You are on page 1of 2

PHUVANAH RAVINTHARAN

REFLEKSI ( MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA )

Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan india.
Ketiga-tiga kaum ini mempunyai makanan tradisional mereka tersendiri yang melambangkan
identiti kaum masing-masing. Selalunya makanan tradisional ini dihidangkan pada waktu
perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Sejajar dengan ini, unit
kami iaitu unit bimbingan dan kaunseling telah menyertai aktiviti menyediakan makanan
tradisional yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tutorial kami pada 11/02/2019.

Rakan-rakan yang terdiri daripada kaum cina telah bersatu padu dalam menyediakan
hidangan yang dinamakan “Tang Yuan” atau bebola pulut. Bebola tersebut menarik perhatian
rakan-rakan lain kerana bebolanya berwarna-warni. Kami tidak pernah merasai hidangan
tradisional kaum cina tersebut sebelum ini. Pada masa yang sama, kami sangat teruja untuk
melihat hasilnya. Bebola tersebut direbus dan kemudian dimasukkan ke dalam air halia. Rasa
hidangan juga amat menarik.
PHUVANAH RAVINTHARAN

Saya dan rakan-rakan saya pula mewakili kaum india dan membuat persiapan untuk
menyediakan satu hidangan manis yang sentiasa dihidangkan dalam upacara-upacara kaum
India. Nama hidangan tersebut ialah “Kesari”. Ia dihasilkan dalam warna kuning selalunya.
Rasanya manis seolah-olah ia akan memberi kenangan manis kepada semua. :Kesari
merupakan hidangan yang paling senang untuk disediakan kerana ia dijual dalam bentuk
“instant”. Walaubagaimanapun, ia mempunyai resepi khas yang akan memberi rasa yang
sungguh enak. Kami mengambil masa kira-kira 5 minit untuk menyediakan hidangan ini.
Rakan- rakan kami juga suka akan hidangan ini.

Akhirnya, rakan-rakan kaum melayu pula bersungguh-sungguh dalam menyediakan


cucur yang amat dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, kami amat
menunggu untuk makan cucur bawang yang enak. Walaupun bahan ini tidak memerlukan
bahan yang banyak, namun rasanya sungguh sedap. Kami membantu untuk menggoreng
cucur tersebut dan cucur itu dihidangkan bersama sos cili. Ketiga-tiga hidangan tradisional
memberi satu pembelajaran baharu dan ini mengeratkan lagi hubungan kami.

You might also like