You are on page 1of 3

SEJARAH PENUBUHAN SMK SUNGAI BURONG

Sejarah penubuhan Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai


Burong ( SMKSB ) telah dibina pada tahun 1983 hasil usaha
pengasasnya iaitu Tuan Hj.Ahmad Bin Ramli, Ketua Kampung batu 12
Sungai Burong. Pembinaan sekolah ini difikirkan amat perlu
memandangkan lepasan pelajar sekolah rendah dikawasan ini terpaksa
menyambung pelajaran menengah mereka ke sekolah yang terdapat di
pekan Tanjong Karang Keluasan sekolah ini ialah 1.8 ekar atau 0.73
hektar.Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1984 dengan bilangan
pelajarnya seramai 200 orang dan bilangan gurunya pula seramai 12
orang.
Pada masa ini, SMKSB telah mengalami banyak perubahan fizikal,
bilangan pelajar dan bilangan gurunya.SMKSB telah dinaikkan menjadi
sekolah gred A mengikut kategori luar bandar pada 01.01.1998 dan telah
dirasmkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Dato’Seri Najib Bin
Tun Abdul Razak.

Pada tahun 2010 sekolah ini telah berpindah ke tapak bangunan baharu
yang terletak di lapis 3 parit 3, kampung sungai burong. Tapak sekolah
baharu mempunyai keluasan kira-kira 11.72 ekar/4.74 hektar. Sekolah
baharu ini mempunyai prasarana yang lebih lengkap berbanding sekolah
yang lama.
SENARAI NAMA PENGETUA YANG PERNAH BERTUGAS DI SMK
SUNGAI BURONG

Ø En. Mohd Hamzah Bin Hussin (01/01/1984 – 31/08/1987

Ø En. Zainal Abidin Bin Senapi (16/09/1987 – 15/01/1992)

Ø En. Ayob Bin Sumeri (16/01/1992 – 30/11/1993)

Ø En. Mohd Sarawani Bin Kaimi (01/12/1993 – 16/01/1998)

Ø En. Mohd Hamzah Bin Md Jamil (01/04/1998 – 14/06/2001)

Ø En. Mohd Sarawani Bin Kaimi (16/08/2001 – 31/12/2005)

Ø Pn. Salmah Binti Mohd Yassin (01/01/2006 - 2008 )

Ø Pn.Marpuaton Binti Sastero ( 01.03.2008 - 2011 )


Ø Pn.Normawati Binti Mohd Job (2011 -2014 )

Ø En.Ahmad Sa’ari Bin Muhammad ( 2014- KINI )


BUKU – Lambang ketinggian ilmu pengetahuan
LILIN – Cahaya Penyuluh Ilmu
PADI – Melambangkan kawasan sekolah yang terletak di kawasan
sawah padi dan pelajar terdiri dari anak-anak petani.
HEKSAGON – Berbucu sebanyak 12 bucu,yang melambangkan
kawasan kampung Batu 12 sungai burong.

WARNA PADA LENCANA SEKOLAH


BIRU - Melambangkan perpaduan
MERAH - Keberanian warga SMK Sungai Burong menyahut
cabaran dan tidak gentar pada sebarang halangan.
KUNING - Sekolah terletak di negeri SELANGOR,iaitu negeri
Yang mempunyai Raja.
PUTIH - melambangkan niat suci/murni para pelajar yang
Menuntut ilmu.

You might also like