You are on page 1of 10

ASAS INSURANS -Bab 1

Pengenalan Kepada Insurans

Bab 1
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Kepentingan Insurans
3. Bagaimanakah Insurans Dijalankan
4. Fungsi Insurans
5. Kelas-kelas Insurans
6. Aspek Sejarah Insurans
7. Peranan Sebagai Seorang Agen Insurans
1. Pengenalan
- Organisasi insurans ditubuhkan untuk memberi
perlindungan terhadap kerugian kewangan yang
disebabkan oleh kejadian di luar jangkaan.
- Ia merupakan sebuah institusi ekonomi yang
berasaskan kepada prinsip persamaan. Ia dibentuk
untuk tujuan mengumpulkan satu dana awam dimana
keperluan sedemikian timbul kerana kemungkinan
berlakunya perubahan alam semulajadi yang biasanya
di luar jangkaan.
2. Kepentingan Insurans
- Perancangan dilakukan atas hukum bilangan besar.
Dengan menyebar risiko kerugian yang dihadapi oleh
seseorang atau perniagaan kepada pihak lain yang
bersama-sama mengemblengkan sumber-sumber
mereka dalam satu dana awam, maka risiko kerugian
seseorang individu boleh ditanggung bersama-sama.
- Urusan kongsi kerugian ini digelar sebagai insurans.
2. Kepentingan Insurans
- Seseorang boleh memperolehi pendapatan melalui
pekerjaan atau melalui pelaburan. Walau
bagaimanapun, kedua-dua sumber ini sentiasa
terdedah kepada risiko yang diluar kawalan kita.
- Insurans dapat memberi pengaliran pendapatan
yang berterusan kerana ia memberi perlindugan
terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh
kejadian yang tidak diingini.
3. Bagaimanakah Insurans Dijalankan?
Pemilik rumah Premium
#1 RM200
#2 RM200 Jumlah Tuntutan
#3 RM200 sumbangan
. . (Premium) 1000
. . x Penggunaan
. . RM200 & Lain-lain
. . =RM200,000
. . Keuntungan
. .
. .
. .
. .
#1000 RM200
4. Fungsi Insurans
1. Fungsi prima
- Mengagihkan kerugian kewangan yang dihadapi
oleh segelintir orang yang diinsuranskan
dikalangan sekumpulan besar insured.
2. Fungsi sekunder
(a) Kos penstabilan untuk perniagaan
(b) Merangsang perniagaan
(c) Mengatasi ketakutan dan kebimbangan
(d) Mengurangkan kerugian
(e) Simpanan
(f) Sumber modal untuk pelaburan
(g) Membekal peluang pekerjaan
5. Kelas-kelas Insurans
Insurans Hayat Insurans Am
Membayar sejumlah wang yang Sebarang bentuk insurans selain
telah dipersetujui sekiranya daripada insurans hayat.
berlakunya peristiwa yang tak
diingini yang berkaitan dengan
nyawa manusia.
Risiko merangkumi: Risiko merangkumi:
- Kematian yang tidak diduga. - Kerugian/kemusnahan kepada
- Pengaliran pendapatan yang harta.
berterusan semasa persaraan. - Liabiliti di sisi undang-undang
- Penyakit/ Ketidakupayaan. yang disebabkan oleh
produk/barang yang dijual.
- Kematian/Kecederaan (pihak
ketiga) kerana kemalangan.
6. Aspek Sejarah Insurans
- Insurans yang paling awal adalah dalam bidang
insurans marin.
- 1706- Kemunculan Amicable Society for a Perpetual
Assurance menerima satu skim di mana setiap ahli
diminta menyumbangkan sejumlah tetap setiap
tahun.
- 1762- Equitable Assurance buat pertama kali
menetapkan kadar premium dengan menggunakan
sistem premium paras berasaskan amalan moden.
- Akta Insurans, 1996 (Insurance Act 1996)- merupakan
dokumen utama yang mengawal urusan perniagaan
insurans di Malaysia.
7. Peranan Seorang Agen Insurans
- Memberi kelegaan kewangan kepada tanggungan
orang-orang yang diinsuranskan yang mungkin
menemui ajal sebelum tiba masanya.
- Memberi kelegaan kewangan sekiranya berlaku
kerugian harta.
- Menyemai disiplin untuk menyimpan wang di
kalangan penduduk yang bekerja.
- Memberi beberapa bentuk perkhidmatan yang
berkaitan dengan insurans kepada orang awam.

You might also like