan masing-masing.

4
2.1.1 Carta Organisasi Syarikat

VISI SYARIKAT :

MISI:

MOTO:

5
2.1.2 Dasar Kualiti

PSA komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan

kepada pelanggan melalui kerja berpasukan, kajian semula serta penambahbaikan

berterusan.

2.1.2.1 Objektif Kualiti Syarikat

Mencapai objektif bagi enam bidang kecemerlangan yang telah ditetapkan iaitu :

I. Kecemerlangan Akademik

II. Kecemerlangan Staf

III. Kecemerlangan Kemudahan

IV. Kecemerlangan Pelajar

V. Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan

VI. Kecemerlangan Perhubungan Industri

o Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalam perkhidmatan pendidikan dan

latihan yang berkualiti dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan

o Bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan

penambahbaikan berterusan dalam proses dalam pemantapan sistem kualiti

o Bekerjasama dalam semangat berpasukan.

o Melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis, berketerampilan,

bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada

masyarakat dan negara.

2.1.2.1.1 Kerja Berperancangan

6
Setiap kerja yang dilaksanakan dimulakan dengan perancangan diikuti dengan

pelaksanaan, semakan dan tindakan susulan (plan, check, do, action) Ketelitian dalam

kerja yang bersistematik dan konsisten akan menjamin ketepatan keputusan yang diambil.

2.2 Aktiviti Dan Proses Kerja.

Tugasan tempat kerja ini akan membincangkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara

amali di PSA. Terdapat 3 Jabatan Kejuruteraan yang berbeza bidang pengajiannya iaitu

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan

Awam. Aktiviti amali yang dilaksanakan disetiap jabatan adalah berbeza mengikut bidan

contohnya seperti;

2.2.1 Jabatan Mekanikal-Aktiviti Memotong Besi

Hazad;

 Boleh menyebabkan terpotong, terluka pada anggota badan dan kecederaan fizikal

yang lain,

 Bagi hazad kesihatan pula, pekerja terdedah pada habuk-habuk besi yang boleh

menyebabkan kecederaan pada mata dan masalah pernafasan.

2.2.2 Jabatan Mekanikal-Aktiviti kimpalan (welding)

Hazad;

 Boleh menyebabkan terbakar, melecur pada tubuh badan, meletup sekiranya tidak

dikendalikan dengan baik. Hazad mekanikal juga boleh berlaku dengan aktiviti

memotong besi di mana peralatan memotong boleh tertangal atau pecah. Ini boleh

mengakibatkan kecederaan seperti terluka, tertikam dan kecederaan fizikal yang

lain.

7
 Hazad kesihatan juga boleh berlaku yang mana aktiviti tersebut boleh

menyebabkan pekerja terdedah kepada wasap kimpalan dan juga habuk-habuk

besi.

2.2.3 Jabatan Awam-Aktiviti Mengikat Bata

Hazad;

 Aktiviti ini menyebabkan pekerja terdedah kepada habuk-habuk simen, yang

mana boleh mengakibatkan kepada masalah kesihatan yang serius seperti batuk,

masalah pernafasan dan juga boleh meyebabkan kanser paru-paru pada

jangkamasa yang lama dan kerja berulang-ulang

2.2.4 Jabatan Elektrik- Aktiviti Pendawaian

Hazard

 Aktiviti ini menyebabkan pekerja terdedah kepada luka akibat dari kaedah

pemotongan kabel. Disampin itu juga pekerja boleh terdedah pada kejutan elektrik

sekaligus bololeh meyebabkan berlakunya kebakaran disebabkan oleh litar pintas.

2.3 Persekitaran kerja

Terdapat dua jenis bentuk makmal bengkel untuk aktiviti amali. Setiap tempat kerja

mempunyai persekitaran yang berbeza. Bagi persekitaran makmal berhawa dingin,

kawasan ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan yang baik dan sesuai untuk

melakukan aktiviti amali dengan kondusif . Disamping sistem pengudaraan yang baik.

Manakala bagi persekitaran makmal tanpa hawa dingin. Persekitaran di dalam makmal

agak panas walaupun mempunyai sistem pengudaraan, namun ia masih lagi dirasakan

kurang selesa. Oleh itu, beberapa kipas berdiri disediakan agar pelajar dapat

8
mengurangkan rasa panas. Pencahayaan di kawasan ini adalah baik dan beza di antara

cahaya makmal bengkel jenis hawa dining dengan makmal bengkel jenis tanpa hawa

dingin tidak ketara. Kadang kala kawasan ini akan kurang teratur apabila aktiviti amali

dilakukan, besi-besi menghalang laluan kayu tidak tersusun, batu bata tidak ditempatkan

dengan sempurna. Walaupun sudah dibuat garisan untuk tidak meletakkan barang,

namun kawasan ini agak kecil untuk mengelak perkara itu dari berlaku. Wujudnnya

klasifikasi 2 jenis makmal bengkel ini adalah disebabkan jenis amali yang dijalankan

ianya seperti amali melibatkan kerja-kerja kimpalan, pendawaian dan mengikat bata ia

perlu dilaksanakan di dalam makmal tanpa hawa dingin. Manakala kerja-kerja amali

seperti mematri komponen elektronik, kerja-kerja pemebungkusan dan sebagainya

2.4 Hazard Di Tempat Kerja

Hazard yang terdapat di makmal bengkel adalah seperti risiko terlanggar besi, terbakar

api dan jatuh disebabkan oleh kabel kipas berdiri. Hazard kesihatan pula adalah seperti

wasap yang terhasil akibat aktiviti kimpalan boleh menyebabkan necrosis jika terdedah

terlalu lama.

