You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

BERTEKAD BERUSAHA BERJAYA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD RAZALI,


JALAN 13A, AMPANG JAYA, 68000 AMPANG, SELANGOR
S.M
.K
. D RA
ZA
L I NO TEL: 03-42511650 NO FAKS: 03-42510377
AT
O' A H M AD

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 / 2018

Tarikh : 12 JANUARI 2018


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : 34 orang
Nama yang hadir : Rujuk Lampiran
Urus Setia Mesyuarat : Puan Katijah binti Anwarali Khan

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Norwati binti Muhamad
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan.

2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1 Puan Norwati binti Muhamad menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan
kualiti diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2 Puan Norwati menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf. Kandungan yang
ada dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS – PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan
Akademik. Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP). Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK
(Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum) dan Pentaksiran
Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Ke empat-empat komponen ini saling
berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh
merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Pembudayaan PBS – Sarana Ibu bapa.


3.1 Puan Nurmaira binti Ismail meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya
memainkan peranan bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini
memandangkan masih ramai yang belum faham mengenai PBS / PT3. Puan Nurmaira
meminta cadangan-cadangan dari guru.

2.0 No.
Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
Keluaran
02 01 NOVEMBER 2011 00
2

3.2 Ustaz Nurul Effendy bin Osman mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan
diadakan bersama PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu
bapa dan penjaga mengenai PBS.
3.3 Puan Noor Hafidzah binti Jalaluddin mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam
Facebook Sekolah, Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.
3.4 Puan Nurmaira binti Ismail memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali
pertama, pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
mengenai PBS.
3.5 Cadangan dari Ustaz Nurul Effendy bin Osman diterima dan akan dilaksanakan apabila
ada perjumpaan dengan ibu bapa. Mengenai PBS ini, Pihak pengurusan akan sentiasa
memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
3.6 Puan Nurmaira binti Ismail meminta Admin Facebook sekolah memasukkan segala
maklumat mengenai PBS supaya info mengenai dapat disampaikan dengan cepat
sebagai respon kepada cadangan Puan Noor Hafidzah binti Jalaluddin.

4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Januari hingga Mac. Untuk
Segak Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan
diisi dan disiapkan pada akhir persekolahan.

5. Pentaksiran Psikometrik
5.1 Kaunselor Sekolah iaitu Puan Elmi Rozziana binti Abdul Wahab menerangkan
bagaimana pentaksiran Psikometrik dijalankan.
5.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir sepanjang tahun.
5.3 Puan Elmi Rozziana binti Abdul Wahab memaklumkan bahawa, pentaksiran ini
dijalankan samaada pada hari persekolahan dan bukan hari persekolahan. Untuk itu,
beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi menjayakan pentaksiran ini.

6. Penubuhan Jawatankuasa PBS


6.1 Setiausaha PBS – Puan Katijah binti Anwarali Khan menayangkan Slaid Jawatankuasa
PBS 2018.
6.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
6.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


7.1 Setiausaha PBS – Puan Katijah binti Anwarali Khan menerangkan bagaimana sistem
penyimpanan evidens bagi setiap tingkatan.
7.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.

1.0 No.
Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
Keluaran
02 01 NOVEMBER 2011 00
3

7.4 Puan Katijah memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari P/SU PBS – Puan Norsuria binti
Abdul Aziz
7.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM.
Perekodan gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dbuat pada akhir tahun nanti.

8. Hal –hal lain


Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

1.0 No.
Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
Keluaran
02 01 NOVEMBER 2011 00

You might also like