You are on page 1of 19

Berdasarkan petikan rencana yang anda pilih itu, huraikan cara-cara

pengeluaran bunyi-bunyi vokal.

Bunyi- bunyi yang dihasilkan oleh getaran pada pita suara akan mengalami
perubahan bentuk lain di sepanjang aliran arus bunyi. Semua bunyi vokal
merupakan bunyi bahasa. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa
menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga
mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh
menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Pita suara merupakan alat yang penting sekali
dalam penghasilan bunyi vokal. Selain pita suara alat artikulasi lain yang terlibat
secara langsung dalam penghasilan bunyi vokal iaitu lidah, bibir, dan lelangit lembut.

Lidah berfungsi sebagai menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan
tugas ini penting dalam menentukan kualiti vokal. Bibir pula mungkin dihamparkan
atau dibundarkan menurut kadar yang sesuai bagi sesuatu vokal yang dihasilkan.
Selain itu, lelangit lembut pula menghalang udara daripada mengalir masuk ke
rongga nasal ( hidung ) dan dengan ini udara hanya dibenarkan masuk ke rongga
mulut.

Bahasa melayu mempunyai lapan bunyi vokal iaitu [ i ], [ e ], [ ε ], [ a ], [ u ],


[ o ], [ ‫] כ‬, dan [ ə ]. Perbezaan bunyi antara satu vokal dengan vokal dengan vokal
yang lain ditentukan oleh keadaan lidah, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah
atau rendah. Vokal bahasa melayu dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu vokal
hadapan, vokal belakang, dan vokal tengah.

Berdasarkan rencana yang saya kaji mempunyai pelbagai jenis bunyi vokal.
Bunyi vokal yang pertama ialah vokal depan luas/ lapang [ a ].
1. Vokal depan luas / lapang [ a ]
Semasa mengeluarkan bunyi vokal [ a] keadaan bibir menjadi hampar.
Hadapan lidah pula diturunkan serendah mungkin. Kemudian, lelangit lembut
berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.
Seterusnya, udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga
mulut. Pita suara digetarkan dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].

Sebagai contoh:
 Walaupun, kemerdekaan yang dicapai oleh negara ini sering diuar-
uarkan sebagai hasil perjuangan di meja rundingan dan bukan di
medan perang, namun ia tetap menurut bukan sedikit pengorbanan
rakyatnya daripada pelbagai kaum dan agama serta wilayah kediaman
untuk membolehkan mereka hidup sebagai warga sebuah negara
yang berdaulat lagi bermaruah.

Awal Tengah Akhir


agama warga negara
- kaum mereka

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan


luas atau rendah [ a ].
2. Vokal depan separuh sempit [ e ]
Tambahan pula, bagi menghasilkan bunyi vokal [ e ] pula, keadaan bibir
menjadi hampar. Kemudian, hadapan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gigi
gusi. Manakala, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk
menutup bahagian rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara pula
digetarkan. Bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [ e ].

Sebagai contoh:
 Walaupun, kemerdekaan yang dicapai oleh negara ini sering diuar-
uarkan sebagai hasil perjuangan di meja rundingan dan bukan di medan
perang, namun ia tetap menurut bukan sedikit pengorbanan rakyatnya
daripada pelbagai kaum dan agama serta wilayah kediaman untuk
membolehkan mereka hidup sebagai warga sebuah negara yang
berdaulat lagi bermaruah.

Awal Tengah Akhir


- meja -
- kemerdekaan -

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan


separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].
3. Vokal depan sempit [ i ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] keadaan bibir menjadi hampar.
Hadapan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras,
Sementara, hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.
Kemudian, pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilakan pula ialah bunyi [ i ].

Sebagai contoh:

 Melalui tulisan yang dihasilkan, pembaca dihidangkan dengan


pelbagai fakta dan kisah yang digarap mengikut cita rasa dan
maklumat penulisnya.
 Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus tentang nama
Malaysia, namun Tunku membayangkan dengan jelas bahawa beliau
ingin melihat Persekutuan Tanah Melayu.
 Ia adalah kesinambungan kepada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu
daripada Inggeris pada 31 Ogos 1957.
 Ini kerana ia berpandukan rekod rasmi berkaitan sejarah, sumbangan
penduduk pribumi Sabah serta detik-detik penting yang mewarnai
penubuhan Malaysia.

