You are on page 1of 4

SK LA SALLE (1) SENTUL, JALAN SENTUL, 51000, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL


KALI KE-1 TAHUN 2019

TARIKH : 22 Januari 2019


HARI : Selasa
MASA : 1.10 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. EN.

AGENDA

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru-guru menghadiri


mesyuarat panitia yang pertama untuk tahun 2019.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang tahun 2018.
1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar terus berusaha untuk meningkatkan PdP
supaya pencapaian pelajar meningkat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Encik Megat mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh Cik Priya.

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit.

4.0 Perbincangan

4.1 Buku Rekod


4.1.1 Mulai tahun 2019, penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) dalam
bentuk bertaip ataupun bertulis. RPH boleh ditulis dengan tangan atau
ditaip dengan komputer. RPH perlu dihantar kepada pihak pentadbiran
setiap hari Jumaat.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.1.2 Guru-guru perlu mengikut format penulisan RPH yang telah


dibincangkan. Guru hendaklah memasukkan peta alir, soalan KBAT dan
jenis pentaksiran yang telah dipilh.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.1.3 RPT dihantar dalam minggu ke-empat bulan Januari 2019.


Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.2 Jadual Waktu PdPc

4.2.1 Guru-guru perlu masuk memasukkan elemen PAK-21 didalam sesi pdp
masing-masing seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.2.2 Satu Salinan jadual waktu hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.3 Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun

4.3.1 Post mortem peperiksaan telahpun dibuat dan boleh rujuk pada lampiran
yang disediakan.
Makluman: Semua guru Pendidikan Moral
4.3.2 Murid-murid didapati lemah dalam Bahasa Melayu menyebabkan mereka
kurang memahami soalan terutamanya soalan KBAT.

4.4 Buku Tulis Murid


4.4.1 Buku yang akan digunakan didalam kelas Pendidikan Moral ialah 1 buah
buku teks dan 1 buah buku tulis.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral
4.4.2 Guru-guru digalakkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan
oleh Panitia Pendidikan Moral sebagai rujukan selain daripada buku teks.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.5 Anggaran Belanja Mengurus ( PCG Matapelajaran )

4.5.1 Jumlah peruntukan untuk tahun 2019 adalah sebanyak RM1600.00

4.5.2 Guru-guru boleh mencadangkan BBM atau buku-buku jika dirasakan perlu.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral


4.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

4.6.1 Evidens pelajar boleh berbentuk latihan dan kerja pelajar dan boleh
disimpan jika dirasakan perlu.

4.6.2 Sebaik-baiknya guru harus mengisi PBS setelah selesai menjalankan penilaian
bagi setiap kemahiran diajar supaya tidak menjadi beban di hujung tahun.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.7 Ujian dan Peperiksaan

4.8 Ujian Setara akan dijalankan dua kali selain daripada Peperiksaan Pertengahan, Akhir
Tahun dan Percubaan.
4.9 Soalan peperiksaan hendaklah dibuat berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh
pelajar dalam bilik darjah.
4.10 Soalan KBAT perlu diselitkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar .
4.11 Guru-guru yang patut menyediakan akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan
datang memandangkan Jadual Waktu akan diubah dalam masa terdekat.

Tindakan : Semua guru

5 Pencerapan PdPc

5.6 Pencerapan PdPc akan dijalankan dan jadual akan dikeluarkan oleh pihak
pentadbiran.
5.7 Guru-guru akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun dan hendaklah
sentiasa bersedia untuk dicerap oleh Pengurusan Sekolah.
5.8 Unsur –unsur seperti KBAT dan PdPc abad ke 21 hendaklah digunakan dalam kelas
untuk mantapakn pengetahuan pelajar dalam subjek yang dijara.

Tindakan : Semua guru

6 Hal-hal lain

6.6 Buku kerja pelajar perlu dihantar kepada pegawai-pegawai yang telah ditentukan
mengikut tarikh yang ditetapkan.
6.7 Buku nota tidak perlu dihantar untuk pemantauan
6.8 LDP untuk tingkatan Satu telahpun dijalankan oleh Pn.Mariah
6.9 Buku Rekod hendaklah dilengkapkan hujung bulan Januari
6.10 RPT boleh dimuat turun daripada Internet atau boleh dapatkan daripada Ketua
Panitia
6.11 RPH hendaklah ditulis seperti yang disarankan oleh pihak pengurusan

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh:

(SABAPATHY AL RAJOO)
KP Panitia Pendidikan Moral
SMK Dato’ Klana Putra Lenggeng
N.Sembilan D.K

You might also like