You are on page 1of 5

Polisi Keselamatan Murid Pergi dan Balik Sekolah

1. Data cara pelajar ke sekolah.

2. Kaedah Pemantauan yang terancang

3. Rekod Kemalangan

4. Tatacara Murid, Tatacara Guru dan Tatacara Ibu Bapa

5. Kaedah yang terancang mempromosikan semua polisi PPKS kepada warga sekolah , ibu bapa dan

komuniti

6. Pelan kawasan berisiko sekita sekolah

7. Pelajar mematuhi tatacara pergi dan balik sekolah

8. Polisi diterima , difahami ,dihargai dan penglibatan sepenuhnya oleh warga sekolah , ibu bapa,
pelajar dan

komuniti luar.

9. Polisis mematuhi kehendak undang-undang.

10. Semua tatacara tindakan menghadapi krisis dipamer , dijelaskan,difahami dan mesra pengguna.

11. Sistem kwalan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah.

Polisi Pengurusan Keselamatn Dan Tatacara menghadapi Krisis

1. Sistem kawalan keluar masuk sekolah ( Buku Rekod Pelawat , Buku

Kebenaran Membawa Pelajar Keluar dan lain-lain )

2. Sitem Kawalan Keluar masuk Kelas

3. Sistem Pengenalan yang berkesan untuk murid, kakitangan dan pelawat.

4. Sistem telekomunikasi yang berkesan.


5. Nombor-nombor telefon semua pihak yang berkaitan semasa krisis dipamerkan dengan jelas di
tempat

yang sesuai.

6. Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.

7. Kerjasama anatara pihak polis ,pengawal keselamatan sekolah , sukarelawan sebelum,semasa dan

selepas waktu persekolahan.

8. Warga sekolah dapat menyatakan dan menjelaskan tatacara menghadapi

Krisis .

9. Perhimpunan Sekolah ( Mingguan / harian )

- Laporan Perhimpunan Mingguan / harian

- Penglibatan murid

POLISI : KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT


A) MATLAMAT

1- Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi.

2- Memupuk minat membaca di kalangan murid.

3- Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa waktu pagi.

4- Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di waktu pagi.

B) RASIONAL.

1- Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi.

2- Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi.

3- Harta benda murid hilang di waktu pagi.

4- Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya anaknya semasa di sekolah.

C) POLISI

Memastikan murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang
selamat pada waktu pagi.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1- Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada waktu pagi.

2- Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan optimis.
3- Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri murid-murid.

4- Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap keselamatan anak mereka ketika berada di
sekolah.

E) TATACARA UNTUK MURID

1- Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid tertakluk dengan peraturan-peraturan
yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah.

2- Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan

3- Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas.

4- Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan kelas sehingga
loceng dibunyikan.

5- Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin ( terutamanya murid RMT ), Dataran Murni
dan Dataran SKBE.

6- Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti seperti berbincang dan membaca
nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan persekolahan.

7- Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan.

8- Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa selamat.

9- Murid akan mendengar dan meneliti buku displin / peraturan sekolah yang akan di bacakan
sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh guru mengikut keadaan semasa.

10- Murid diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan.

11- Guru bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa.

12- Perhimpunan akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah.

F) PERANAN PENGAWAS.
1- Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang ditetapkan.

2- Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid supaya berdisplin di waktu pagi.

3- Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara yang berfaedah di waktu pagi.

4- Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada guru bertugas sekiranya berlakunya
kecederaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

G) PERANAN GURU BERTUGAS.

1- Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi tatacara di waktu pagi supaya tidak
berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.

2- Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan tingkahlaku murid.

3- Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca buku
dengan senyap, perbincangan dan sebagainya.

4- Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru perlu segera menegur atau memberi
amaran kepada murid tersebut.

5- Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan segera.

H) TATACARA UNTUK IBUBAPA.

1- Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.

2- Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar pintu pagar sekolah.

3- Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa urusan.

4- Ibubapa dikehendaki mematuhi tatacara di waktu pagi.

You might also like