Awal Tengah Akhir


ingin kisah pelbagai
inggeris cita rasmi

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal


depan sempit [ i ].
4. Vokal belakang separuh sempit [ o ]
Namun begitu, semasa menghasilkan bunyi vokal [ o ] keadaan bibir
menjadi bundar. Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang
dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Kemudiannya, anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut. Manakala, pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan pula
ialah bunyi [ o ].

Sebagai contoh:

 Maklumat yang terkandung menunjukkan bahawa walaupun alasan


Tunku itu adalah logik, namun ada pihak membuat andaian bahawa
beliau mungkin ingin memperluaskan saiz Negara dan kuasa
politiknya.
 Laporan Suruhanjaya Siasatan Borneo Utara dan Sarawak 1962.
 Bahagian Pembangunaan Organisasi dan Teknologi, Akrib Negeri
Sabah.

Awal Tengah Akhir


Organisasi politik Borneo

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang


separuh sempit [ o ].
5. Vokal belakang sempit [ u ]
Manakala, vokal [ u ] dihasilkan dengan keadaan bibir bundar.
Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi
tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Selepas itu, anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita
suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [ u ].

Sebagai contoh:
 Kuala Lumpur pada pagi Isnin 16 september 1963 dan upacara
Sambutan di Padang Bandar Jesselton pada hari yang sama.
 Seperti negeri lain, Sabah juga mempunyai sejarah dan sumbangan
tersendiri dalam merealisasikan penubuhan Malaysia.
 Ia adalah kesinambungan kepada sejarah kemerdekaan Tanah
Melayu daripada Inggeris pada 31 Ogos 1957.

Awal Tengah Akhir


upacara sumbangan melayu

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang


sempit [ u ].
6. Vokal belakang separuh luas/lapang [ ‫] כ‬
Keadaan bibir menjadi bundar. Belakang lidah mestilah dinaikkan
separuh luas rendah. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Seterusnya,
udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Bunyi
yang dihasilkan pula ialah bunyi [ ‫] כ‬.

Sebagai contoh:
 Oleh itu mereka berpendapat bahawa pasti ada sesuatu yang cuba
disembunyikan oleh Tunku apabila beliau membuat kenyataan
tersebut.

Awal Tengah Akhir


oleh - -

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal


belakang separuh luas [ ‫] כ‬.
7. Vokal tengah [ ə ]
Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah
dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut.
Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk
menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara
disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi [ə] akan
dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di
pertengahan perkataaan sahaja.

Sebagai contoh:

 Seperti negeri lain, Sabah juga mempunyai sejarah dan sumbangan


tersendiri dalam merealisasikan penubuhan Malaysia.

Awal Tengah Akhir


- sejarah -
- negeri -
Berdasarkan petikan rencana yang anda pilih itu, huraikan cara-cara
pengeluaran enam (6) bunyi konsonan yang berlainan.

Selain bunyi vokal, rencana ini mempunyai bunyi konsonan. Bunyi konsonan
merupakan selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan
atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Bunyi-bunyi konsonan
mungkin bersuara dan mungkin tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud
konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara. Konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil
apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu.
Memang tidak dapat dinafikan, konsonan boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu
konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli merupakan konsonan yang
sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan
adaptasi oleh penutur. Terdapat 19 bunyi konsonan melayu asli. Manakala, bunyi
konsonan Melayu pinjaman mempunyai lapan bunyi konsonan.
Di samping itu, penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-
daerah artikulasi iaitu dua bibir, gusi, gusi lelangit keras, lelangit lembut, rongga
hidung, glotis, dan pita suara. Bunyi konsonan yang terdapat dalam rencana
tersebut ialah konsonan letupan dua bibir [ p ], konsonan letusan lelangit keras
bersuara [ j ], konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], konsonan getaran gusi
bersuara [ r ], konsonan sisian gusi bersuara [ l ], dan konsonan sengau dua bibir
bersuara [ m ].
1. Bunyi konsonan [ p ]
Bunyi konsonan [ p ] merupakan konsonan letupan dua bibir tidak
bersuara. Bagi menghasilkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan rapat ke
belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke
rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Udara daripada paru-paru
disalurkan melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Selepas itu,
sekatan udara itu dilepaskan. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
tidak bersuara [ p ].