3.0 OBJEKTIF

Objektif bagi laporan ini adalah untuk mengenalpasti sekurang-kurangnya 6 hazad

keselamatan dan kesihatan di jabatan akademik bagi aktiviti amali di makmal bengkel

termasuk sekurang-kurangnya 2 hazad kesihatan dan menilai serta langkah-langkah

kawalan bagi mengawal hazad-hazad tersebut berdasarkan cadangan-cadangan yang

dicadangkan bagi memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

dapat dilakukan dengan lebih efektif. Secara khususnya WPA ini disediakan untuk

mecapai objektifnya seperti berikut;

1. Mengenalpasti hazad di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi aktiviti kimpalan.

9
2. Menilai keutamaan berdasarkan tahap keterukkan dan pemilihan hazad

keselamatan dan kesihatan yang kritikal secara munasabah .

3. Mencadangkan kaedah yang sesuai bagi mengurangkan risiko terhadap hazad

keselamatan dan kesihatan yang kritikal.

4. Menyarankan langkah-langkah kawalan semula bagi memastikan keberkesanan

langkah-langkah kawalan yang dicadangkan.

5. Mencadangkan keberuntungan yang boleh diperolehi oleh Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah dan warga PSA melalui tugasan ini.

4.0 KAEDAH

4.1 Mengenal Hazard

Hazad boleh didefinisikan sebagai satu sumber atau situasi yang berpotensi

mendatangkan kecederaan atau kemudaratan dalam bentuk kecederaan atau penyakit

kepada seseorang , kemusnahan hartabenda, kemusnahan alam sekitar atau gabungannya.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil bagi mengenalpasti hazad ditempat

kerja. Kaedah-kaedah tersebut boleh dilakukan samaada pemeriksaan berjadual ataupun

pemeriksaan secara mengejut. Tugasan ini akan membincangkan tiga kaedah yang akan

digunakan untuk mengenal pasti hazard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja:

1. Pemeriksaan tempa kerja

2. Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan.

3. Temubual / Komunikasi dengan pekerja.

4. Laman web (Internet).

Adalah penting untuk PSA mencegah semua jenis kemalangan dari berlaku di tempat

kerja. Apabila melakukan pemeriksaan tempat kerja, pegawai keselamatan dan kesihatan

pekerjaan atau komiti keselamatan dan keselamatan perlu mengambil beberapa langkah

10
yang bersesuaian. Ini kerana pemeriksaan tempat kerja adalah satu aktiviti yang perlu

dirancang, di mana tempat kerja perlu di periksa untuk mencari potensi hazard. Setiap

pemeriksaan tempat kerja perlu bersifat proaktif dan bukan reaktif. Proaktif adalah

menyelesaikan apa-apa masalah sebelum ia terjadi. Cara ini dapat menyingkir atau

mengurangkan risiko pekerja terhadap hazard aktiviti makmal sebelum kemalangan

berlaku.

4.1.1Pemeriksaan Tempat Kerja

Pemeriksaan boleh ditakrifkan sebagai pemantauan terhadap fungsi-fungsi didalam

sesebuah organisasi untuk mengenalpasti dan melaporkan apa-apa hazad yang sedia ada

dan yang berpotensi akan berlaku. Ia merupakan salah satu asas utama di dalam

pengurusan hazad ditempat kerja. Antara cara-cara yang paling efektif bagi mengenali,

menilai dan mengawal hazad ialah dengan membuat pemeriksaan keselamatan dan

kesihatan. Melalui cara ini, hazad-hazad dapat dikenalpasti terlebih dahulu sebelum

terjadinya kemalangan atau kemalangan nyaris. Untuk menjalankan pemeriksaan tempat

kerja, penggunaan senarai semak dan melawat kawasan tempat kerja adalah cara terbaik.

Cara ini adalah lebih sistematik dan mudah untuk mencapai objektif pemeriksaan.

Apabila hazard dapat dikesan, penilaian perlu dilakukan terhadap hazard tersebut untuk

mendapatkan kawalan yang sesuai.

Terdapat beberapa jenis pemeriksaan yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian kerja

yang akan lakukan, antaranya:

 Pemeriksaan rutin di lakukan secara rutin dan ia akan merangkumi keseluruhan

tempat kerja sehingga prosedur.

 Pemeriksaan peralatan baru ialah pemeriksaan menyeluruh terhadap peralatan

baru sebelum ia boleh digunakan

11
 Pemeriksaan praoperasi terhadap proses kerja baru atau peralatan khas adalah

penting sebelum kerja dapat dilakukan.

 Pemeriksaan tampak akan dilakukan secara rawak sebagai sebahagian

tanggungjawab terhadap keselamatan.

Secara am, pemeriksaan tempat kerja adalah bahagian penting dan kritikal di dalam

langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di mana ia perlu dilakukan secara kerap

untuk:

 Mengenal pasti dan rekod potensi hazard dan hazard nyata yang terdapat pada

bangunan, peralatan, persekitaran, proses dan praktis.

 Mengenal pasti hazard yang memerlukan tindakan yang segera, sama ada ia

keadaan tidak selamat (unsafe conditions) atau tindakan tidak selamat (unsafe

acts).

 Memastikan kawalan hazard sedia ada berfungsi dengan baik, dan

 Mencadangkan tindakan membetulkan (corrective action) di mana perlu.

