You are on page 1of 18

1

930/4 STPM/S930

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)

MANUAL
KERJA KURSUS SYARIAH (930/4)

SEMESTER 2: JANUARI HINGGA MEI 2019

Buku panduan ini mengandungi 18 halaman bercetak


©Majlis Peperiksaan Malaysia 2019
2

KANDUNGAN

Halaman
1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF 3
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3. PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH (KKS) 4-7
3.1 Arahan KKS
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam
3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
3.6 Tanggungjawab Calon
4. JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8-9
5. FORMAT PENULISAN 9-10
6. STRUKTUR PENULISAN 10
7. GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KKS 10-13
8. LAMPIRAN 14-18
3

1 PENGENALAN
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Kursus
Syariah (KKS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi KKS adalah
sebanyak 20%. Markah pentaksiran KKS diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan
bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2 OBJEKTIF

Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;

2.1 Kemahiran Kognitif iaitu:

(a) Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan
Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak;

(b) Membincangkan cara mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati
atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(c) Mengaplikasi Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) Membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;

(e) Menganalisis isu yang berkaitan Pengajian Fiqh; dan

(f) Mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan
semasa dalam bidang Syariah.

2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:

(a) Mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada
daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(b) Menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan
hasil kajian; dan

(c) Memproses dan menganalisis data.

2.3 Kemahiran insaniah iaitu:

(a) Mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(b) Berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(c) Berupaya menyelesaikan masalah;

(d) Berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(e) Berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(f) Berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel; dan

(g) Berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.


4

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH

3.1 Arahan KKS

(a) Wajib diambil oleh semua calon pada semester kedua.

(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal
pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

(c) Tema tersebut adalah seperti yang berikut:

(i) Jual beli


(ii) Khiyar
(iii) Riba
(iv) Ijarah
(v) Al-Rahn
(vi) Syarikat
(vii) Wakalah
(viii) Wadi'ah
(ix) Hibah
(x) Wasiat
(xi) Praperkahwinan
(xii) Perkahwinan
(xiii) Talak
(xiv) 'Iddah dan rujuk
(xv) Konsep mirath
(xvi) Liabiliti harta pusaka
(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka
(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka
(xix) Qisas
(xx) Diyat
(xxii) Kaffarah
(xxiii) Hudud
(xxiv) Ta'zir
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

(a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata
pelajaran

(b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah
oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS

(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada Majlis
Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan
5

(f) Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan menandatangani
borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan eviden penulisan KKS di sekolah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumukan

(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan
pelaksanaan KKS

(b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM

(c) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan menghantarnya
kepada MPM (u.p: Tuan Haji Kamaruddin bin Kusni)

(d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu

(e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(f) Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan

(g) Membimbing calon dari aspek yang berikut:

(i) Memilih tema;


(ii) Mengenal pasti isu;
(iii) Menetapkan tajuk dan skop KKS;
(iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai; dan
(v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.
(h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(i) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS

(j) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS

(k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan

(l) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu
sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan

(m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3)

(n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Borang tersebut hendaklah
6

dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas


penilaian dilakukan

(o) Memastikan markah Kerja Kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak
menulisnya di dalam eviden kerja kursus calon

(p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan

(q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu

(r) Menghantar salinan BRuMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p: Tuan
Haji KamaruDdin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM,
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Bt. Caves, Selangor). Kegagalan
menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
KKS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4.

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
Perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKS
dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah


ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)
7

(f) Menghantar markah penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah

(g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.

