You are on page 1of 6

Ayat songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada
proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses
pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada
ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana
perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan
atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )


Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi
subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.


(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.


Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b) Pendepanan Frasa Adjektif


i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama


i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan
Subjek Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1

Ayat Biasa:
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)


2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)


2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)


3 1 2
Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)


3 2 1
Di kedai itu membeli buku dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar dalam fikiran anda
untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah
tersebut, tidak ada cara mudah untuk menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual
bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.

PROSES MENGGUNAKAN FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG.


i. iPenggalkan kata atau frasa daripada ayat biasa.
ii. Susun kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda bina.
Ayat biasa.
1 2 3 4 5
Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara
Hasilan pertama:-
Ayat songsang pertama.
4 5 3 1 2
petah berbicara sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan kedua:-
Ayat songsang kedua
3 4 5 1 2
sungguh petah berbicara Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan ketiga:-
Ayat songsang ketiga
5 4 3 1 2
berbicara petah sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh berbentuk seperti di
bawah.

1. Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.


2. Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
3. Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-gugurkan)

KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF

KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF


1. Kata ganti nama diri mesti diulang kaji dari masa ke masa. Jom kita buat ulang kaji dengan
menyenaraikan kata ganti nama diri dalam tempat kosong di bawah.
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua: engkau, kau, kamu, awak, kalian, anda, tuan hamba, tuanku
Kata ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda

2. Subjek bagi ayat mesti dikenal pasti.


Contoh: Ali membaca buku.
Subjek: Ali

3. Kata kerja transitif perlu dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh: Ali membaca buku.
Kata kerja transitif: membaca

4. Objek dalam setiap ayat aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek, kenal pasti objek tepat
sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat pasif.
Contoh 1: Ali membaca buku.
Objek: buku

Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.


Objek tepat: ibu
Objek sipi: buku

5. Ada 3 jenis ayat pasif yang perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang melibatkan subjek
yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.
Contoh:
Saya membaca buku. (aktif)
subjek kata kerja aktif objek
Saya membaca buku

Ayat pasif
objek subjek kata kerja pasif
Buku saya baca
PERHATIAN!
6. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata kerja
berimbuhan di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya membaca buku. (aktif)
Buku dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan engkau tulis. (betul) (pasif)

7. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat
yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud
ayat berubah.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku. (aktif)
Buku sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)

8. Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika
dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan
strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)

(b)
Pada waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)
9. Jika kata ganti nama diri ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan “di...oleh”
digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam ayat pasif.
Lihat contoh di bawah:
Sharifah membaca buku. (aktif)

subjek kata kerja aktif objek


Sharifah membaca buku

Ayat pasif
objek kata kerja pasif subjek
Buku dibaca oleh Sharifah Bahum
Buku dibaca Sharifah Bahum

10. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat
yang sesuai, iaitu sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud
ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)

(b)
Murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)

11. Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika
dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan
strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)

(b)
Pada waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
12. Kekecualian diberikan kepada ayat pasif semu yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana
fungsi makna imbuhan ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu, imbuhan ter- tidak mengalami sebarang
perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama “oleh” ialah unsur wajib ditulis sebelum
subjek ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat contoh di bawah:

Sharifah Bahum terpijak paku. (aktif)


subjek kata kerja aktif objek
Sharifah Bahum terpijak paku.

Ayat pasif
objek kata kerja pasif subjek
Paku terpijak oleh Sharifah Bahum

Paku terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)


Paku terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)