4.1.2 Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan

Antara pemeriksaan keselamatan dan kesihatan yang boleh dilakukan dengan

pemerhatian terhadap apa-apa aktiviti harian yang biasa, pematuhan cara kerja selamat,

kekemasan di tempat kerja, pintu dan laluan kecemasan, peralatan kawalan kebakaran,

pematuhan akta-akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lain-lain lagi. Hasil

daripada pemeriksaan ini hendaklah direkodkan dan disimpan untuk kegunaan semasa

pemeriksaan dan maklumat untuk melakukan apa-apa siasatan oleh pihak JKKP.

Maklumat-maklumat daripada rekod ini juga dapat membantu didalam penyediaan dan

penaik taraf apa-apa aspek keselamatan dan kesihatan dimasa hadapan. Kegagalan untuk

12
menganalisa apa-apa penemuan hazad daripada pemeriksaan bermakna kegagalan fungsi

pemeriksaan tersebut.

4.1.3 Temubual dan Komunikasi Dengan Pekerja

Komunikasi merupakan salah satu kaedah yang penting didalam pengenalpastian hazad.

Ini kerana pekerja lebih mengetahui kesukaran proses-proses kerja tersebut dan terdedah

secara langsung dengan hazad daripada proses kerja tersebut. Maklumat-maklumat yang

diperolehi daripada temubual dengan pekerja pula dapat membantu PSA untuk

mengkaji semula proses-proses bagi menilai dan mengawal hazad tersebut dengan

menyediakan langkah-langkah kerja yang lebih selamat dan sihat. Komunikasi dapat

dilakukan didalam bentuk lisan ataupun bertulis. Contoh-contoh komunikasi secara

lisan adalah cara membuat kimpalan secara selamat semasa taklimat dan penerangan

sebelum perlaksanaan makmal. Manakala komunikasi didalam bentuk bertulis pula

adalah melalui laporan makmal yang disediakan pekerja. Moral tinggi yang baik juga

akan dapat dibentuk jika komunikasi yang sihat dilaksanakan. Pekerja akan merasakan

bahawa keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka tidak diabaikan oleh pihak PSA

dan ini akan mendorong mereka untuk menjalankan tugasan dengan lebih baik dan

selamat.

4.1.4 Internet (World Wide Web)

Diantara kaedah yang paling berkesan didalam mencari maklumat berkenaan hazad

keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah melalui laman web. Ini kerana proses

mengenalpasti hazad bukanlah satu proses yang mudah dan mungkin terdapat banyak

kemungkinan hazad yang boleh berlaku. Oleh itu, perkongsian maklumat didalam

13
memperluaskan ilmu dan cara-cara menyelesaikan masaalah berkenaan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan dapat diperolehi dengan cepat melalui kemudahan internet.

Komunikasi juga boleh dilakukan dengan lebih cepat diantara Pegawai Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan dengan bahagian-bahagian yang lain dengan menggunakan kos

yang lebih murah. Maklumat-maklumat lain yang boleh diperolehi melalui laman web

adalah;

a) Peraturan-Peraturan

b) Kod-Kod Amalan

c) Informasi terperinci tentang sesuatu industri

d) Bimbingan dari pengamal Keselamatan dan Kesihatan yang pakar.

Diantara saluran laman web berkenaan Keselmatan dan Kesihatan Pekerjaan, Peraturan-

Peraturan, Kod-Kod Amalan di Malaysia adalah;

1. http://www.dosh.gov.my/Informasi/Akta/act_139.pdf

2. http://www.dosh.gov.my/Informasi/Akta/AktaKeselamatan.pdf

3. http://www.dosh.gov.my

4. http://www.ni my osh.com.

4.2 Petaksiran Risiko (Anggaran Risiko Dan Penilaian Risiko)

Pencegahan kemalangan dapat dilakukan berdasarkan penilaian anggaran risiko dan

penilaian risiko yang telah dianalisis. Proses ini memerlukan pegawai keselamatan

untuk mengenal pasti hazard kemudian hazard tersebut akan dianalisis tahap keutamaan.

Cara yang sistematik untuk menaksir risiko adalah dengan menggunakan satu sistem di

mana risiko dapat dikenal pasti, di anggar dan dikawal dengan menggunakan teknik:

1. Mengenal pasti hazard,

14
2. Anggaran risiko,

3. Kawalan risiko.

4.2.1 Mengenal Pasti Hazard

Risiko boleh didefinisikan sebagai kombinasi kekerapan berlakunya kejadian atau

kemalangan berbahaya dalam jangkamasa atau situasi tertentu dan tahap keterukkan

kecederaan mahupun penyakit kepada kesihatan pekerja, harta-benda, alam sekitar atau

kombinasi yang di atas kesan dari kejadian tersebut.Mengenal pasti hazard dapat

menyenaraikan bilangan hazard yang banyak. Di dalam fasa ini, setiap kemungkinan

hazard akan diambil kira. Kaedah yang akan digunakan di dalam tugasan tempat kerja

ini ialah pemeriksaan tempat kerja, pemeriksaan keselamatan dan kesihatan serta temu

bual dan semakan dari laman web.

4.2.2Anggaran Risiko

Dalam menentukan penaksiran anggaran dan penilaian risiko sesuatu hazad, kaedah

Jadual Matriks Penaksiran Risiko (Kuantitatif dan Kualitatif) boleh digunakan.

Risiko boleh dianggarkan dan dinilai daripada hasil darab antara kekerapan dengan

tahap keterukkan yang telah ditaksirkan.