Sebagai contoh:
 Negara ini mempunyai ramai pentadbiran berpengalaman dan
berpendidikan tinggi untuk mengemudinya ke gerbang kejayaan.
 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap pada majlis anjuran
Persatuan Wartawan-wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura pada 27 Mei 1961.
 Berbalik kepada peranan rakyat dan pemimpin Sabah termasuk
Donald Stephen.

Awal Tengah Akhir


pentadbiran kepada ucap

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan


konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ].
2. Bunyi konsonan [ j ]
Bunyi konsonan [ j ] ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara.
Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut
dinaikkan rapat ke bahagian rongga tekak. Pita suara dirapatkan. Kemudian,
arus udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara. Maka, bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
keras gusi bersuara [ j ].

Sebagai contoh:
 Persekutuan Malaysia telah banyak diperkatakan dalam pelbagai
penerbitan termasuk akhbar, buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
 Bahagian tiga pula memuatkan petunjuk kepada berita.

Awal Tengah Akhir


jurnal petunjuk -

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan


letusan lelangit keras bersuara [ j ].
3. Bunyi konsonan [ s ]
Bunyi konsonan [ s ] adalah konsonan geseran gusi tidak bersuara.
Oleh itu, hadapan lidah dinaikkan ke bahagian gusi supaya dapat membuat
sempitan udara keluar. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke
bahagian belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru
ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Udara yang keluar melalui sempitan depan lidah
dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara
[ s ].

Sebagai contoh:
 Bahagian ini turut memuatkan laporan terperinci tentang kemeriahan
upacara pengisytiharan penubuhan Malaysia oleh Tunku di Stadium
Merdeka.
 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap pada majlis anjuran
Persatuan Wartawan-wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura pada 27 Mei 1961.
 Melalui tulisan yang dihasilkan, pembaca dihidangkan dengan pelbagai
fakta dan kisah yang digarap mengikut cita rasa dan matlamat
penulisnya.

Awal Tengah Akhir


stadium rasa majlis

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan


geseran gusi tidak bersuara [ s ].
4. Bunyi konsonan [ r ]
Bunyi konsonan [ r ] adalah konsonan getaran gusi bersuara. Bahagian
hujung lidah dinaikkan ke gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
bahagian belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. Kemudian, pita suara dirapatkan. Udara keluar
daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke
gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan [ r ].

Sebagai contoh:
 Persekutuan Malaysia telah banyak diperkatakan dalam pelbagai
penerbitan termasuk akhbar, buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
 Maklumat berkenaan diselitkan melalui novel atau naskhah drama dan
filem.
 Ini kerana ia berpandukan rekod rasmi berkaitan sejarah.

Awal Tengah Akhir


rekod drama akhbar

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan


geteran gusi bersuara [ r ].
5. Bunyi konsonan [ l ]
Bunyi konsonan [ l ] merupakan konsonan sisian gusi bersuara. Hujung
lidah dikenakan ke bahagian tengah gusi. Seterusnya, lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Arus
udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara. Kemudian, arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja untuk
menghasilkan bunyi konsonan [ l ].

Sebagai contoh:
 Bahagian tiga mengandungi panduan mengenai laporan akhbar
berkaitan peristiwa berkenaan.
 Maklumat berkenaan diselitkan melalui novel atau naskhah drama dan
filem.
 Persekutuan Malaysia telah banyak diperkatakan dalam pelbagai
penerbitan termasuk akhbar, buku, jurnal, majalah dan sebagainya.