3.6 Tanggungjawab Calon

(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS

(b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu

(d) Melaksanakan tugas yang berikut:

(i) Memilih tema;


(ii) Mengenal pasti isu;
(iii) Menetapkan tajuk dan skop KKS;
(iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai; dan
(v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.
(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa


pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan
boring tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah

(h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah

(i) Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat
yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Masa pembentangan ialah 5 hingga 8 minit sahaja.
8

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon


19 Okt. 2018 Muat naik Manual  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM
Kerja Kursus
28 Januari Pengajaran dan  Menyampaikan taklimat  Menerima tugasan KKS
hingga pembelajaran, tugasan kepada calon dan pemakluman tarikh
26 April 2019 pelaksanaan,  Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KKS
penghantaran, akhir penyerahan KKS  Memahami skop KKS
pemeriksaan dan mengikut arahan MPM  Membincangkan tema,
pembentangan  Membimbing calon isu, tajuk, dan skop KKS
KKS menganal pasti tema dan yang telah dikenal pasti,
memilih isu, tajuk, dan dipilih, dan ditetapkan
skop KKS bersama-sama dengan
 Menjelaskan calon guru
tentang elemen  Merancang jadual kerja
kemahiran insaniah  Mengumpul data dan
yang dinilai maklumat melalui
 Membimbing calon pemerhatian, temu bual,
melaksanakan tugasan dan kaji selidik daripada
 Menilai elemen pelbagai sumber
kemahiran insaniah  Menyusun dapatan (data
 Menjelaskan item-item dan maklumat)
yang dinilai dalam  Memproses data dan
penulisan KKS maklumat – mentafsir,
 Membimbing calon menganalisis, dan
memproses dan membuat hubung kait
menganalisis data antara dapatan yang
 Membimbing calon diperoleh
untuk menulis mengikut  Mempersembahkan data
format yang ditetapkan dan maklumat dalam
bentuk jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
 Membincangkan dapatan
kajian dan menghubung
kaitkannya dengan teori
yang bersesuaian
9

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon


28 Januari Pengajaran dan  Memantau kemajuan hasil  Menghasilkan penulisan
hingga pembelajaran, penulisan calon secara yang lengkap mengikut
26 April 2019 pelaksanaan, berterusan dengan format yang ditetapkan
penghantaran, merekodkan dan  Menyemak dan membuat
pemeriksaan dan menandatangani Borang penambaikan terhadap
pembentangan BRKKC kualiti penulisan KKS
KKS  Membiimbing calon  Menyerahkan KKS
membuat mengikut tarikh yang
penambahbaikan ditetapkan oleh guru
 Menerima KKS daripada  Membentang KKS pada
calon tarikh dan masa yang
 Menilai pembentangan ditetapkan
KKS mengikut skema
yang ditetapkan oleh
MPM
29 April Pengisian dan  Membuat semakan dan  Tidak berkenaan
hingga penghantaran penyelarasan semula
29 Mei 2019 markah melalui e- markah bagi setiap calon
submission  Menghantar markah
KKS calon kepada
MPM menggunakan
perisian e-submission
18 Mac hingga Pemantauan Kerja  Mengemukakan sampel  Tidak berkenaan
3 Mei 2019 Kursus oleh MPM KKS untuk pemantauan
markah oleh MPM
16 Okt 2020 Penyimpanan eviden

5 FORMAT PENULISAN

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) untuk mencari maklumat tambahan

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut format
berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja


(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Tulisan: Jawi/Traditional Arabic (font 16)
(e) Langkau spacing: 1.5
(f) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.
5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk
kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.
10

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi
permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis
dalam satu perenggan. Abstrak hendaklah ditulis menggunakan tulisan Times New Roman
(font 12) dengan single spacing. Tajuk KKS hendaklah ditulis di bahagian atas abstrak.

5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sistem pengarang-
tarikh.

5.7 Sistem penulisan KKS adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon Sekolah (BRKKCS) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKCS) (Lampiran 4)

(e) Kerja Kursus Syariah

5.8 KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan
seperti perkara 5.7 di atas.

6 STRUKTUR PENULISAN

6.1 Kandungan

6.2 Abstrak

6.3 Penghargaan

6.4 Pengenalan – latar belakang dan pernyataan masalah kajian

6.5 Objektif kajian – pernyataan objektif kajian

6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan
kaedah dokumentasi dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan sebagainya.

