You are on page 1of 1

Penggunaan Lagu Ayun dalam Perkembangan Sosial Masyarakat Bidayuh di

Perkampungan daerah Bau, Sarawak

Marylyn Anne Michael Jeali

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas


atot14@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimanakah penggunaan lagu Ayun dalam perkembangan
sosial masyarakat Bidayuh dari segi nilai-nilai murni yang diterapkan dalam lagu Ayun serta konsep
muzik yang terdapat dalam lagu Ayun. Lagu Ayun merupakan sebuah lagu dodoi yang tergolong dalam
lagu rakyat dan merupakan satu genre tradisi lisan masyarakat Bidayuh yang menjadi amalan pewaris
tradisi. Lagu Ayun adalah bahan hiburan awal yang diperolehi oleh masyarakat Bidayuh pada suatu
ketika dahulu. Lagu Ayun mengandungi beberapa aspek utama iaitu aspek sosial dan budaya yang
melibatkan mesej-mesej tentang nilai dan norma kehidupan. Oleh itu, lagu Ayun adalah lagu hiburan
bagi masyarakat Bidayuh khususnya kepada anak yang masih kecil untuk menidurkan mereka, malah
mempunyai fungsi sosial dan kognitif yang amat penting. Data kajian dianalisis melalui kaedah
penyelidikan kajian kes dan lapangan. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa penggunaan lagu Ayun
pada suatu ketika dahulu begitu popular tetapi semakin kurang mendapat perhatian khususnya ibu bapa
pada era modenisasi ini. Berdasarkan beberapa temu bual yang dilaksanakan bersama informan, Lagu
Ayun mengandungi nilai-nilai murni, contohnya kerajinan, tidak putus asa dan berusaha bersungguh-
sungguh di dalam kehidupan. Kajian ini turut mengutarakan konsep-konsep muzik yang terdapat dalam
lagu Ayun. Kepentingan kajian ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Bidayuh
moden sebagai teras pembentukan identiti diri dan memberikan pengetahuan am kepada kaum atau
etnik yang lain di Malaysia.

Kata kunci:: Lagu Ayun, Perkembangan Sosial, Masyarakat Bidayuh

You might also like