You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

Bil 1 / 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KEMUNTING

TARIKH : 30. Januari 2019

MASA : 1.30 p.m

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Sri Kemunting

KEHADIRAN ;

1. Kamaruzzaman bin Ab Manaf


2. Rahimi bin Husin
3. Eskadar bin Awang

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan
diri dalam mesyuarat Panitia Sejarah buat kali pertama bagi sesi 2019.
1.2. Semua guru dinasihatkan agar terus memberikan komitmen yang terbaik untuk panitia
dan bekerjasama dalam mengatasi segala masalah dan berusaha untuk menjadikan
pelajar memahami sejarah diri dan negara dengan baik.
Tindakan: Semua Guru Sejarah

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1. Guru Besar, En Kamaruzzaman bin Ab. Manaf mengucapkan tahniah kepada semua AJK
Panitia Sejarah di atas pelantikan.
2.2. Panitia merupakan badan yang kuat untuk jalankan aktiviti berkaitan PdPC dan perlu
lebih teliti dalam merancang aktiviti panitia 2019 agar lebih mantap bagi
mempertingkatkan prestasi matapelajaran.
2.3. Harapan beliau tahun 2019 ini prestasi murid tahun 4 hingga 6 dapat ditingkatkan dari
semasa kesemasa.
2.4. Panatia di minta menggunakan duit panatia dengan sebaik mungkin.
Tindakan :Semua Guru Sejarah
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1. En. Eskadar bin Awang selaku setiausaha Panitia Sejarah 2019 membentangkan minit
mesyuarat lalu.
3.2. En Kamaruzzaman bin Ab. Manaf mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh En. Rahimi bin Husin.
3.3. Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.
Tindakan : Makluman

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada perkara berbangkit.

5. PERSEDIAAN PdPc 2019


5.1. Guru-guru diminat merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
untuk menjalankan PdPc.
5.2. Rancangan Pelajaran Tahunan diselaraskan bagi semua guru Sejarah. Sekiranya RPT
dimuat turun dari Internet guru hendaklah ubahsuai mengikut kesesuaian murid SK Sri
Kemunting.
5.3. Rancangan Pelajaran Harian hendaklah disiapkan sebelum PdPc.
Tindakan : Makuman

6. AGENDA PROFESIONAL

6.1. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2019.


6.2. Beberapa aktiviti sepanjang tahun 2019 telah dibincangkan dan dipersetujui dan akan
dijalankan sepanjang tahun.
6.3. Penekanan perlu diberikan kepada pengurusan fail supaya lebih fleksible.
6.4. Pengerusi berharap semua aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang tahun
2019 diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Tindakan : Semua Guru

7. LAPORAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


7.1. Analisa dan Post Moterm berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2018 boleh dilakukan
untuk Penetapan Headcount 2019 iaitu penetapan TOV dan ETR.
7.2. Pengerusi mengingatkan semua rakan guru agar dapat memberikan hasil yang terbaik
untuk semua murid mengikut tahap pencapaian mereka dan meningkatkan prestasi
murid dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Tindakan : Semua Guru
8. PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI ( PKB )
8.1. Guru-guru diingatkan agar selalu membuat semakan buku latihan murid .
8.2. Guru-guru diingatkan agar menghantar buku rekod mengajar pada setiap hari Khamis
dan memastikan ruangan refleksi tidak dibiarkan kosong.
Tindakan :Semua Guru

9. HAL-HAL LAIN
9.1. Pengerusi mencadangkan video PdPC guru matapelajaran di ambil sebagai bahan
tambahan untuk membantu pelajar memperkasakan mata pelajaran Sejarah

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 2.45 PETANG

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................
( En. Eskadar bin Awang ) ( En. Eskadar bin Awang )
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SK Sri Kemunting SK Sri Kemunting

Disahkan oleh,

...............................................
(En. Rahimi bin Husin )
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sri Kemunting

You might also like