Awal Tengah Akhir


laporan filem jurnal

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan


sisian gusi bersuara [ l ].
6. Bunyi konsonan [ m ]
Bunyi konsonan [ m ] merupakan konsonan sengau dua bibir bersuara.
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas untuk membuat sekatan pada arus
udara. Lelangit lembut berada dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat
ke belakang rongga tekak. Kemudian, arus udara dari paru-paru masuk ke
rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk
membuat getaran dan arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Sebagai contoh:
 Walaupun, kemerdekaan yang dicapai oleh negara ini sering diuar-
uarkan sebagai hasil perjuangan di meja rundingan dan bukan di
medan perang.
 Ia adalah kesinambungan kepada sejarah kemerdekaan Tanah
Melayu daripada Inggeris pada 31 Ogos 1957.
 Seperti negeri lain, Sabah juga mempunyai sejarah dan sumbangan
tersendiri dalam merealisasikan penubuhan Malaysia.

Awal Tengah Akhir


melayu kemerdekaan dalam

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan


sengau dua bibir bersuara [ m ].
Berdasarkan petikan rencana yang anda pilih itu, huraikan cara-cara
pengeluaran bunyi-bunyi diftong.

Memang tidak dapat dinafikan, rencana tersebut mempunyai bunyi-bunyi


diftong. Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa
Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Pendapat Arbak Othman, 1986
diftong merupakan rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncuk kelantangan
yang tatkala menghasilkannya tidak ada hentian sebenar atau ‘hiatus’ yang
memisahkan kedua-dua vokal binaanya.

Bahasa melayu mempunyai tiga jenis bunyi diftong yang standard, iaitu [ ai ],
[ au ], dan [ oi ]. Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong hanya terdapat pada
suku kata kedua atau suku kata terakhir bagi suku kata terbuka. Kedudukan diftong
[ ai ] dan [ au ] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong
[ oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.

Diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem
vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Bunyi vokal pertama lebih nyaring, lebih
panjang dan lebih tekanan daaripada vokal kedua.
1. Diftong [ ai ]
Semasa membunyikan diftong [ ai ] keadaan bibir agak terhampar.
Selain itu, hujung lidah terkena ke gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan
seperti membunyikan vokal depan rendah [ a ]. Lidah secara cepat
digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [ i ]. Oleh itu,
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hingga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar
ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

Sebagai contoh
 Bagaimanapun, buku keranamu Malaysia terbitan Arkib Negeri
Sabah ini, lain daripada yang lain.
 Melalui tulisan yang dihasilkan, pembaca dihidangkan dengan
pelbagai fakta dan kisah yang digarap mengikut cita rasa dan
matlamat penulisnya.

Awal Tengah Akhir


- lain pelbagai

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem


diftong [ ai ]
2. Diftong [ au ]
Cara membunyikan diftong [ au ] ialah pertama keadaan bibir tukar
daripada hampar ke bundar. Maka, hujung lidah kena gigi bawah. Depan
lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [ a ]. Lidah
digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi
[ u ] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita
suara digetarkan.

Sebagai contoh
 namun ia tetap menurut bukan sedikit pengorbanan rakyatnya
daripada pelbagai kaum dan agama serta wilayah kediaman untuk
membolehkan mereka hidup sebagai warga sebuah negara yang
berdaulat lagi bermaruah.

Awal Tengah Akhir


- kaum -

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]


3. Diftong [ oi ]
Bagi menghasilkan bunyi diftong [ oi ] mula-mulanya, keadaan bibir
daripada bundar ke hampar. Belakang lidah pada kedudukan sebelum
membunyikan vokal separuh tinggi [ o ]. Kemudian, lidah digeluncurkan secara
cepat ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [ i ] dengan lidah dinaikkan
ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [ i ].
Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkanbagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut. Akhir sekali, pita suara digetarkan. Tetapi rencana tersebut tidak
mengandungi bunyi diftong [ oi ].

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem


diftong [ oi]

You might also like