You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH ZON TRONG BIL.

1/2018

Tarikh : 26 Julai 2018 (Khamis)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Toh Johan
Kehadiran :
1. En Mohammed Sobri bin Dato’ Hj. Termizi (Pengerusi)
2. Pn Shahpina binti Shahrin SK Toh Johan
3. Pn Norazkiah binti Azahari SK Toh Johan
4. Pn Sharon Ng Huey Yuek SJK (C) Ngai Seng
5. En Hii Kheng Hua SJK (C) Aik Hua
6. Pn Chua Siew Ping SJK (C) Sin Hua
7. Pn Noriza binti Mohd Zain SK Bendang Siam
8. Pn Santha Kumari Muthusamy SJK (T) Ladang Allagar
9. Pn Sharifah binti Bakar SK Changkat Ibul
10. Pn Nor Faeza binti Ramli SK Temelok
11. En Wong Siong Huang SJK (C) Siu Sin
12. En Wee Chun Hong SJK (C) Khay Hwa
13. En Deva Raju a/l K. Subramanian SJK(T)Ldg Getah Taiping
14. Pn Mageswary a/p Muniandy SJK (T)Ladang Temerloh
15. En Ahmad Farhan bin Yusoff SK Sultan Abdullah
16. En Ahmad Azhar bin Sulaiman SK Batu Hampar
17. Pn Cheah Wai Yeng SJK (C) Sungai Rotan
18. Pn Zarinah binti Mat Ali SK Permatang Raja
19. Pn Nuruladhillah binti Mat Zain SK Padang Gajah
20. Pn Nor Haizan binti Mat Noor SK Sungai Tinggi

1. Ucapan Pengerusi Zon (En Mohammed Sobri bin Dato’ Hj. Termizi)
1. Pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan
kehadiran.
2. Beliau memaklumkan bahawa Pertandingan Karnival Sejarah peringkat daerah
telah pun dilaksanakan.
3. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti Panitia
Sejarah Zon Trong bagi tahun 2018.

2. Perancangan Aktiviti Panitia Sejarah Zon Trong 2018


1. Pembinaan Soalan Selaras
Setiap sekolah diminta menghantar 1 set soalan untuk bank soalan Sejarah peringkat Zon
Trong
2. Pertandingan
1. Pertandingan Buku Skrap
 Dijangka akan dijalankan penilaian pada pertengahan November
 Berkisar atau tema kebudayaan
 Tajuk : Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia
 Isi kandungan buku skrap ialah maklumat tentang 3 jenis tarian
yang mewakili 3 kaum yang berbeza
 Pihak sekolah perlu menghantar 2 penyertaan terbaik sekolah
masing-masing untuk bertanding di peringkat zon
 Penyertaan terdiri daripada murid-murid Tahap 2
 Dihasilkan secara berpasangan iaitu 1 kumpulan terdiri daripada
2 orang murid
 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober 2018
 Semua bahan atau maklumat dalam buku skrap wajib di tulis
tangan.

3. Ceramah Kemerdekaan Peringkat Zon Trong


 Cadangan tarikh pelaksanaan ialah pada 13 September 2018
(Khamis)
 Melibatkan 5 orang murid dari setiap sekolah

4. Program RIMUP
 Cadangan pelaksanaan;
Tarikh : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Tempat : SK Toh Johan
Masa : 8.30 pagi
 Pengisian program
1. Pertandingan Seni Kraf Masyarakat Malaysia
2. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
3. Pertandingan Sukan Tradisional
a) lompat ketingting
b) sepak bulu ayam
c) uriyadi
- Penyertaan : anggaran 80 orang murid (8 kumpulan)
: 45 orang murid SK dan 35 murid SJK
: pecahan penyertaan SK ialah 5 orang murid
: pecahan penyertaan SJK
1. SJK (C) Sin Hua – 5
2. SJK (C) Sungai Rotan - 3
3. SJK (C) Ngai Seng – 3
4. SJK (T) Ladang Allagar – 4
5. SJK (C) Khay Hwa – 4
6. SJK (C) Siu Sin – 3
7. SJK (C) Aik Hua – 3
8. SJK (T) Ladang Temerloh – 5
9. SJK (T) Ladang Getah Taiping – 5
 Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang guru pengiring
 Hadiah : Hamper diuruskan oleh guru-guru SJK(C)
Tempat pertama – ketiga RM50x3 = RM150
Tempat keempat – kelapan RM30x5 = RM150
 Makanan murid diuruskan oleh SK Toh Johan (anggaran RM500)
 Peralatan dan sijil diuruskan oleh guru-guru SJK(T)
a) Sijil Pencapaian peringkat zon – untuk murid
b) Sijil Pembimbing peringkat zon – untuk guru pengiring
 Peralatan diuruskan oleh guru-guru SJKT dan dianggarkan
memerlukan peruntukan sebanyak rm150.

3. Hal-hal Lain
1. Pengerusi menjelaskan bahawa lantikan jawatankuasa akan dibuat untuk
melicinkan perjalanan program-program yang dicadangkan.

4. Ucapan Penangguhan
1. Pengerusi memaklumkan bahawa jika segala perancangan dapat dilaksanakan
dengan baik, zon Trong diharap dapat menjadi penanda aras untuk zon-zon
yang lain.
2. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………t.t……………………… …………………………t.t…………………………………
SHAHPINA BINTI SHAHRIN EN MOHAMMED SOBRI BIN DATO HJ TERMIZI
Setiausaha Panitia Sejarah Pengerusi Panitia Sejarah
Zon Trong Zon Trong

You might also like