Risiko(Risk) =Kekerapan (Likelihood) X Keterukkan (Severity)

4.2.2.1 Kekerapan (Likelihood)

Diukur dengan berdasarkan jumlah kejadian kemalangan yang berlaku dalam jangka

masa tertentu seperti harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

4.2.2.2 Keterukkan (Severity)

15
Diukur dengan berdasarkan tahap atau kesan yang berlaku terhadap mangsa yang

terlibat dengan kejadian/kemalangan/penyakit tersebut. Satu standard tahap keterukkan

diwujudkan bagi mewakili setiap tahap kesan kejadian tersebut.

Nilai kebarangkalian dan keterukan diberi berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 serta

hasilnya dirujuk kepada Jadual 3 dan Jadual 4 seperti dibawah.Bagi memudahkan lagi

cara untuk mendapatkan anggaran, satu matriks digunakan dan masih lagi selari dengan

formula yang sama seperti di atas Bahaya dan keterukan untuk setiap hazard akan dapat

di lihat dengan mudah melalui penggunaan matriks risiko seperti di dalam Jadual 3.

Jadual 1 : Nilai kebarangkalian ('likelyhood')

kebarangkalian (L) contoh kadar


Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku
5

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa


4

Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang


3

Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun


2

Tidak dapat dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku
1

Jadual 2: Nilai keterukan (akibat / 'severity')

16
Nilai keterukan (S) Contoh Kadar
Mala petaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan
5
pengeluaran tidak dapat dipulihkan
Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta benda jika
hazard berlaku 4

Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal


3

Ringan Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan kecederaan


kekal 2

Sedikit sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis


rawatan kecemasan
1

Jadual 3: Matrik Risiko

keterukan (S)

kebarangkalian 1 2 3 4 5
(L)

5 5 10 15 20 25

4 4 8 12 16 20

3 3 6 9 12 15

2 2 4 6 8 10

1 1 2 3 4 5

RISIKO PERIHALAN TINDAKAN

1-4 RENDAH

5 - 12 SEDERHANA

15 - 25 TINGGI

17
Sumber : Format diambil dari Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment

and Risk Control (HIRAC), DOSH, Ministry of Human Resources, Malaysia, 2008.

Risiko kualitatif dan keadaan risiko dapat dinilai dan dipersembahkan dalam bentuk

nombor. Di dalam risiko pekerjaan, data kualitatif diubah kepada kuantitatif dan disusun

dalam nilai risiko bernombor (numerical risk value). Dengan melihat kepada Jadual 3,

nombor-nombor disusun mengikut nilai tertentu. Nilai-nilai ini amat berguna untuk

mengenal pasti keterukan sesuatu risiko, membuat keutamaan (prioritize) dan

kepentingan untuk tindakan membetulkan.

4.2.3Kawalan Risiko

Hasil anggaran yang diperoleh dari aktiviti menganggar risiko akan digunakan oleh

pihak pengurusan atau pegawai keselamatan untuk memilih cara mengawal risiko.

Berdasarkan matriks risiko, risiko akan terbahagi kepada tiga aras risiko:

Jadual 4 : Pelan Kawalan keutamaan berdasarkan julat penilaian

Tinggi 15-25 Risiko TINGGI memerlukan tindakan segera untuk


mengawal hazard seperti yang diperincikan dalam
hierarki kawalan. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko
termasuk tarikh siap.
Medium 5-12 Risiko SEDERHANA memerlukan pendekatan
terancang bagi mengawal hazard dan mengguna
pakai langkah sementara jika perlu. Tindakan yang
diambil mestilah didokumentasikan dalam borang
penaksiran risiko termasuk siap.
Rendah 1-4 Risiko yang dikenal pasti sebagai RENDAH boleh
dianggap sebagai boleh diterima dan pengurangan
selanjutnya tidak diperlukan. Walau bagaimanapun,
jika risiko tersebut boleh diselesaikan segera secara
berkesan, langkah kawalan hendaklah dilaksanakan
dan direkodkan

18
Menurut HIRARC, sesuatu risiko yang dikenal pasti sebagai Rendah (tahap 1) dianggap

boleh diterima dan tindakan pengurangan tidak diperlukan. Risiko sederhana (tahap 2)

perlu dikurangkan dengan melakukan tindakan membetulkan dan Tinggi (tahap 3) adalah

sesuatu yang tak dapat diterima.Berdasarkan keputusan yang telah diterima dalam

anggaran risiko, Hierarki Kawalan akan di guna untuk mengawal risiko-risiko tersebut.

Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Penghapusan

2. Pertukaran

3. Kejuruteraan

4. pentadbiran

5. peralatan perlindungan peribadi

4.2.2 Contoh-Contoh Hazad Keselamatan Dan Kesihatan Adalah Seperti Berikut;

Contoh Hazad Risiko


Kemungkinan

Keterukan

Risiko
Hazard

Keselamatan

No.

1. Renjatan elektrik Berpotensi berlaku 3 2 6

disebabkan renjatan elektrik,

penebatan yang kebakaran dan

rosak atau kematian

penyambungan

wayar yang koyak

Penilaian Risiko : 8 = Risiko sangat tinggi. Tindakan segera sebelum operasi bermula

19
Contoh Hazad Risiko

Kemungkinan

Keterukan

Risiko
Hazard

Keselamatan

No.

1. Wasap - Hasil Boleh menyebabkan 2 5 10

daripada kerosakan kepada

pembakaran kerja- paru-paru

kerja kimpalan

Penilaian Risiko 10: Risiko SEDERHANA memerlukan pendekatan terancang bagi mengawal
hazard dan mengguna pakai langkah sementara jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko termasuk siap.

