You are on page 1of 3

INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG

Kod Kursus SJHK2042M


Kursus Seni dalam Pengajaran Sejarah Sekolah Menengah
Nama Denie Maxwell anak Sekep
No. Kad Pengenalan 930927-13-6351
Angka Giliran 2018042370166
Nama Pensyarah
Tajuk Tugasan Merujuk kepada gambar visual di sebelah, bincang dan bina
cerita peristiwa bersejarah yang berkaitan.

1.0 Pengenalan.
Proses menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kronologi proses kemerdekaan tersebut perlu diteliti dan difahami agar dapat dicerna oleh
minda dan dihayati pengorbanan, usaha serta titik peluh para pejuang kemerdekaan.

2.0 Gerakan Tuntutan Kemerdekaan.


Gerakan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilihat selepas penyerahan
semula Tanah Melayu oleh pihak Jepun kepada British selepas berakhirnya Perang Dunia
Kedua. Penyerahan semula ini telah menaikkan semangat nasionalisme khasnya dalam
kalangan orang Cina dan orang Melayu hasil daripada iktibar dan kesedaran yang diperoleh
semasa di bawah pemerintahan tentera Jepun.1 Banyak parti-parti politik yang muncul pada
ketika itu seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM),
Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya
(PKM). Kongres Melayu Se-Malaya kemudiannya dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor
di Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 berikutan
tindakan British yang memperkenalkan gagasan Malayan Union. 2 Dalam kongres ini, semua
pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PEKEMBAR
ataupun UMNO.3 Selain itu, sebuah ketetapan telah dilakukan bagi membantah gagasan
Malayan Union. Penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan pada 11 Mei 1946. Ia
telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas Tun Hussein Onn bertindak
keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara. MCA dan MIC masing-masing ditubuhkan
oleh orang Cina dan India.

3.0 Pilihanraya Persekutuan Pertama 1955.


Pada 27 Julai 1955 pula, Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan yang
menyaksikan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh
telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan. UMNO, MCA dan
MIC telah bekerjasama bagi membentuk Parti Perikatan sekaligus Berjaya memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini menjadi asas persefahaman bagi
memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan adanya

1
Ooi Keat Gin, Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2012.

2
Mohd Rizal Yaakop, Shamrahayu A. Azi, Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri
Bangsa Malaysia Merdeka, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2014, halaman 5. Malayan
Union merupakan gagasan yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua
penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Lihat juga Ibid., halaman 41-45.

3
Ibid., halaman 6. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah digabungkan di bawah Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu menggesa Malayan Union dimansuhkan.
kerjasama dan tolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman
kemudiannya memberntuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut. Beliau
dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

4.0 Darurat dan Rundingan Baling.


Sekitar 28 hingga 29 Disember 1956 pula, sebuah rundingan yang diberi nama
Rundingan Baling telah diadakan bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM) berikutan tersetusnya pemberontakan PKM sebelum mendapatkan
kemerdekaan. Penentangan PKM terhadap kerajaan berlarutan dari tahun 1948 sehingga
1960 yang menyaksikan Tanah Melayu menghadapi era darurat. Akta Darurat 1948 juga
digubal bagi menghadapi pemberontakkan yang dilakukan oleh PKM. 4 Rundingan Baling ini
telah diadakan antara pihak PKM (Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tien) dengan pihak
kerajaan (Tunku Abdul Rahman, David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura dan Tan
Cheng Lock selaku Presiden MCA).5 Tindakan Tunku itu telah mencemaskan British yang
selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan. Kebimbangan British memberi kesan
mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia juga memperlihatkan
kebijaksanaan permainan politik Tunku. Walaupun Rundingan Baling diadakan bagi
meredakan penentangan PKM, namun usaha tersebut tidak Berjaya berikutan PKM menolak
untuk membubarkan PKM dan meletakkan senjata.

5.0 Delegasi Merdeka ke London.


Seterusnya, pada 14 Februari 1956, rombongan rundingan kemerdekaan telah tiba di
London. Rombongan tersebut telah disertai oleh wakil perikatan iaitu Tunku Abdul Rahman,
Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Kolonel H.S. Lee dan wakil Raja-raja
Melayu iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kmail, Encik Abdul Aziz Majid
dan Dato’ Mohd. Seth. Rundingan telah diadakan pada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956
yang dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.
Terdapat dua hasil dapatan rundingan tersebut.6 Pertama, penubuhan sebuah suruhanjaya
bebas untuk mengkaji perlembagaan Tanah Melayu. 7 Kedua, British bersetuju untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sebuah perjanjian
iaitu Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Kemudian, pada 15 Ogos
1957 pula, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani antara Raja-raja
Melayu dengan pihak British.

6.0 Pengisytiharan Kemerdekaan.


Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka.
Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang
menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.

4
Ishak Saat, Politik Suara Rakyat, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2013.

5
Ariah Judah, Negaraku 60 Tahun Merdeka, Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia, 2017, halaman 17-19.

6
Ibid., halaman 20-21.

7
Mohd Rizal Yaakop, op.cit., halaman 51-58
7.0 Penutup.
31 Ogos 1957 merupakan Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia apabila Tanah
Melayu akhirnya Berjaya mendapatkan kemerdekaan sekaligus menandakan berakhirnya
penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Kemerdekaan yang dicapai telah diperjuangkan
oleh para pemimpin berwibawa. Dengan kebijaksanaan mereka, kemerdekaan negara dapart
dicapai tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. Sikap kerjasama, rundingan dan kata
sepakat dilihat menjadi pendekatan terbaik khususnya bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
mempunyai masyarakat majmuk. Persekutuan Tanah Melayu seterusnya mengorak langkah
pada tahun 1963 yang menyaksikan Sabah dan Sarawak bergabung bagi membentuk
Malaysia.

Rujukan
Ariah Judah. 2017. Negaraku 60 Tahun Merdeka. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.
Ishak Saat. 2013. Politik Suara Rakyat. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mohd Rizal Yaakop, Shamrahayu A. Azi. 2014. Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan
1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia.
Ooi Keat Gin. 2012. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

You might also like