6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian

6.8 Rumusan dan cadangan

6.9 Senarai rujukan

6.10 Lampiran (jika ada)

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH

7.1 MPM mengemukakan tiga tema

7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop
tugasan daripada tema yang telah dipilih.
11

7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada
kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon sahaja

Contoh:

Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah

Tema 1: Tema 2: Tema 3:

Ijarah Perkahwinan Kaffarah

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

Calon pilih tema 3


Kaffarah

Calon mengenal pasti isu bagi merangka pernyataan masalah kajian


(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon jika
menggunakan kajian lapangan)

Contoh: Masyarakat kurang memahami konsep kaffarah menurut Undang-Undang Jenayah Islam
12

Calon menentukan skop tugasan


(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada KKS yang akan dijalankan. Penjelasan ini
penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan KKS berkenaan. Calon perlu menjelaskan
batasan atau limitasi penghasilan KKS; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat
kajian)
Contoh:
1. Sampel kajian – Masyarakat Muslim Taman Sri Gombak
2. Tempoh kajian – Dari Januari 2019 hingga Mac 2019
3. Limitasi tempat kajian – Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Calon menentukan objektif kajian


(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir
kajian. Penyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif
hendaklah mampu dicapai)
Contoh:
─ Mengenal pasti konsep kaffarah menurut Undang-Undang Jenayah Islam
─ Mengkaji/menganalisis tahap kefahaman masyarakat Taman Sri Gombak mengenai kaffarah
menurut Undang-Undang Jenayah Islam
13

Calon menentukan kaedah kajian


Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah
seperti berikut:
1. Kajian Dokumentasi
Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis seperti buku, majalah, akhbar,
jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet.

2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak
dilakukan. Calon boleh mereka bentuk soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan
objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Borang itu boleh
diedarkan secara rawak/terpilih kepada responden di kawasan kajian.

3. Temu Bual
Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai
bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi
atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan
orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan
lain-lain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat dan orang awam
di tempat kajian.

4. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian
terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian


Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara
permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah
disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus


Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan
dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang
ditetapkan. Calon hendaklah menyatakan kepentingan (signifikan) kajian atau cadangan daripada hasil
kajian yang telah dijalankan.
14

8 LAMPIRAN
Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/
PEMERIKSA

TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA

TARIKH
15

Lampiran 2
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa
kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
16

Lampiran 3
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...................................

Aktiviti dalam Penghasilan


Kerja Kursus Tandatangan Tandatangan
Tarikh Ulasan Guru
Guru Calon
(diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Syariah

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.


17

Lampiran 4
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: …………………………………………….. Angka Giliran: ……………...................
No. Kad Pengenalan: …………………………………….

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Kriteria Pentaksiran Markah Markah Markah
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
A. Penulisan
1. Abstrak 4
2. Pengenalan 4
3. Objektif Kajian 4
4. Kaedah Kajian 4
5. Perbincangan dan Dapatan 20
Kajian
6. Rumusan dan Cadangan 4
7. Senarai Rujukan 3
8. Kemahiran Manipulatif 3
9. Kemahiran Insaniah 4
B. Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan 4
2. Soal Jawab 2
3. Kreativiti 2
4. Keterampilan 2
Jumlah Markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ..............................
Nama: ....................................................................
No. Kad Pengenalan: .............................................
Tarikh: ...................................................................
No. Telefon (sekolah): .......................................
(bimbit): .......................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
18

Lampiran 5
BRuMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Sekolah: ……………………………………………………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Bil Angka Giliran No Kad Pengenalan Markah

10

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar. adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:…………………….……... Tandatangan Pengetua:………………………..…......


Nama : ………………………………………….…............ Nama : …………………………………………..…...
No. Kad Pengenalan : ………………….........…………… No. Kad Pengenalan : ………………………………..
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………… (bimbit) : ………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

You might also like