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN


5.1 Hazad Dikenal Pasti

Hasil daripada maklumat yang diperolehi melalui kaedah-kaedah yang digunakan,

antara senarai hazard yang dikenalpasti semasa kerja-kerja mengimpal di jabatan

kejuruteraan mekanikal ialah

No. Hazad

1. Terbakar - Percikan api yang disebabkan oleh kerja-kerja mengimpal

Kejutan Elektrik -Renjatan elektrik disebabkan penebatan yang rosak atau


2.
penyambungan wayar yang koyak

Tiada kekemasan tempat kerja - Kabel elektrik bagi kerja-kerja mengimpal


3.
tidak disusun kemas dan berselerak

Letupan - Kerja-kerja mengimpal dilakukan bersebelahan atau berdekatan


4.
dengan gas-gas yang mudah meletup

5. Ergonomik - Kerja berulangan, postur kerja dan static

20
6. Wasap - Hasil daripada pembakaran kerja-kerja kimpalan

7. Sinaran Ultraviolet - Kesan cahaya dari kerja mengimpal

 Hazad Keselamatan

i. Terbakar

ii. Kejutan Elektrik

iii. Letupan

iv. Tiada Kekemasan Tempat Kerja

 Hazad Kesihatan

i. Ergonomik

ii. Wasap

ii. Sinaran Ultraviolet / Api

5.2 Keutamaan Hazad

5.2.1Hazad Keselamatan

Rujuk borang HIRARC

21
22
5.2.2 Hazard Kesihatan

Kemungkinan

Keterukan

Risiko
Kawalan sedia
No. Hazad Risiko
ada

1 Ergonomik Kesan 1.SOP 2 3 6

Postur kerja, kerja Kesihatan; 2.Latihan

berulang-ulang @ - Kesakitan 3.Jadual

statik bahagian

tertentu pada

tubuh

2. Wasap - Hasil Boleh 1. SOP 2 5 10

daripada menyebabkan 2. Papan tanda

pembakaran kerja- kerosakan amaran

kerja kimpalan kepada paru- 3. PPE

paru 4. Latihan

3.

* Kemungkinan x Keterukan = Risiko

Daripada penilaian diatas, kita ketahui bahawa hazard terbakar mempunyai nilai risiko

hazard keselamatan yang tinggi. Bagi hazard kesihatan pula, nilai risiko yang tertinggi

yang dapat dilihat dari penilaian diatas adalah hazard wasap dari proses mengimpal.

23
5.2.3 Pengkelasan Hazard

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, pengkelasan keutamaan hazard adalah seperti

berikut:

Keutamaan Hazard Indeks Risiko

1 Percikan api yang disebabkan oleh kerja-kerja 12

mengimpal

2 Wasap - Hasil daripada pembakaran kerja-kerja 10

kimpalan

3 Sinaran Ultraviolet - Kesan cahaya dari kerja 9

mengimpal

4 Renjatan elektrik disebabkan penebatan yang rosak 6

atau penyambungan wayar yang koyak

5 Ergonomik 6

Postur kerja, kerja berulang-ulang @ statik

6 Kerja-kerja mengimpal dilakukan bersebelahan atau 5

berdekatan dengan gas-gas yang mudah

7 Kabel elektrik bagi kerja-kerja mengimpal tidak 4

disusun kemas dan berselerak

5.2.3.1 Risiko Teringgi Untuk Hazard Keselamatan Adalah Percikan api.

Kekerapan haba dan percikan api yang disebabkan oleh aktiviti kimpalan boleh

menyebabkan kebakaran jika bahan mudah terbakar atau bahan bakar didalam kawasan

kimpalan dan berhampiran. Kerja kimpalan haruslah dilakukan di kawasan yang mana

bebas dari bahan bakar termasuklah sampah, kayu, plastik, bahan kimia dan minyak.

24
Bahan-bahan yang mudah terbakar juga seperti cecair ethylene dan sebatian alkohol

juga perlulah dijauhkan dari kawasan kimpalan. Percikan api ini boleh menjangkau

kepada bahan-bahan ini dan ianya akan mula terbakar, kemudian ia akan berlaku

tindakbalas sekunder seperti letupan dan kemusnahan fizikal serta harta benda. Percikan

api kimpalan juga boleh menyebabkan melecur.

Percikan api dari proses kimpalan ini juga boleh menjangkau kira-kira 2 meter dan

menyebabkan kepada kebakaran, kejadian ini biasa berlaku apabila aktiviti kimpalan

dilakukan di kawasan yang tinggi yang mana percikan api ini akan berterbangan, yang

mana pengalaman pekerja telah menunjukkan zarah-zarah terbakar ini boleh terbang 2

meter melalui udara dan menyebabkan nyalaan api dan memudahkan kepada kebakaran.

5.2.3.2 Risiko Tertinggi Hazard Kesihatan Adalah Wasap.

Wasap kimpalan merupakan campuran zarah-zarah halus (fumes) dan gas. Berpunca

dari pembakaran dan cairan flux dari elektrod kimpalan dan gas-gas lain yang

bersumberkan dari logam utama atau lapisan logam utama. Kesan kesihatan daripada

pendedahan aktiviti kimpalan adalah sukar dihuraikan kerana wasap mengandungi

banyak kandungan yang diketahui merbahaya. Wasap kimpalan boleh memberi kesan

kepada mana-mana bahagian anggota badan termasuk paru-paru, jantung, ginjal dan

central nervous system (CNS). Pekerja yang merokok adalah lebih berisiko berbanding

dengan pekerja yang tidak merokok.ini disebabkan oleh wasap kimpalan boleh menjadi

pemangkin untuk sel-sel barah menjadi aktif. Walaubagaimanapun, semua pengimpal

serta orang yang berdekatan dengan kerja-kerja mengimpal adalah terdedah kepada

risiko tersebut. Pendedahan kepada wasap kimpalan akan memberi kesan jangka pendek

dan jangka panjang .

25
5.2.3.2.1Kesan jangka pendek (Acute)

Boleh menyebabkan batuk, sesak nafas, brochitis, paru-paru berair dan bengkak dalam

paru-paru. Kesan Gastrointestinal seperti mual, hilang selera makan, muntah,

kekejangan otot perut dan penghadaman yang lembab. Semua ini ada bersangkutan

dengan aktiviti kimpalan. Sesetengah wasap welding contohnya, cadmium boleh

membunuh dalam jangka masa yang singkat. Gas dibebaskan dari proses kimpalan ini

juga sangat merbahaya. Sebagai contoh sinaran ultraungu yang dibebaskan, bertindak

balas dengan oksigen dan nitrogen oksida. Gas-gas ini membunuh dengan kadar dos

yang tinggi ketika pendedahan dan juga menyebabkan radang pada hidung, tekak dan

penyakit paru-paru yang serius.

5.2.3.2.2 Kesan jangka panjang (Chronic)

Pemerhatian yang dibuat menunjukkan pekerja mempunyai risiko yang tinggi untuk

mendapat kanser paru-paru dan berkemungkinan besar untuk mendapat kanser kotak

suara, larynx dan kanser urinary. Keputusan pemerhatian ini jelas tidak memberi impak

yang mengejutkan kerana kuantiti toxicant yang besar di dalam wasap kimpalan, kerana

ia mengandungi agen penyebab kanser seperti Cadmium, Nikel, Beryllium, Chromium

dan Arsenic. Mangsa yang ada penyakit pernafasan yang kronik mempunyai simtom

seperti Bronchitis, Asthma, Pneumonia, Emphysema, Pneumoconiosis (berdasarkan

kepada penyakit berkaitan habuk dan debu), kapasiti paru-paru berkurang, silicosis,

siderosis (penyakit berkaitan dengan debu yang disebabkan dengan iron oksida dalam

paru-paru).

Masalah kesihatan lain yang berkaitan kimpalan adalah:

 Penyakit Jantung

26
 Penyakit Kulit

Pengimpal yang terdedah kepada logam berat seperti Chromium dan Nikel berisiko

tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang. Aktiviti kimpalan juga memberi kesan

kepada sistem pembiakan. Kajian terbaru telah menemui bahawa pengimpal yang

terdedah terutama yang bekerja dengan keluli stainless, berisiko kepada kekurangan

sperma berbanding dengan jenis kerja yang lain. Punca utama yang dikenalpasti adalah

terdedah kepada:

A. Logam seperti:

i.Aluminium

ii.Chromium

iii.

B. Gas Seperti:

i.Gas Nitrogen Oksida

ii.Ozon

C. Haba

D. Sinaran Radiasi

Pengimpal yang mengendalikan kimpalan di atas permukaan yang diselaputi dengan

Asbestos akan menyebabkan Asbestosis, kanser paru-paru dan Mesothelioma.

5.3 Rasional Hazard

Salah satu sebab tugasan tempat kerja ini dilakukan adalah untuk menilai tahap

keselamatan dan kesihatan dalam aktiviti amali kimpalan. Cara yang digunakan dalam

27
menilai risiko ialah dengan mengira semua kemungkinan kecederaan yang dikenal pasti.

Keterukan dan kebarangkalian semua kecederaan kemudian dinilai dan dikelaskan

kepada beberapa aras risiko. Dengan itu, adalah sesuai jika hazard yang kritikal adalah

hazard yang boleh menyebabkan kecederaan teruk (major injury) atau kematian (fatality)

dalam kategori keterukan. Berdasarkan sistem ini, dua hazard kritikal telah dikenal pasti,

iaitu hazard untuk keselamatan dan hazard untuk kesihatan. Kedua-dua hazard ini

perlukan lebih perhatian supaya tahap risiko hazard ini dapat dikurangkan dengan

menggunakan langkah-langkah kawalan tertentu.

5.4 Kesan Kepada PSA

5.4.1 Kesan Hazad Keselamatan

Setiap makmal bengkel mempunyai pelbagai hazard dan setiap hazard boleh

menyebabkan kepincangan dalam perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran PSA.

Oleh itu, setiap hazard perlu di kenal pasti, di nilai dan dikawal. Adalah penting bagi PSA

untuk menyediakan kesungguhan dan menyediakan bantuan kewangan untuk membiayai

keperluan keselamatan dan kesihatan di makmal bengkel kepada semua pekerja. Dengan

menyediakan kawalan terhadap risiko-risiko yang kritikal kepada tahap yang boleh

diterima, risiko untuk berlaku kemalangan akan dapat dikurangkan. Makmal bengkel

yang bebas dari kemalangan dapat memberikan kesan yang positif kepada semua pekerja

yang terlibat. Makmal bengkel yang selamat adalah satu keperluan, jika keperluan

tersebut tidak disediakan, maka PSA telah mempertaruhkan nyawa warga kerjanya.

Selain dari itu, pekerja yang berada di dalam persekitaran yang selamat akan dapat

meningkatkan tahap keilmuan sekaligus dapat mengurangkan kadar tidak hadir di tempat

kerja. Sudah tentu kehadiran pekerja yang konsisten akan membantu kadar

kecemerlangan dan prestij kepada PSA. Disamping itus secara tidak langsung akan

28
meningkatkan imej PSA sebagai peneraju pusat Pengajian Teknikal Dan Vokasional

(TVET).

Apabila hazad tersebut menyebabkan kemalangan, ianya akan mendatangkan kesan

secara tidak langsung kepada organisasi tersebut seperti:

i. PSA terpaksa ditutup atas arahan JKKP untuk membuat penyiasatan sekiranya

berlaku kemalangan serius ataupun kematian.

ii. PSA akan menanggung kos langsung dan kos sampingan kesan daripada

kemalangan tersebut (Teori Bongkah Ais).

iii. PSA akan hilang kredebiliti sebagai institut pengajian tinggi terulung dalam

bidang teknikal dan vokasional

iv. PSA boleh dikenakan tindakan/denda melalui perundangan mengikut Akta

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 iaitu boleh dikenakan denda sebanyak

RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya mengikut seksyen 19 akta tersebut.

v. Mencemarkan imej PSA mengenai komitmennya terhadap aspek keselamatan

pekerja.

vi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar.

vii. Pekerja akan membuat andaian bahawa psa tidak menjaga kebajikan dan

keselamatan mereka.

5.3.2 Kesan Kesihatan

i. Peningkatan cuti sakit

ii. Kos perubatan meningkat akibat pekerja kerap mengambil rawatan perubatan

dimana kosnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan

29
6.0 SARANAN

Pembetulan adalah membetulkan, membuat semula, atau pengubahan terhadap sesuatu

yang tidak betul pada sesuatu yang tidak selaras. Ia akan menghapuskan penyebab ketidak

selarasan, kerosakan atau sesuatu yang tidak dikehendaki dari berulang. Tindakan

pembetulan adalah satu proses reaktif digunakan untuk memberitahu masalah yang telah

terjadi. Ia boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab seperti aduan dari pekerja, audit

dalaman atau keputusan dari pemerhatian dan penilaian.

Di dalam usaha menangani masalah tersebut kita boleh merujuk kepada garis

panduan yang telah digariskan bagi membantu dan mendapatkan kesan yang menyeluruh.

Garis panduan yang dimaksudkan ialah ‘Hiraki Kawalan Risiko’. Terdapat enam (6)

langkah atau bahagian yang terdapat dalam garis panduan tersebut;

 Penghapusan (Elimination)

 Penggantian (Subsitution)

 Pengasingan (Isolation)

 Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control)

 Kawalan Pengurusan (Admin Control)

 Alat Pelindungan Diri (Personal Protective Equipment)PPE

Maka, merujuk kepada langkah-langkah yang tersebut, langkah kawalan hazad yang

terperinci akan dapat diwujudkan dan dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Sebelum memulakan kerja kimpalan adalah penting untuk kita mengenal pasti hazard-

hazard yang ada pada proses kimpalan. Hazard-hazard ini bergantung kepada jenis

kimpalan, bahan (bahan asas logam, permukaan cat dan elektrod) untuk dikimpal dan

keadaan sekeliling (didalam ruang terhad atau di luar). Rujuk MSDS (Material Safety

Data Sheet) untuk mengenalpasti bahan merbahaya digunakan dalam kimpalan dan wasap

yang dijanakan. Pastikan kita tahu bahan kimpalan sebelum mula bekerja. Sesetengah

30
wasap seperti permukaan Cadmium-plated boleh membunuh dalam masa yang singkat

disebabkan oleh kandungan toksik yang tinggi. Selepas mengenalpasti hazard, jalankan

langkah atau kaedah yang disediakan.

6.1 Langkah Kawalan Hazard Keselamatan

Kawalan bagi hazard keselamatan iaitu terbakar boleh dilakukan mengikut langkah-

langkah kawalan (Hierarchy Of Control) seperti dibawah:

6.1.1 Penghapusan (Elimination)

Bagi menghapuskan hazad yang berkaitan dengan aktiviti kimpalan adalah amat

mustahil. Ini kerana setiap aktiviti kimpalan memerlukan api sebagai medium

mencairkan rod kimpalan. Jadi kaedah penghapusan tidak dapat dilaksanakan bagi

aktiviti ini.

6.1.2 Pengantian (Substitution)

Kaedah penggantian juga tidak dapat dilaksanakan kerana cantuman struktur mesin

mestilah dilakukan dengan menggunakan aktiviti kimpalan.

6.1.3 Pengasingan (Isolation)

Setiap aktiviti kimplan memerlukan pengimpal berada berdekatan dengan proses

kimpalan yang akan dilakukan. Jadi risiko terbakar bagi pengimpal tidak dapat

dielakkan.

6.1.4 Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control)

31
Seperti kaedah pengasingan, kaedah kawalan secara kejuruteraan juga tidak dapat

dilakukan.

6.1.5 Kawalan Pentadbiran (Administrative Control)

Kawalan secara pentadbiran merupakan kaedah yang boleh dilaksanakan di dalam

mengawal pengimpal dari hazad terbakar. Oleh itu disarankan disini supaya Prosedur

Kerja Selamat (SOP) diikuti setiap masa untuk pengimpal bagi mengetahui bahaya kesan

dari aktiviti kimpalan yang bakal dilaksanakan. Prosedur ini meliputi pemeriksaan

keadaan sekeliling bebas dari bahaya terbakar (Housekeeping).

6.2 Langkah Kawalan Hazard Kesihatan

Bagi hazad kesihatan pula, langkah-langkah kawalan yang boleh dilakukan bagi

mengawal wasap dari aktiviti kimpalan menjejaskan kesihatan pengimpal adalah seperti

dibawah:

6.2.1 Penghapusan (Elimination)

Kaedah penghapusan bagi menghapusan hazad wasap daripada aktiviti kimpalan tidak

dapat dilakukan. Ini kerana proses pembakaran rod kimpalan mesti mengeluarkan

wasap.

6.2.2 Pengantian (Substitution)

Setiap aktiviti kimpalan mestilah menggunakan rod kimpalan. Pada masa kini masih

tiada lagi teknologi yang selamat dan yang boleh menggantikan rod kimpalan tersebut.

Oleh itu kaedah penggantian ini juga tidak sesuai.

32
6.2.3 Pengasingan (Isolation)

Pengimpal perlu diasingkan daripada rod kimpalan atau sebaliknya . Kaedah ini juga

tidak dapat dijalankan memandangkan pengimpal perlu berdekatan dengan rod

kimpalan bagi mendapat keputusan kerja mengimpal yang baik.

6.2.4 Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control)

Kaedah pengawalan teknikal adalah yang paling baik boleh dilakukan. Beberapa cara

dapat dilakukan dengan kaedah ini seperti dibawah:

 Gantikan bahan merbahaya kepada bahan yang kurang merbahaya. Iaitu dengan

menggunakan bahan bebas Cadmium dan bahan bebas Asbestos.

6.2.5 Kawalan Pentadbiran (Administrative Control)

Pemantauan oleh pensyarah juga penting dalam memastikan setiap pekerja menjalankan

tugas dengan cara yang selamat dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan

baik. Pekerja juga perlu diberi latihan yang sewajarnya sebelum menjalankan aktiviti

kimpalan.

33
PSA dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya seperti yang termktub di dalam

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) seksyen 15(2)(c) iaitu

pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk

memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang

bekerja. Antara kawalan pentadbiran lain yang boleh dilakukan adalah seperti:

i. Mewujudkan analisis kerja selamat (Job Safety Analisis) dan ianya perlulah

dipantau dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti hazard-hazard lain yang

berkemungkinan wujud.

ii. Mempamirkan papan tanda keselamatan di kawasan larangan.

Kelengkapan alat perlindungan diri yang disediakan oleh pihak PSA mestilah selalu

digunakan ketika aktiviti kimpalan. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab pekerja

seperti yang telah dinyatakan didalam OSHA 1994, Sekyen 24(1)(c) iaitu untuk

memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian

perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada

keselamatan dan kesihatannya‟.

 Perlindung mata perlulah dipakai selalu untuk melindungi mata dari cahaya yang

terang, haba, sinaran ultraungu dan objek terbang.

Semua alat pelindungan diri perlulah mengikut spesifikasi yang dibenarkan seperti

SIRIM, ANSI, European Standard dan British Standard

6.3 Langkah Semakan Semula

Di dalam pentadbiran risiko, setiap langkah-langkah kawalan yang telah dilaksanakan

tidak akan menjadi satu titik noktah. Ini kerana, setiap apa yang telah dilaksanakan perlu

34
di semak semula untuk memastikan risiko yang telah dikawal akan terus terkawal. Tidak

ada sistem keselamatan yang sempurna, mungkin langkah kawalan yang digunakan

sekarang sesuai tetapi akan menjadi bencana di kemudian hari. Maka, semakan semula

adalah elemen penting dalam pentadbiran risiko di mana langkah pembetulan dan

Dapatan dari Analisis laporan kemalangan .

6.4 Manfaat Kepada PSA

Daripada kajian yang dijalankan dan langkah kawalan yang dikenalpasti, pihak

PSA perlu mengambil perhatian yang sewajarnya dalam usaha untuk menjaga

keselamatan dan kesihatan warga kerjanya.

7.0 RUJUKAN

i. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) . OSHA 1994,

2009

ii. Akta Kilang Dan Jentera dan Peraturan-Peraturan

iii. ALL ABOUT SAFETY - arc welding

http://www.aboutsafety.com/article.cfm?id=847

iv. CIDB Malaysia, Construction SHO Training Programme Manual, 2004

v. DOSH Malaysia – Guideline

http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload&

view=category&id=1&Itemid=97&lang=en&limitstart=40

vi. Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk

Control(HIRARC). Department of Occupational Safety and Heath (DOSH)

Ministry of Human Resources. 2008

35
vii. HSE UK - welding Health & Safety guide

http://www.hse.gov.uk/welding/index.htm

viii. http://www.cdc.gov/niosh/updates/welddata.html

ix. ISO 8402:2000, Quality management and quality assurance – vocabulary,

BSI

x. NIOSH, Manual Kursus Keselamatan dan Kesihatan Modul 1, 2, 3 dan 4.

2005

xi. NIOSH Malaysia

http://www.niosh.com.my/link.htm

xii. NIOSH USA – Fire Watch

http://www.osha.gov/pls/oshaweb/owadisp.show_document?p_table=STAN

DARDS&p_id=12977

xiii. NIOSH USA - General requirements.

http://www.osha.gov/pls/oshaweb/owadisp.show_document?p_id=9853&p_

table=standards

xiv. NIOSH USA – MSDS

http://www.osha.gov/SLTC/weldingcuttingbrazing/chemicals.html

xv. NIOSH USA - Strategic Research on Welding Identifies Data Needs,

Advances Studies

xvi. Occupational Safety and Health Act 1994. Percetakan Nasional Malaysia

Bhd. 2006

xvii. OSHA. Wood Dust. OSHA 2011

http://www.osha.gov/SLTC/wooddust/index.html

36
37

You might also like